Bandai Namco Group mengumumkan Gundam Metaverse selari dengan tujuan baharu, “Fun for All into the Future,” mulai April 2022.
Di bawah tujuan baharu ini, Bandai Namco Group akan memulakan rancangan pertengahan penggal dengan visi baharu, “Berhubung dengan Peminat,” supaya syarikat boleh menjadi hab yang menghubungkan peminat IP dengan lebih mendalam, meluas dan dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Pembangunan akan bermula dengan penciptaan “Gundam Metaverse” di mana ia akan menjadi platform peluang untuk peminat Gundam di seluruh dunia untuk berkumpul, bercakap dan berhubung dalam pelbagai kategori. Pelancaran pertama ini untuk menyiapkan “SIDE-G” iaitu Gunpla Colony, di mana pelbagai Gunpla berkaitan akan disediakan dalam dunia maya.
Ujian telah diadakan pada tahun 2021 untuk projek “THE GUNDAM BASE VIRTUAL WORLD,” di mana orang ramai dari seluruh dunia boleh berkumpul untuk menikmati ruang hiburan Gunpla secara maya. Pelan untuk ruang maya ini akan dilancarkan secara rasmi sebagai “THE GUNDAM BASE GUNPLA COLONY STORE,” dengan ujian akses terhad akan diadakan pada hujung tahun ini.
Pelan juga disediakan untuk menyediakan ruang peribadi dengan menggunakan BANDAI NAMCO iD, dan untuk membentuk komuniti melalui produk Gunpla. “Gunpla Colony” akan membawa hiburan ke ruang maya dengan menggabungkan dunia digital dan fizikal dengan “Gunpla Battle,” di mana peminat boleh mengimbas Gunpla mereka untuk bertempur dengan orang lain, menganjurkan acara “Peraduan Gunpla” dan belajar cara pasang Gunpla dalam talian.
Esports Colony
Seterusnya dalam barisan ialah pelancaran “Esports Colony,” yang kini dalam pembangunan dan akan siap pada 2023. Untuk menandakan permulaan “Esports Colony”, permainan “GUNDAM EVOLUTION” game FPS akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022. Game ini menggabungkan pelbagai Gundam sebagai permainan FPS yang merupakan Esport game. Selaras dengan 6-vs-6 online multiplayer game, “Mobile Suit Gundam: BATTLE OPERATION 2,” komuniti “Esports Colony” akan dibawa keluar dari Jepun dan ke dunia untuk menyatukan peminat dan pemain.
Menggalakkan kemasukan syarikat lain dan perniagaan C2C di Gundam.
Dalam masa terdekat, Bandai Namco Group akan menggesa syarikat lain untuk menyertai GUNDAM bagi memasarkan dan membenarkan pengguna umum menjalankan perniagaan C2C (customer to customer) menggunakan jenama GUNDAM dalam bentuk kandungan janaan pengguna (UGC).
Dengan membina metaverse di mana hak watak terpelihara dan melaksanakan inisiatif ini, ia mengharapkan perniagaan Gundam baharu akan diwujudkan dan membawa kepada perkembangan IP Gundam yang dicipta bersama peminat.
Bandai Namco Group akan mencipta domain ekonomi baharu untuk mempromosikan perniagaan C2C dengan menjemput syarikat lain untuk menyertai ruang maya di mana peminat GUNDAM di seluruh dunia boleh menikmati dunia maya bersama-sama sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
Untuk berkembang ke skala yang lebih besar selepas 2026, Bandai Namco Group akan mempromosikan “Gundam Metaverse” di seluruh dunia. Untuk lebih banyak info tentang Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post