Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi eFootball x Naruto Shippuden Bermula – Rasakan Tendangan Rasenshuriken!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kolaborasi eFootball x Naruto Shippuden Bermula – Rasakan Tendangan Rasenshuriken!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, Konami telah melancarkan kolaborasi antara eFootball dan siri anime ikonik Naruto Shippuden yang akan berlangsung selama dua minggu sehingga 14 Mei.

Tarikan utama tentulah kad pemain “Highlight”. Rekaan kad memang sangat unik; di mana setiap pemain pilihan digandingkan dengan watak tertentu daripada dunia Naruto, lengkap dengan latar belakang khas.

/
🍥#イーフトやるってばよ🍥
\
『NARUTO-ナルト- 疾風伝』×『eFootball™』コラボ開催決定!

ネイマール選手をはじめとした選手達が登場するスペシャルトレーラーを公開!

NARUTOのキャラクター達が登場するゴールパフォーマンスにも注目!#eFootball #イーフト pic.twitter.com/lXn2e0VDJB

— eFootball™公式 (@we_konami) April 30, 2026

Anda boleh mendapatkan kad-kad ini secara percuma dengan melengkapkan objektif tertentu dalam Challenge Event yang baharu. Berikut adalah senarai pemain yang tersedia sekarang:

  • Neymar Jr (Santos): Tema Naruto Uzumaki (Rating 95)
  • Takefusa Kubo (Brighton): Tema Sasuke Uchiha (Rating 94)
  • Martin Ødegaard (Arsenal): Tema Shikamaru Nara (Rating 95)
  • Luka Modrić (AC Milan): Tema Itachi Uchiha (Rating 95)
  • Robert Lewandowski (Barcelona): Tema Kakashi Hatake (Rating 95)
  • Rafael Leão (AC Milan): Tema Deidara (Rating 95)
  • Christian Pulisic (AC Milan): Tema Tobi (Rating 95)
  • Alexis Saelemaekers (AC Milan): Tema Pain (Rating 94)

Satu lagi tambahan menarik dalam kolaborasi ini adalah ‘goal celebration’ yang direka khas. Jika menjaringkan gol menggunakan “Power Shot” dengan kad khas Neymar atau Kubo, mereka akan melakukan pose ikonik daripada anime. Neymar akan menggayakan gaya Naruto, manakala Kubo meniru gaya Sasuke.

Satu “Hub” Naruto Shippuden juga ditambah ke menu utama. Selain daripada menang perlawanan untuk mata, anda boleh mendaki level untuk membuka “Stadium Chore” dan barangan kosmetik.

Sambil naik level, anda boleh mendapatkan:

  • Giant Stadium Prop: Patung gergasi Naruto dan Sasuke yang akan menghiasi tepi padang.
  • Goal & Kick-off Projection: Paparan digital yang memeriahkan padang semasa detik-detik penting perlawanan.
  • Tifos & Banner: Hiasan penyokong di tempat duduk penonton yang memaparkan karya seni Naruto.

Acara eFootball x Naruto Shippuden sudah bermula di semua platform. Pastikan anda masuk ke dalam game sebelum kempen berakhir pada 14 Mei untuk mendapatkan ninja kegemaran!

Tags: Efootballnaruto shippuden
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Jawab Isu DRM PlayStation: PS5 Tidak Akan ‘Lock’ Walaupun Offline Sebulan

Next Post

Jom Cuba Demo Kingdom Heroes: Arena – Pahlawan Three Kingdoms Tapi Genre Fighting Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Jom Cuba Demo Kingdom Heroes: Arena – Pahlawan Three Kingdoms Tapi Genre Fighting Game

Jom Cuba Demo Kingdom Heroes: Arena - Pahlawan Three Kingdoms Tapi Genre Fighting Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd