Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula – Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile, Promosi, Smartphone
0 0
0
Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula – Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan kolaborasi terbaharu antara ROG SAGA dan PUBG MOBILE, yang tiba tepat pada masanya untuk update Version 3.20 dalam game! Bermula 28 Mei hingga 30 Jun, pemain dari Malaysia akan dapat mengalami kolaborasi ini secara eksklusif.

Pertama sekali, pemain akan menerima kandungan in-game eksklusif, termasuk ROG Revolution – DBS, prop grafiti OMNI yang diidamkan, dan skin watak ikonik Horsem4n.

Kredit: PUBG Mobile
Kredit: PUBG Mobile

Sempena kolaborasi ini, sesiapa yang membeli ROG Phone 8 berhak untuk menebus item in-game kolaborasi eksklusif melalui laman web acara sepanjang tempoh acara. Bukan itu sahaja; semasa tempoh acara ini, siri ROG Phone 8 dijual dengan potongan diskaun sehingga RM549 supaya lagi mampu milik untuk pemain yang ingin meningkatkan pengalaman gaming.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Peminat dan pemain PUBG MOBILE juga boleh berseronok kerana mereka dapat mengambil bahagian dalam giveaway eksklusif dalam game, PROJECT RE:VOLUTION. Semasa giveaway ini, pemain perlu menyelesaikan misi khas untuk peluang memenangi ROG Phone 8 terbaru, dilengkapi dengan cipset Snapdragon® 8 Gen 3 yang canggih untuk memberi prestasi gaming tiada tandingan, serta merchandise ROG terpilih.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Shawn Chang, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global Unit Perniagaan Telefon ASUS berkata:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan PUBG MOBILE untuk acara monumental ini. Kolaborasi ini bukan sahaja membawa kandungan eksklusif kepada pemain tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman gaming yang tiada tandingan. Kami menjemput pemain untuk menyertai kami dalam perjalanan yang menggembirakan ini dan bersedia untuk pengembaraan epik tidak seperti sebelum ini.”

Bukan sahaja dalam game, beberapa aktiviti juga akan diadakan di dunia sebenar di mana peserta dapat mencuba ROG Phone 8, serta memenangi merchandise dan item in-game eksklusif. Jadi pastikan anda terus mengikuti media sosial ROG Malaysia dan PUBG MOBILE untuk maklumat lanjut!

  • PUBG MOBILE Malaysia Facebook
  • PUBG MOBILE Malaysia YouTube
  • PUBG MOBILE Malaysia Instagram
  • ASUS ROG Malaysia Facebook
  • ROG TikTok
  • ROG Instagram
Tags: pubg mobileROG Phone 8ROG SAGA
ShareTweetSend
Previous Post

Dating Sim ‘The Quintessential Quintuplets’ Double Pack Kini Tersedia Di PS4, Switch & PC

Next Post

Dragon Quest III HD-2D Sah Keluar Di PS5, Xbox Series, Switch & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Dragon Quest III HD-2D Sah Keluar Di PS5, Xbox Series, Switch & PC

Dragon Quest III HD-2D Sah Keluar Di PS5, Xbox Series, Switch & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd