Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wakanda & Fantastic Four Bertemu Dalam Teaser Terbaru Avengers: Doomsday!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Wakanda & Fantastic Four Bertemu Dalam Teaser Terbaru Avengers: Doomsday!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Marvel Studios telah mengeluarkan teaser keempat bagi filem mega akan datang, Avengers: Doomsday, yang menampilkan pertemuan di antara kerajaan Wakanda dengan Fantastic Four.

Dalam teaser tersebut, Ben Grimm, yang lebih dikenali sebagai The Thing (Ebon Moss-Bachrach), sedang mengadakan pertemuan rasmi dengan barisan kepimpinan Wakanda.

Selari dengan pengakhiran filem Black Panther: Wakanda Forever, teaser ini mengesahkan M’Baku (Winston Duke) sebagai pemerintah baharu. Dialognya turut menyentuh tentang betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul, di mana beliau menyatakan keperluan untuk “menyediakan rakyat untuk kehidupan selepas mati”.

M’Baku dan Shuri (Letitia Wright) kedua-duanya tampil dengan kostum baharu yang menggabungkan rekaan dari Wakanda dan Talokan. Khususnya, kostum Shuri memberi isyarat bahawa ada berlakunya perkongsian teknologi dengan kerajaan bawah laut itu.

Sementara itu, Namor (Tenoch Huerta Mejía) nampak segak dengan kostum berkolar tinggi, sebuah rekaan yang amat tepat dengan penampilannya dalam komik. Turut disahkan dalam filem ini ialah pahlawan kepercayaan Namor, iaitu Namora.

Crossover ini menandakan satu peristiwa yang amat penting bagi MCU, kerana ia secara rasmi membawa masuk Fantastic Four ke dalam naratif utama MCU, susulan cameo mereka dalam babak selepas kredit filem Thunderbolts*.

The Thing masih memakai kostum yang sama seperti dalam filem *First Steps*, dan kehadirannya di sisi warga Wakanda menandakan permulaan kerjasama baharu di kalangan adiwira.

Diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, Avengers: Doomsday dijangka bakal menjadi acara sinematik yang luar biasa, menggabungkan adiwira hebat seperti Avengers, para pahlawan Wakanda, Fantastic Four, dan juga X-Men dalam perang menentang Doctor Doom, yang akan dilakonkan oleh Robert Downey Jr.

Filem Avengers: Doomsday akan ditayangkan di pawagam bermula 17 Disember 2026.

Tags: Avengers: Doomsday
ShareTweetSend
Previous Post

Sentenced to Be a Hero Jadi Fenomena Tak Terduga – Konsep “Hero Sebagai Hukuman?”

Next Post

KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!

KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd