Acara crossover kedua antara LifeAfter, dan francais terkenal Jepun Ghost in the Shell: SAC_2045 dijadualkan untuk keluar hari ini (22 Julai)! Acara crossover pertama LifeAfter x Ghost in the Shell: SAC_2045 pada bulan Februari telah menerima sambutan yang tinggi daripada para pemain. Kali ini, selain dari kandungan acara crossover pertama, senarai pakaian dan item baru akan ditambahkan ke dalam permainan, serta misi istimewa iaitu – operasi stealth bersama Major!
40+ item bertema Cyberpunk
Untuk membawa pengalaman pasca-apokaliptik dan cyberpunk baru, LifeAfter mencipta kandungan baru untuk acara crossover kedua, termasuk pakaian, reka bentuk kereta, reka bentuk dron, set perabot dan “spray”.
Pemain bukan sahaja dapat memakai pakaian bertema Public Security Section 9, tetapi juga memberikan penampilan topeng dan baju bionik baru kepada anjing peliharaan. Set perabot yang bergaya retro mekanikal, kereta sport biru ungu yang berkelip, reka bentuk dron baru yang menyerupai Tachikoma dan item sokongan lain akan memberikan pengalaman cyberpunk kepada pemain.
Terdapat juga banyak faedah untuk peserta kali ini! Selama acara ini berlangsung, pemain dapat menerima item kolaborasi “Combat Motoko Spray” apabila log masuk. Pakaian “Cool Breeze – Motoko” juga akan diberikan kepada pemain yang kekal aktif selama acara ini secara percuma.
Selesaikan Special Stealth Operation di bawah arahan Motoko Kusanagi
Selain item kolaborasi, pemain juga dapat mengalami misi sulit bertemakan kolaborasi ini, di mana mereka perlu menyelesaikan misi di bawah arahan Motoko Kusanagi, askar elit dari Public Security Section 9.
Dalam operasi itu, misi pemain adalah untuk menyusup ke Imperial Barracks dan mendapatkan kad akses. Sebagai pakar dalam bidang ini, Motoko Kusanagi akan memberikan arahan kepada pemain sepanjang misi. Dengan bimbingan askar elit tersebut, pemain dapat meningkatkan teknik mereka dan menyelesaikan misi dengan berjaya!
Sertailah acara di media sosial dan menangi pelbagai ganjaran
LifeAfter x GHOST IN THE SHELL: SAC_2045 Crossover Vol.2 is coming tomorrow!
The Motoko-featured Armors turn people's heads, creating the unique atmosphere of cyperpunk. 📱
Check the video to see the collaboration limited items!#LifeAfter #LifeAfterxGhostInTheShellSAC_2045 pic.twitter.com/IeXS2SHyjv— LifeAfter (@LifeAfter_en) July 21, 2021
Seterusnya, akan ada beberapa faedah untuk pemain yang ingin mencuba acara crossover baru. Dari 22 hingga 28 Julai 2021, ikuti akaun media sosial rasmi LifeAfter di Facebook (@LifeAfter.en) atau Twitter (@LifeAfter_en). Sekiranya anda klik “like” pada posting yang berkaitan, anda berpeluang memenangi giftcard Google Play bernilai $50. Acara ini secara rasmi bermula pada 22 Julai 2021, dan berakhir pada 5 Ogos 2021.
Untuk segala liputan kami tentang LifeAfter, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post