Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Buka Pre-Order Untuk Vivobook S 15 & Zenbook S 16, Harga Bermula RM6,299

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS Malaysia Buka Pre-Order Untuk Vivobook S 15 & Zenbook S 16, Harga Bermula RM6,299
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah membuka promosi pre-order untuk ASUS Vivobook S 15 (S5507) dan ASUS Zenbook S 16 (UM5606)! ASUS Vivobook S 15 merupakan PC Copilot+ pertama oleh syarikat, yang dikuasakan oleh Snapdragon X Elite, manakala Zenbook S 16 ialah PC ultranipis 16-inci yang direka untuk era baharu AI.

Menggabungkan prestasi dan kecanggihan, kedua-dua peranti bertujuan untuk meningkatkan kerja dan permainan pengguna — jadi bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan laptop baharu, inilah masanya!

ASUS Vivobook S 15 (S5507)

Kredit: ASUS Malaysia

Merupakan PC ASUS Windows Copilot+ yang pertama, peranti ini memperkenalkan pelbagai alatan Windows AI baharu. Dibina supaya mudah alih, ASUS Vivobook S 15 menyerlah dengan reka bentuk logam ultra-nipis 14.7 mm dan 1.42 kg.

Dikuasakan oleh Snapdragon X Elite dengan Qualcomm Hexagon NPU, ia mempunyai enjin Neural sehingga 45 TOPS. Pilihan storan termasuk SSD PCIe 4.0 1 TB, dengan memori boleh dikonfigurasikan sehingga 32 GB RAM LPDDR5X 8448 MHz.

Kredit: ASUS Malaysia

ASUS Vivobook S 15 menampilkan paparan OLED ASUS Lumina 15.6 inci 3K 120 Hz. Paparan ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan ultra lebar 89%, masa tindak balas 0.2 ms, gamut warna 100% DCI-P3 gred pawagam dan diperakui VESA DisplayHDR™ True Black 600.

Ia juga diperakui TÜV Rheinland dan dilindungi oleh sistem ASUS OLED Care. Melengkapkan paparan ini ialah sistem audio diperakui Harman Kardon dengan bunyi Dolby Atmos.

Kredit: ASUS Malaysia

Tambahan AI termasuk Windows Studio Effects dan kamera ASUS AiSense IR, yang mendayakan Adaptive Dimming dan Adaptive Lock. Selain itu, ASUS Vivobook S 15 juga merupakan peranti pertama yang menampilkan aplikasi AI eksklusif syarikat, StoryCube.

Dilengkapi dengan set port I/O komprehensif, ASUS Vivobook S 15 mempunyai dua port USB4 yang menyokong pengecasan pantas, paparan luaran 4K dan pemindahan data sehingga 40 Gbps, bersama dengan dua port Type-A USB 3.2 Gen 1, port HDMI 2.1, pembaca kad microSD dan bicu kombo audio.

Kredit: ASUS Malaysia

Bateri 70 Wh berkapasiti tinggi menawarkan kuasa tanpa gangguan sehingga 18 jam, dengan sokongan untuk pengecasan pantas dan ASUS USB-C Easy Charge. Berkat WiFi 7, yang didayakan oleh sistem Qualcomm FastConnect 7800, ASUS Vivobook S 15 memberikan kelajuan sehingga 5.8 Gbps.

Harga dan Ketersediaan

ASUS Vivobook S 15 boleh didapati untuk pre-order di Malaysia dari 28 Jun hingga 9 Julai 2024, berharga RM6,299. Pada tempoh ini, laptop itu akan disertakan dengan pakej pre-order bernilai RM698, yang terdiri daripada 100W GaN USB Charger 4-port bernilai RM499 dan perlindungan waranti 1 tahun bernilai RM199, sementara stok masih ada.

Anda boleh pre-order online secara eksklusif dari Shopee atau ASUS eStore.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.

ASUS Zenbook S 16 (UM5606)

Kredit: ASUS Malaysia

Zenbook S 16 premium mempunyai estetika baharu dan telah direka bentuk sepenuhnya dari dalam ke luar. Casis ini menggabungkan Ceraluminum baharu, bahan hibrid seramik berteknologi tinggi dalam pelbagai warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Inovasi ini menghalang calar dan tidak mudah lentur.

Zenbook S 16 dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370 terbaharu dengan grafik Radeon 890M  yang mampu menghasilkan sehingga 50 NPU TOPS, pemproses AMD Ryzen AI 300-Series terkini, bersama dengan 32 GB RAM, dan 1TB PCIe® 4.0 SSD.

Kredit: ASUS Malaysia

Berkat penggunaan pengilangan CNC,  ASUS menggabungkan ruang wap 3D dalam sistem penyejukan yang sangat senyap untuk memastikan prestasi maksimum sehingga 28 W CPU TDP dengan bunyi yang minimum.

Hiburan mengasyikkan disampaikan oleh paparan ASUS Lumina OLED 3K 120 Hz, yang digabungkan dengan sistem audio enam pembesar suara Harman Kardon — ciri yang belum pernah ada sebelum ini dalam laptop yang begitu nipis  — untuk memastikan pengalaman yang benar-benar sinematik.

Kredit: ASUS Malaysia

Peranti ini dilindungi oleh pemproses keselamatan Microsoft Pluton dan ciri Windows passkeys yang membolehkan pengguna menyimpan data pengesahan dengan selamat tanpa kebocoran. Ciri keselamatan dan privasi biometrik yang dikuasakan oleh sistem kamera IR AiSense termasuk pengecaman muka untuk log masuk dan log keluar automatik, Adaptive Lock dan Adaptive Dimming.

Untuk sambungan, Zenbook S 16 menawarkan set penuh port I/O,  termasuk dua USB4 Type-C, USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1, pembaca kad SD dan bicu kombo audio. WiFi 7 dengan pensijilan ASUS WiFi Master Premium memastikan sambungan terpantas dan paling boleh dipercayai di mana-mana sahaja.

Harga dan Ketersediaan

ASUS Zenbook S 16 (UM5606) akan tersedia dalam dalam dua varian — Zumaia Grey  dan Scandinavian White — di Malaysia. Pre-order bermula dari 28 Jun hingga 9 Julai 2024, berharga RM7,999. Pada tempoh ini, laptop itu akan disertakan dengan pakej pre-order bernilai RM698, yang terdiri daripada 100W GaN USB Charger 4-port bernilai RM499 dan perlindungan waranti 1 tahun bernilai RM199, sementara stok masih ada.

Anda boleh pre-order online secara eksklusif dari Shopee atau ASUS eStore.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.

Kempen Your Voice Matters

Kredit: ASUS Malaysia

ASUS Malaysia juga sedang menjalankan kempen Your Voice Matters, di mana pengguna dijemput untuk meninggalkan ulasan tentang laptop ASUS / ROG baharu mereka untuk menerima ganjaran bernilai sehingga RM99.

Untuk maklumat lanjut, tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS Vivobook S 15ASUS Zenbook S 16
ShareTweetSend
Previous Post

Sambut Victory Dengan Bergaya Bersama ‘Koleksi Razer | Fortnite PC Peripheral’ – Unboxing Khas!

Next Post

Kolaborasi ‘Nikke Cool Summer Fest’ Akan Bermula Di Malaysia Pada 4 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Kolaborasi ‘Nikke Cool Summer Fest’ Akan Bermula Di Malaysia  Pada 4 Julai!

Kolaborasi 'Nikke Cool Summer Fest' Akan Bermula Di Malaysia Pada 4 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd