Sempena dua dekad inovasi, ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan harga, spesifikasi, serta pra-tempahan bagi koleksi ulang tahun “Edition 20” yang dinanti-nantikan. Produk edisi terhad ini (yang pertama kali dipertontonkan di Computex 2026) merangkumi komponen PC berprestasi tinggi, sistem kompak, paparan skrin, aksesori, serta barangan gaya hidup.
Portal pra-tempahan rasmi akan mula diaktifkan hari ini, 26 Jun, tepat jam 6:00 petang, bagi memberikan peluang kepada para ‘tech user’ di Malaysia untuk memiliki produk edisi khas ini.
Komponen PC untuk Peminat Tegar (Tersedia Secara Pakej/ Bundle)
Koleksi utama Edition 20 memfokuskan kepada komponen-komponen PC yang direka untuk berfungsi bersama dalam satu ekosistem seragam. Atas faktor nilai eksklusifnya sebagai barangan edisi terhad, komponen teras ini hanya ditawarkan oleh ROG Malaysia secara berpakej (bundle). Ini bermakna, pembeli perlu mendapatkan komponen PC utama ini bersama dengan aksesori terpilih.
Komponen utama yang akan tiba di pasaran tempatan pada awal Ogos 2026 merangkumi:
Motherboard ROG Crosshair X870E Edition 20

- Platform & Kuasa: Direka khusus untuk soket AMD AM5 (menyokong pemproses siri Ryzen 9000, 8000, dan 7000), motherboard E-ATX ini sedia untuk teknologi AI PC masa depan serta dilengkapi fasa kuasa (power stage) 24+2+2 berprestasi tinggi.
- Memori & Prestasi: Didatangkan dengan slot DDR5 yang memanfaatkan fungsi ASUS Enhanced Memory Profile (AEMP) serta Teknologi NitroPath DRAM untuk memastikan penghantaran isyarat optimum.
- Storan Tambahan: Menyokong sehingga sembilan slot SSD M.2 melalui susun atur onboard dan kad tambahan, serta dilindungi sepenuhnya oleh heatsink 3D VC M.2.
- Sambungan: Menawarkan dua PCIe 5.0 x16 SafeSlot bersama Suis PCIe Slot Q-Release, dwi-port Realtek 10G Ethernet, dua port USB4, dua penyambung panel hadapan USB 20Gbps Type-C, serta dua belas port USB 10Gbps.
- Sistem Penyejuk: Didatangkan dengan ROG Ryujin 360 Edition 20 AIO Liquid Cooler edisi khas. Penyejuk ini menampilkan reka bentuk kuprum dengan ‘full-width thermal deck’ untuk menyejukkan CPU dan VRM secara serentak. Ia dikuasakan oleh pam Asetek EMMA Gen10 V3Rx yang menggunakan motor berkecekapan tinggi serta ‘micro-channel copper cold plate’ bagi memberikan prestasi optimum yang senyap. Bahagian atas pula dilengkapi skrin AMOLED LCD Swivel dwi-saiz 6.67-inci dengan Display Sync-Up Mode.
- Integrasi AI: Dilengkapi dengan ciri pintar seperti AI Cache Boost, ASUS AI Advisor, AI Overclocking, AI Cooling II, dan AI Networking II.
Kad Grafik ROG Astral GeForce RTX 5090 Edition 20

- Seni Bina & Memori: Dikuasakan oleh seni bina mikro NVIDIA Blackwell bersama memori 32GB GDDR7, yang mampu menghasilkan kuasa pemprosesan sehingga 3,352 AI TOPS untuk mengendalikan beban kerja AI kompleks.
- Sistem Penyejukan: Menampilkan reka bentuk ‘quad-fan’ pertama keluaran ROG yang dilengkapi vapor chamber, sirip heatsink yang lebih rapat, serta ‘phase-change GPU thermal pad’.
- Estetik Fizikal: Kemasan luaran menggunakan bingkai die-cast bersama bracket GPU jenis logam dan dilengkapi ‘transparent glass backplate’ unik.
- Paparan Interaktif: Bahagian shroud dipadankan dengan skrin AMOLED melengkung untuk memaparkan visual 3D dinamik, animasi tersuai, mahupun pemantauan status sistem secara langsung.
- Sistem Kuasa: Menggunakan sistem bekalan kuasa dual-voltage 800W berserta fasa kuasa dinaik taraf demi mengekalkan default factory overclock yang tinggi secara stabil.
Power Supply ROG Thor 3000W Titanium III Edition 20

- Output Kuasa Tinggi: Menggunakan seni bina adaptif dual-voltage yang membolehkannya membekalkan kuasa penuh 3,000 watt pada grid voltan 230V, atau dilaraskan secara automatik ke 1,600 watt pada voltan 115V.
- Sokongan Multi-GPU: Direka khas untuk membekalkan kuasa kepada konfigurasi sehingga empat kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dengan selamat. Pakej jualan turut menyertakan empat kabel ROG Equalizer PCIe Power/12V-2×6 yang dipatenkan.
- Komponen Kelas Pelayan: Menggunakan komponen Gallium Nitride (GaN) MOSFET gred pelayan untuk menghasilkan kepadatan kuasa yang tinggi dalam reka bentuk kompak yang lebih sejuk.
- Keselamatan & Kawalan Voltan: Dilengkapi dengan penstabil voltan pintar GPU-First Intelligent Voltage Stabilizer serta kabel ROG Equalizer yang mengurangkan tekanan terma ketika bebanan tinggi, sekali gus meningkatkan kestabilan voltan sehingga 45% sewaktu aktiviti overclocking ekstrem dijalankan.
- Paparan OLED: Dilengkapi skrin paparan OLED bermagnet dengan kabel sambungan bagi memudahkan anda memantau penggunaan kuasa masa nyata dari pelbagai sudut pilihan.
- Kecekapan Tinggi: Diperakui dengan penarafan berprestij 80 Plus Titanium yang menjamin kecekapan kuasa sehingga 94% di bawah beban kerja penuh.
Casing PC ROG GR20 Edition 20

- Struktur: Casing PC modular jenis ‘open-frame’ premium yang dibina menggunakan bahan aluminium gred tinggi yang tebal untuk kestabilan optimum.
- Estetik: Didatangkan dengan kemasan warna emas serta bahasa reka bentuk khas ulang tahun ke-20 bagi mempamerkan komponen berprestasi tinggi di dalam sistem anda secara elegan.
- Kawalan Terma: Seni bina rangka terbuka memastikan aliran udara lancar tanpa sekatan untuk ‘heat dissipation’ yang sangat cekap.
Sistem Kompak dan Paparan Skrin Imersif
Mini PC ROG NUC 16 Edition 20

- Saiz Setaraf Konsol: Memuatkan prestasi gaming bertaraf perdana ke dalam casing tiga liter yang ultra-kompak. Peranti ini tampil menarik dengan kemasan luaran separa lutsinar gelap serta perincian emas.
- Pemproses & GPU: Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus (Arrow Lake-HX Refresh) dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 5090 (24GB GDDR7) dengan sokongan DLSS 4.5. Gabungan ini mampu menghasilkan kuasa pengiraan sehingga 1,334 AI TOPS untuk kegunaan AI generatif tempatan serta tugasan kreatif.
- Memori & Storan: Menyokong memori dwi-saluran DDR5-6400 SO-DIMM sehingga 128GB. Untuk storan, ia menyediakan dwi-slot M.2 NVMe (satu PCIe Gen 5 dan satu PCIe Gen 4) dengan sokongan kapasiti sehingga 2TB.
- Reka Bentuk Terma QuietFlow: Menggunakan sistem aliran udara tiga kipas berserta penyejuk dual-vapor-chamber. Reka bentuk ini meningkatkan kapasiti haba CPU sebanyak 21% lebih cekap serta melesapkan sehingga 300W haba gabungan CPU dan GPU secara senyap.
- Bonus Kreatif: Didatangkan dengan langganan percuma selama tiga bulan untuk Adobe Creative Cloud.
Monitor Gaming ROG Swift OLED PG27AQWP-G Edition 20

- Panel Paparan: Menggunakan panel WOLED berkilat Tandem bersaiz 26.5 inci dengan pensijilan VESA DisplayHDR TrueBlack bagi memastikan paparan warna hitam yang pekat dan kontras yang tinggi.
- Prestasi Dual-Mode: Menampilkan fungsi pertukaran mod dwi-skrin terus pada peringkat perkakasan:
- Resolusi QHD (2560 x 1440) sehingga 540Hz untuk game e-sukan yang kompetitif.
- Resolusi HD (1280 x 720) sehingga 720Hz untuk refresh rate yang ultra-pantas dan lancar.
- Kelajuan Pantas: Membawakan response time sepantas 0.02 ms bagi meminimumkan motion blur serta isu ghosting di skrin.
- Estetik Khas: Direka dengan reka bentuk khas ulang tahun bertemakan hitam-emas serta bahagian belakang lutsinar yang memperlihatkan susunan litar dalaman monitor secara artistik.
Router ROG Rapture GT-BE98 Pro Edition 20

- Prestasi WiFi 7: Merupakan router gaming quad-band WiFi 7 bertaraf mercu yang menawarkan kelajuan rangkaian tanpa wayar sehingga 30Gbps secara keseluruhan.
- Teknologi Termaju: Dilengkapi dengan saluran jalur lebar 320MHz, teknologi modulasi 4096-QAM, serta Multi-Link Operation (MLO) untuk menyalurkan data secara serentak di pelbagai jalur frekuensi bagi mencapai latency ultra-rendah dan mengekalkan kestabilan sambungan berbilang peranti.
- Estetik: Didatangkan dengan kemasan warna hitam-emas premium yang melambangkan identiti edisi terhad sempena ulang tahun ke-20.
Aksesori dan Barangan Pengumpul
Keyboard ROG Azoth Extreme Edition 20

- Binaan & Bingkai: Keyboard mekanikal bersaiz 75% yang dibina menggunakan casis aluminium yang dipotong ‘precision-machined’.
- Struktur Dalaman: Didatangkan dengan plat penentu kedudukan gentian karbon (carbon fiber positioning plate) serta sistem gasket-mount boleh laras untuk disesuaikan mengikut cita rasa ketukan anda.
- Paparan Skrin: Dilengkapi dengan skrin sentuh OLED berwarna penuh untuk memaparkan maklumat perkakasan sistem, baki bateri, mahupun animasi tersuai kegemaran anda.
- Perincian Premium: Dihiasi dengan elemen bersalut emas 24K tulen serta sentuhan penjenamaan khas sempena ulang tahun ke-20.
ROG Harpe II Extreme Edition 20 Wireless Mouse

- Reka Bentuk: Menampilkan bentuk tetikus yang sangat ringan dan ergonomik untuk kegunaan e-sukan profesional, dibangunkan secara kolaborasi bersama pemain kompetitif.
- Perkakasan Ketepatan Tinggi: Dilengkapi sensor optikal bertaraf tinggi ROG Aimpoint Pro 65K serta Suis Mikro Optikal ROG yang menawarkan ketahanan jangka panjang sehingga 100 juta klik.
- Sokongan Rangkaian: Memanfaatkan teknologi tanpa wayar SpeedNova 8K untuk memastikan tindak balas input yang ultra-pantas tanpa sebarang latency.
- Gliders: Menggunakan tapak yang diperbuat daripada kaca Corning® Gorilla® Glass yang sangat licin dan tahan lasak untuk pergerakan yang lancar.
- Pakej Jualan: Didatangkan dalam kotak paparan eksklusif yang sedia untuk dipamerkan, lengkap bersama pelbagai aksesori premium tambahan.
ROG Keycap Mystery Box Edition 20

- Konsep: Siri blind-box yang menawarkan keycap rawak diispirasikan daripada sejarah reka bentuk ikonik ROG.
- Acara Cabutan Bertuah: Sekiranya pembeli bertuah mendapat keycap edisi terhad “ROG Logo Special Edition”, mereka layak untuk menebus sebuah tetikus ROG Harpe II Extreme Edition 20 secara percuma.
Barangan Gaya Hidup (Tersedia Sekarang)
Bagasi ROG SLASH Hard-case Luggage Edition 20

- Kerangka & Bingkai: Diperbuat daripada kerangka keras 100% polikarbonat yang tahan lasak, bingkai aluminium yang kukuh, bucu yang diperkuat, serta sistem kunci yang melepasi piawaian TSA.
- Gaya Ikonik: Menampilkan gabungan rona warna hitam dan emas lutsinar, diserikan dengan plat pepenjuru keluli tahan karat berwarna emas ikonik ROG.
- Sistem Roda: Dipasangkan dengan roda senyap 360 darjah dengan sistem penyerap hentakan tersuai yang diinspirasikan daripada seni roda papan selaju (skateboard).
- Sistem Storan: Menyediakan ruang storan dalaman khusus untuk peranti permainan, lengkap dengan lencana tenunan ulang tahun ke-20 bagi memudahkan anda menyusun komputer riba, konsol mudah alih, serta aksesori dengan kemas.
Beg Galas ROG SLASH Backpack Edition 20

- Reka Bentuk & Kapasiti: Merupakan reka bentuk semula SLASH Backpack 4.0 berkapasiti 26 liter, yang ditonjolkan dengan logo ROG berwarna emas serta jahitan khas sempena ulang tahun perkakasan ini.
- Material: Diperbuat menggunakan fabrik bahan PU berkualiti tinggi yang kalis air serta tahan koyak untuk kegunaan harian.
- Fleksibiliti Storan: Direka dengan bahagian atas ‘roll-top’ yang fleksibel serta ruang penyusun dalaman akses pantas yang mampu memuatkan komputer riba sehingga saiz 18 inci.
- Keselesaan Ergonomik: Bahagian sandaran belakang menggunakan fabrik bernafas, dipadankan dengan ‘sternum strap’ boleh laras untuk mengurangkan keletihan bahu. Beg ini juga dikunci dengan gancu magnetik FIDLOCK jenis pelepasan pantas.
Ketersediaan, Harga, dan Peraturan Pakej (Bundle)
Pakej Komponen Utama (Tiba Awal Ogos 2026)
Siri komponen di bawah tidak dijual secara berasingan dan wajib dibeli dalam satu pakej lengkap bersama keyboard ROG Azoth Extreme Edition 20, tetikus ROG Harpe II Extreme Edition 20, serta monitor ROG Swift OLED PG27AQWP-G Edition 20:
- ROG Crosshair X870E Edition 20 (dengan Ryujin 360 AIO): RM15,500
- ROG Astral GeForce RTX 5090 Edition 20: RM33,999
- ROG Thor 3000W Titanium III Edition 20: RM3,939
- ROG GR20 Edition 20 Case: RM2,600
Produk Berasingan (Tiba Awal Ogos 2026)
- Keyboard ROG Azoth Extreme Edition 20: RM2,599
- Tetikus ROG Harpe II Extreme Edition 20: RM1,380
- ROG Keycap Mystery Box Edition 20: RM99 setiap keycap
- Mini PC ROG NUC 16 Edition 20: RM29,999
- Monitor Gaming ROG Swift OLED PG27AQWP-G Edition 20: RM8,100
- Router ROG Rapture GT-BE98 Pro Edition 20: RM3,388
Barangan Gaya Hidup (Tersedia Sekarang)
- Bagasi ROG SLASH Hard-case Luggage Edition 20: RM1,199
- Beg Galas ROG SLASH Backpack Edition 20: RM629
Kempen dan Penebusan Hadiah Percuma
Sempena sambutan ulang tahun yang bersejarah ini, ROG Malaysia turut menganjurkan beberapa kempen penebusan hadiah menarik:
- Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad: Pelanggan yang membeli produk terpilih secara berasingan — merangkumi Azoth Extreme, Harpe II Extreme, NUC 16, monitor Swift OLED, mahupun Rapture GT-BE98 Pro — layak untuk menebus sekeping kad Touch ‘n Go berprestij edisi ulang tahun ke-20.
- Kotak Barangan Premium: Pelanggan yang membeli pakej PC lengkap (komponen PC utama bersama keyboard Azoth Extreme, tetikus Harpe II Extreme, dan monitor Swift OLED) akan membawa pulang kad Touch ‘n Go Ulang Tahun Ke-20 berserta Kotak Hadiah ROG eksklusif yang padat dengan barangan cenderahati rasmi ROG edisi terhad.
Butiran kempen pra-tempahan dan senarai kedai rasmi boleh didapati di halaman acara rasmi: (mula aktif malam ini pada jam 6:00 petang).
Produk gaya hidup boleh dipra-tempah secara terus melalui ASUS eStore di SINI.








Discussion about this post