Selepas kolaborasi bersama Naruto, Fortnite kini kembali dengan bawakan lagi satu kolaborasi bersama dengan anime popular iaitu Dragon Ball. Peminat Dragon Ball boleh menyertai acara kolaborasi ini bermula pada 16 Ogos sehingga 17 September 2022.
Banyak acara dan kandungan yang disediakan oleh Fortnite untuk korang berseronok. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok acara dan kandungan yang disediakan.
Dragon Ball Power Unleashed

Boleh disertai oleh semua pemain peminat tidak kira sama ada korang peminat Dragon Ball atau pun tidak. Acara ini akan menjejaki progress sepanjang korang melengkapkan misi dalam battle royale dan Dragon ball Adventure Island.
Bagi melengkapkan acara ini, korang perlu lakukan sebanyak 7 set misi. Setiap daripada misi yang diselesaikan akan memberikan pemain ganjaran iaitu Dragon Ball dan meningkatkan Power Level. Dengan mengumpul Dragon Ball dan Power Level, korang akan diberikan ganjaran seperti Dragon Radar Back Bling, Emote, Spray dan Battle Pass level.

Kumpulkan kesemua Dragon Ball dan dapatkan Shenron Glider. Acara ini akan berlangsung sehingga 30 Ogos 2022.
Festival episod Dragon Ball Super

Bermula daripada 16 Ogos 2022 sehingga 17 September 2022, mereka akan mengadakan festival di mana korang boleh berseronok di atas kapal cruise yang dibina oleh Vysena Studio untuk menonton siri anime Dragon Ball.
Berikut adalah episod yang akan ditayangkan:
- Dragon Ball Super – Episode 09: “Thanks for Waiting, Lord Beerus! A Super Saiyan God is Born at Last!”
- Dragon Ball Super – Episode 10: “Show Us, Goku! The Power of a Super Saiyan God!!”
- Dragon Ball Super – Episode 11: “Let’s Keep Going, Lord Beerus! The Battle of the Gods!”
- Dragon Ball Super – Episode 13: “Goku, Surpass Super Saiyan God!”
- Dragon Ball Super – Episode 81: “Bergamo the Crusher vs. Goku! Whose Strength Reaches the Wild Blue Yonder?!”
- Dragon Ball Super – Episode 98: “Ah, the Uncertainty! A Universe Despairs!! “
Item Dragon Ball

Mesti korang tak sabar nak tengok skin kosmetik yang akan dihadirkan dalam Fortnite kan. Jom saya memperkenalkan satu per satu. Korang dah boleh dapatkan kesemua skin kosmetik mulai sekarang.
Son Goku

Vegeta

Bulma

Beerus

Back Bling

Pickaxe, Glider, dan Emote

Kalau korang tidak mahu beli satu per satu, mereka juga menyediakan bundle seperti Goku & Beerus Bundle, Vegeta & Bulma Bundle dan Dragon Ball Gear Bundle. Setiap daripada bundle akan mempunyai item bonus yang korang boleh dapatkan. Korang boleh baca di laman web Fortnite untuk mengetahui tentang kolaborasi ini dengan lebih lanjut.
Lepas tengok kolaborasi Dragon Ball bersama Fortnite kali ini, semuanya nampak sangat menarik untuk dimainkan. Jadi, apa pendapat korang tentang kolaborasi terbaru daripada Fortnite? Berikan pendapat korang di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post