Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi ‘Nikke Cool Summer Fest’ Akan Bermula Di Malaysia Pada 4 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Kolaborasi, Tempatan
0 0
0
Kolaborasi ‘Nikke Cool Summer Fest’ Akan Bermula Di Malaysia  Pada 4 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan Nikke Coin Rush Cafe pada bulan lepas, nampaknya game Goddess of Victory: Nikke akan meneruskan promosinya di Malaysia dengan kolaborasi “Cool Summer Fest” khas bersama kedai Licky Chan & the Poke Guy!

Berita ini diumumkan di halaman Facebook Nikke MYSG, yang menjelaskan bahawa kolaborasi ini dibuat sempena acara ​​Cool Summer Fest yang berlangsung dalam game. Secara khusus lagi, mereka bekerjasama dengan Licky Chan & the Poke Guy, untuk menyediakan kafe khas bertema Nikke.

Walaupun ada tiga cawangan di Malaysia, hanya cawangan SS15 sahaja yang akan dihias dengan tema Nikke.

Kredit: Goddess of Victory: Nikke

Acara ini akan bermula pada 4 Julai dan akan berlangsung hingga 4 Ogos untuk tempoh sekitar sebulan. Selain menawarkan aiskrim berperisa khas, sorotan lain termasuk Post & Win Contest di mana anda berpeluang membawa pulang pelbagai barangan eksklusif.

Bukan itu sahaja, beberapa cosplayer terkenal Malaysia termasuk Nessarose , dan Takodesss turut akan membuat kemunculan. Jika acara ini sama seperti Nikke Coin Rush Cafe, kemungkinan besar tetamu dan pengunjung juga akan dilayan oleh mereka, seperti disajikan dan sesi bergambar.

Kredit: Goddess of Victory: Nikke

Butiran Kolaborasi:

  • Licky Chan & the Poke Guy @26, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
  • 4 Julai – 4 Ogos

Bagi mereka yang mengikut acara in-game Cool Summer Fest, dua varian Nikke telah diperkenalkan iaitu Sakura: Bloom In Summer, dan Rosanna: Chic Ocean. Bukan itu sahaja, sejumlah kostum baru juga ditambah seperti Viper, Shine of Love, Guilty: Wave of Disbelief, dan Maiden: Under The Sun.

Kredit: Goddess of Victory: Nikke
Kredit: Goddess of Victory: Nikke

Memandangkan tarikh bermula acara Nikke Cool Summer Fest di Malaysia semakin hampir, pasti ada lebih banyak maklumat yang akan diumumkan termasuk harga tiket (jika ada), barisan aktiviti, barangan eksklusif, dan banyak lagi.

Jika anda peminat Nikke, jangan lupa untuk kunci tarikh di atas!

Tags: MalaysiaNikke Cool Summer Fest
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Buka Pre-Order Untuk Vivobook S 15 & Zenbook S 16, Harga Bermula RM6,299

Next Post

Anime Terminator Zero Dedah Watak Utama, Akan Datang Ogos 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Anime Terminator Zero Dedah Watak Utama, Akan Datang Ogos 2024!

Anime Terminator Zero Dedah Watak Utama, Akan Datang Ogos 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd