THE KING OF FIGHTERS (KOF) XIII GLOBAL MATCH telah pun dilancarkan semula pada konsol dengan beberapa penambahbaikan yang dinanti-nantikan oleh peminat. Kami tahu ini sudah lama dilancarkan tetapi dengan adanya versi yang lebih moden ini, sudah tentu ia mampu menarik pemain lama untuk kembali bermainnya.
Dengan banyak game fighting sudah mula menggunakan rollback netcode, ia sudah tentu membuatkan pengalaman bermain dalam talian lebih lancar. KOF XIII Global Match juga sudah mempunyai rollback padanya. Sudah tentu ramai pemain yang menyukainya, sudah tentu kami juga bersyukur dengan kehadiran netcode itu. Bukan setakat itu sahaja, sementara menunggu matchmaking, anda boleh ke mode training dan berlatih sementara lawan anda muncul. Tidaklah anda kebosanan menunggu nanti.
Ciri-ciri tersebut sememangnya penambahan yang baik bagi kami, terutamanya dengan game KOF XVIII yang dilepaskan semula. Apa yang dilakukan oleh SNK sememangnya keputusan yang terbaik.
Memandangkan game ini juga sudah lama, sudah tentu anda akan berjumpa dengan pemain yang terlalu handal. Memang tidak pelik kalau anda kena serangan bertubi-tubi daripada mereka ini. Walaupun begitu, jangan berputus asa dan main dengan perlahan sambil mempelajari gerakan yang sering digunakan oleh pemain-pemain lain. Terdapat juga mode replay yang menunjukkan nilai stun dan damage pergerakan anda. Jadi anda boleh tahu kesilapan anda dan perbaikinya dalam match seterusnya.
Tidak dilupakan juga pada sprite 2D KOF XIII Global Match yang begitu cantik. Segala pergerakan watak jauh lebih kecil berbanding game fighting moden, membolehkan anda untuk menggunakan moveset tersebut sepenuhnya.
Dengan segala penambahan ini, memang sesuai sangat untuk pemain lama dan baharu untuk mainkan game ikonik ini. Harganya juga dibawah RM 100, sangat berbaloi untuk anda alami game fighting hebat dengan barisan watak yang banyak!
Untuk baca berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post