Honor of Kings dan KOI Thé Malaysia telah bekerjasama membawa kolaborasi yang hebat termasuk dua minuman eksklusif: Golden Cudgel Mango Green Tea yang melambangkan Wukong dan Petals Strawberry Green Milk Tea sebagai penghormatan kepada Diaochan!
Mulai sekarang hingga 4 Disember 2024, kunjungi 23 cawangan KOI Thé di seluruh Malaysia untuk mencuba minuman ini sambil merebut peluang memenangi barangan eksklusif Honor of Kings melalui cabaran 1v1.
Beli satu minuman kolaborasi untuk mendapatkan kad gores percuma dan pelekat watak, atau beli dua atau lebih untuk menerima hadiah tambahan seperti phone grip, rantai kunci, atau bantal percuma.
Luangkan Masa Bersama Cosplayer Kegemaran di KOI Thé!
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu cosplayer terkenal seperti Baobao, Josette, Rynna, dan Jiajia pada 23 November, jam 10 pagi hingga 3 petang di KOI Thé Sunway Pyramid dan Queensbay Mall. Mereka akan berperanan sebagai pengurus kedai dan melayani 10 pelanggan bertuah pertama setiap hari!
Maklumat Hadiah & Penebusan:
- Beli dua cawan Mango Green Tea atau Petals Strawberry Green Milk Tea dalam satu resit untuk mendapatkan:
- 2x Sarung Cawan/Pelekat/Kad Gores
- 1x Phone Grip KOI x HOK
- Kad foto 5R eksklusif cosplayer (mengikut lokasi).
- Beli tiga cawan untuk menerima hadiah tambahan:
- 3x Sarung Cawan/Pelekat/Kad Gores
- 1x Bantal KOI x HOK
- Kad foto bertandatangan dan Polaroid eksklusif (terhad kepada 40 pelanggan pertama).
Lawan 1v1 Bersama Cosplayer Untuk Peluang Menangi Hadiah Esksklusif!
Sertai cabaran 1v1 battle menarik pada 24 November di KOI Thé TRX dan 30 November serta 1 Disember di KOI Thé Cheras Leisure Mall untuk peluang memenangi hadiah eksklusif!
Peminat juga berpeluang bergambar dengan cosplayer kegemaran mereka, mencuba sampel minuman kolaborasi baharu, dan mendapatkan barangan percuma hanya dengan mengikuti akaun KOI Thé dan Honor of Kings Malaysia!
Peserta perlu memuat naik dan tag kedua-dua akaun di Instagram untuk melayakkan diri menerima ganjaran percuma. Beli satu minuman kolaborasi dalam satu resit di cawangan terpilih untuk berpeluang memenangi hadiah tambahan melalui claw machine!
Hadiah yang Ditawarkan:
- Token dalam permainan
- Pelekat, bantal, phone grip, tumbler
- Baucar minuman kolaborasi percuma
- Baucar Skin (Epic Skin/Rare Skin)
- Telefon pintar Realme
Lokasi & Jadual Aktiviti:
- 24 November: KOI Thé TRX – bersama Ebi & Reiiko
- 30 November dan 1 Disember: KOI Thé Cheras Leisure Mall – bersama Crystal & Sushii
@gamersantaimy
Discussion about this post