Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!
Share on FacebookShare on Twitter

Kadokawa Corporation telah mengesahkan pembangunan sebuah game baharu berjudul KONOSUBA – God’s Blessing on this Wonderful World! Prosperity for this Beloved City!. Game ini dijangka akan menemui pemain (setakat ini di Jepun) pada tahun 2026, dan boleh diakses melalui platform PC, iOS, serta Android.

________________
暁なつめ制作監修、三嶋くろね制作協力
『#このすば』のオリジナルストーリーの公式新作ゲーム
『#まちすば』がPC・モバイルで2026年に配信予定🎉
 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
ぜひフォローして、続報をお待ちください✨️
原作のコメントも紹介! pic.twitter.com/nUWc5Jsb9X

— 『まちすば』この素晴らしい世界に祝福を!~この愛すべき街に繁栄を!~ ゲーム公式 (@machisuba) January 13, 2026

Pengumuman dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 francais itu, di samping berita gembira musim keempat siri anime. Game ini bakal mengadaptasi naratif serba baharu, dan menjanjikan satu pengalaman serba unik untuk para pemain dan peminat komedi isekai yang huru-hara ini.

ご視聴ありがとうございました✨

『この素晴らしい世界に祝福を!』
アニメ10周年記念生配信
10周年情報盛りだくさんでお届けしました!

🌈作品イベント
🌈作品展示会
🌈新作ゲーム
さらにSONG-BOXにオーディオドラマ、ラジオ復刻配信、原作情報!

そして、TVアニメ4期の制作も決定🎊… pic.twitter.com/nfzgktfcST

— アニメ『このすば』公式アカウント (@konosubaanime) January 13, 2026

Menurut Natsume Akatsuki, selaku pencipta berkata:

“Tahniah dan terima kasih untuk game KONOSUBA baharu ini! Saya ingin cuba menjadi pemain solo berdikari seperti Yunyun, jadi saya harap reka bentuk acara tidak akan mengecualikan mereka yang bermain sendirian. Saya tidak sabar untuk mula bermain!”

Ilustrator Kurone Mishima turut menambah:

“Tahniah atas game baharu KONOSUBA! Saya benar-benar gembira dapat bertemu semula dengan Kazuma dan yang lain dalam bentuk ini. Saya harap ramai orang akan seronok memainkannya! Saya juga akan bermain sebaik sahaja permainan video ini dilancarkan!”

Buat masa ini, maklumat lanjut seperti gameplay dan plot masih belum dikongsikan. Pihak pembangun dijangka akan mendedahkannya melalui saluran rasmi seperti laman web dan media sosial nanti.

/
『この素晴らしい世界に祝福を!』
アニメ10周年記念ビジュアル公開🎉
\

10周年を記念した
メインキャラクター大集合の
スペシャルビジュアル✨#このすばアニメ10周年 今後の展開も
どうぞお楽しみに🌈

10周年記念特番🎊生配信中📷⚡https://t.co/DzR8alAxFS#このすば pic.twitter.com/kUYGHyqbAO

— アニメ『このすば』公式アカウント (@konosubaanime) January 13, 2026

Bagi yang kurang tahu, KONOSUBA adalah sebuah siri fantasi yang terkenal kerana pendekatannya yang penuh komedi dan sindiran terhadap genre “isekai.” Siri ini mengisahkan tentang Kazuma Satou, seorang remaja yang menghabiskan masa terperuk di dalam bilik dan mati dalam satu insiden yang memalukan lagi kelakar.

Selepas kematiannya, dia diberi peluang untuk hidup semula dalam sebuah dunia fantasi yang beroperasi seperti permainan video.

Kerana geram dengan dewi bernama Aqua yang bersikap menjengkelkan ketika membimbingnya, Kazuma secara sengaja memilih dewi itu sebagai satu-satunya “cheat item” untuk dibawa bersama. Malangnya, keputusan itu memakan diri apabila Aqua, walaupun cantik, terbukti langsung tidak boleh diharap.

Kumpulan mereka kemudian disertai oleh dua lagi ahli: Megumin, seorang archmage handal yang taksub dengan sihir letupan tetapi hanya mampu menggunakannya sekali sehari, dan Darkness, seorang crusader yang bersifat masokis dan serangannya sering tersasar.

Tags: KONOSUBA – God’s Blessing on this Wonderful World! Prosperity for this Beloved City!
ShareTweetSend
Previous Post

Wakanda & Fantastic Four Bertemu Dalam Teaser Terbaru Avengers: Doomsday!

Next Post

Ejen Ali Muncul Di M7 World Championship, Penampilan Sulung di Pentas E-Sukan Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Ejen Ali Muncul Di M7 World Championship, Penampilan Sulung di Pentas E-Sukan Dunia!

Ejen Ali Muncul Di M7 World Championship, Penampilan Sulung di Pentas E-Sukan Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd