Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali Muncul Di M7 World Championship, Penampilan Sulung di Pentas E-Sukan Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2026
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali Muncul Di M7 World Championship, Penampilan Sulung di Pentas E-Sukan Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Watak animasi kesayangan ramai, Ejen Ali, membawa semangat Malaysia ke arena e-sukan selepas membuat penampilan sulungnya di Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 World Championship.

Kemunculan watak ini adalah sebahagian daripada kempen “Cuti-Cuti MLBB Bersama Ejen Ali” yang dilancarkan bersempena musim cuti persekolahan dan kejohanan dunia M7.

Kolaborasi antara siri animasi tempatan itu dengan MOONTON Games dilihat sebagai satu langkah penting dalam menghubungkan hiburan tempatan dengan komuniti gaming global.

Inisiatif ini bukan sekadar membawa maskot dari Malaysia ke Jakarta, tetapi juga meraikan nilai-nilai seperti keberanian dan kerjasama yang sering ditonjolkan dalam siri Ejen Ali.

Sepanjang kejohanan berlangsung, Ejen Ali turut muncul dalam beberapa pameran di sekitar Jakarta, memberi peluang kepada para peminat dan komuniti MLBB untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan wira animasi ini.

Ganjaran Istimewa Menanti Peminat

Bagi memeriahkan lagi kerjasama ini, pemain MLBB di Malaysia dan Indonesia berpeluang mendapatkan ganjaran eksklusif edisi terhad Ejen Ali secara percuma. Bermula sekarang sehingga 16 Januari 2026, pemain boleh menyertai aktiviti dalam game serta cabaran di platform TikTok untuk menebus ganjaran.

Antara kandungan eksklusif yang ditawarkan ialah emote “Sedia!” dan “Satria, Bangkit!”, serta spawn effect khas yang akan membawa gaya perisik terkenal itu ke dalam Land of Dawn.

M7 World Championship di Jakarta

Kejohanan Dunia M7, yang merupakan edisi ketujuh siri M, sekali lagi diadakan di Jakarta, Indonesia, dari 3 hingga 25 Januari 2026. Kejohanan ini menghimpunkan 22 pasukan MLBB terbaik dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara dunia dan hadiah wang tunai terkumpul bernilai USD 1 juta.

Orang ramai serta peminat MLBB dijemput untuk sama-sama menyertai kempen “Cuti-Cuti MLBB Bersama Ejen Ali” dan menebus ganjaran istimewa sebelum tarikh akhir pada 16 Januari 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi MLBB dan Ejen Ali.

Tags: Ejen AliMLBB
ShareTweetSend
Previous Post

KONOSUBA Mengumumkan Game Baru Sempena Sambutan 10th Anniversary!

Next Post

Inazuma Eleven Kembali Dengan Game Mobile “Inazuma Eleven: Cross!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Inazuma Eleven Kembali Dengan Game Mobile “Inazuma Eleven: Cross!”

Inazuma Eleven Kembali Dengan Game Mobile "Inazuma Eleven: Cross!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd