Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah Tragis Bartholomew Kuma (One Piece) – Hamba Kekejaman Dari Kecil Hingga Tua

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Kisah Tragis Bartholomew Kuma (One Piece) – Hamba Kekejaman Dari Kecil Hingga Tua

Kredit: @LucrataNexarii

Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun One Piece tidak asing dengan kisah-kisah yang tragis, bab terbaharu akhirnya mendedahkan kisah silam Bartholomew Kuma, yang bagi saya adalah kisah paling tragis setakat ini dalam siri ini. Khususnya, bab #1095 (dan kemudian) mula memberi pencerahan tentang kaum Kuma, dan turut menceritakan sejarahnya yang menyedihkan, sehinggalah saat dia menyertai Revolutionary Army.

Kredit: Toei, Shueisha

Sebelum saya menceritakan latar belakangnya, rasanya lebih elok jika saya menerangkan tentang watak Bartholomew Kuma.

Bartholomew Kuma adalah bekas Shichibukai, bekas raja kepada Sorbet Kingdom, dan salah satu pengasas Revolutionary Army dengan bounty sekurang-kurangnya 296,000,000 berry. Dia juga merupakan bapa kepada Jewelry Bonney (salah satu Worst Generation). Asalnya, Kuma ialah keturunan kaum istimewa bernama buccaneers yang kini hampir pupus.

Kredit: Toei

Pernah digeruni sebagai lanun yang sangat ganas, sehingga mendapat gelaran Bōkun (Tyrant), Kuma kini menjadi senjata manusia dipanggil “Pacifista”, yang dibangunkan oleh saintis Vegapunk. Setelah selesai bereksperimen, Kuma telah ditukar menjadi cyborg Pacifista pertama, tetapi malangnya mentalnya telah hilang (teori mengatakan “mati”) dalam proses.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah kisah tragis Bartholomew Kuma daripada kecil sehingga dia menyertai Revolutionary Army:

AMARAN! SPOILER BERMULA DI SINI!

Kuma bersama ibu bapanya yang diperhambakan | Kredit: Shueisha

Bartholomew Kuma dilahirkan 47 tahun yang lalu di Sorbet Kingdom di South Blue, kepada Clapp dan seorang ibu manusia yang tidak dinamakan, lalu menjadikannya sebahagian daripada kaum Buccaneer. Empat tahun selepas dilahirkan, ejen World Government telah menangkap keluarga Kuma, dan memperhambakan mereka kepada para Celestial Dragon.

Ayah Kuma ditembak mati | Kredit: Shueisha

Semasa Kuma membesar, dia dan keluarganya didera dengan teruk sehingga ibunya meninggal dunia. Kuma juga ingin mati, tetapi bapanya merayu agar dia bertahan. Untuk menggembirakan Kuma, Clapp menceritakan tentang warrior of liberation – Sun God Nika – kepada Kuma. Pada suatu hari, Clapp sedang menyanyikan lagu Nika untuk Kuma tetapi tiba-tiba ditembak dan dibunuh oleh seorang Celestial Dragon.

Kuma bertemu Ivankov dan Ginny | Kredit: Shueisha

Beberapa tahun kemudian semasa “pertandingan memburu hamba” di God Valley, Kuma cuba melarikan diri. Kumpulan hamba lain cuba mengejarnya Kuma tetapi hamba lain memukulnya dengan kau, dan mengheret badannya ke tempat perburuan. Akhirnya, dia bertemu dengan sepasang kanak-kanak, Emporio Ivankov dan Ginny.

Ivankov menerangkan rancangan supaya mereka semua dapat melarikan diri, di mana mereka perlu mencuri 2 Devil Fruit yang sepatutnya dijadikan sebagai hadiah untuk peserta: Uo Uo no Mi, Model: Seiryu dan Nikyu Nikyu no Mi. Tiada siapa yang berani untuk melaksanakan rancangan ini kecuali Kuma, yang tanpa rasa takut menawarkan dirinya.

Big Mom cuba menghentikan Ivankov dan Kuma daripada makan Devil Fruit | Kredit: Shueisha

Disebabkan ketibaan mengejut Rocks Pirates, Roger Pirates, dan askar Marine, seluruh pulau itu dilanda huru-hara, yang memberi peluang kepada Kuma dan Ivankov untuk mencuri kedua-dua buah. Charlotte Linlin (Big Mom) muncul, dan menghalang Ivankov daripada memakan buah itu, sebaliknya memberi peluang kepada Kuma untuk memakan buahnya sendiri.

Kuma berjanji untuk menyelamatkan seramai mungkin orang di hadapan Jaygarcia Saturn | Kredit: Shueisha

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas memakan buah itu, Jaygarcia Saturn (salah satu Gorōsei) muncul dan menangkap Kuma. Saturn memberitahu bahawa kaum Buccaneers dilahirkan untuk menjadi hamba, dan kehidupannya tidak bermakna. Kuma membalas dengan menyatakan bahawa dia akan menyelamatkan seberapa ramai orang yang dia boleh, seperti Nika, yang menyebabkan Saturn menjadi marah.

Entah bagaimana, Kuma berjaya melepaskan diri dan menyelamatkan lebih 500 orang di God Valley, sebelum dirinya melarikan diri bersama Ginny dan Ivankov ke kerajaan asalnya di Sorbet. Kuma memutuskan untuk menjadikan sebuah gereja sebagai rumahnya, dan tinggal bersama Ginny manakala Ivankov berlayar di laut.

Kuma dibuli oleh kanak-kanak lain | Kredit: Shueisha

Untuk menyara hidup, Kuma dan Ginny menjual kayu balak untuk membeli makanan. Tidak semuanya inda, kerana beberapa kanak-kanak lokal enggan mempercayai Kuma (yang badannya besar) baru berusia 9 tahun, sehingga membuatkan Ginny marah.

Ginny terus memukul kumpulan kanak-kanak itu, tetapi Kuma menggunakan kuasa Devil Fruit-nya untuk merawat luka dan sakit yang mereka alami. Pada malam itu, Ginny dan Kuma menangis kegembiraan kerana akhirnya dapat makan besar serta menikmati kebebasan mereka.

Kuma merawat sakit orang tua yang melawat | Kredit: Shueisha

Pada usia 17 tahun, Kuma menjadi paderi, dan menghabiskan setiap hari Ahad membantu penduduk tua yang mengalami sakit di badan. Apa yang mereka tidak tahu adalah Kuma terpaksa menanggung segala kesakitan itu selepas mereka balik (jika tidak, sakit itu akan pulang ke tuan asal). Dalam keadaan tenat seperti itu, Ginny yang akan menjaganya setiap kali.

Ginny merawat Kuma | Kredit: Shueisha

Setelah sekian lama, Ginny mengajak Kuma untuk berkahwin, tetapi sayangnya ditolak. Itu kerana Kuma takut Ginny akan mengalami nasib yang sama dengan ibunya, yang juga mempunyai suami buccaneer lalu menjadi hamba. Pada masa inilah, Kuma sedar akan kewujudan Monkey D. Dragon dan kumpulan Freedom Fighters.

Kuma, Ginny dan rakan-rakan lain dipenjarakan | Kredit: Shueisha

Tidak lama selepas itu, Sorbet Kingdom melaksana perintah baru yang mengasingkan kerajaan kepada dua wilayah: utara yang kaya-raya dan selatan yang penuh dengan orang tua dan miskin. Dalam keadaan tidak puas hati, Kuma pergi ke istana untuk memprotes tetapi dipenjarakan atas tuduhan pengkhianatan. Ginny dan beberapa rakan lain turut memulakan rusuhan dan kemudian dihantar ke penjara yang sama.

Mereka akhirnya terselamat apabila, Dragon dan Ivankov menyerang negara itu dan berjaya menggulingkan rajanya dalam proses. Kuma dan Ginny serta-merta kenal rakan lama mereka, Ivankov, dan dibebaskan dari penjara.

Revolutionary Army diasaskan | Kredit: Shueisha

Kemudian, mereka memutuskan untuk menyertai kumpulan Freedom Fighters, yang lambat-laun berkembang menjadi Revolutionary Army, di mana Kuma dianggap sebagai salah satu pengasas penting dan antara ahlinya yang paling terkemuka.


Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!

(Sumber – Manga Plus)

Tags: Bartholomew Kumamangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan: Watak-watak Utama yang Hidup Selepas Finale [SPOILER]

Next Post

Diablo IV: Perkongsian Mengenai Reka Bentuk Class dan Balancing oleh Lead Live Class Designer Game, Adam Jackson

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Diablo IV: Perkongsian Mengenai Reka Bentuk Class dan Balancing oleh Lead Live Class Designer Game, Adam Jackson

Diablo IV: Perkongsian Mengenai Reka Bentuk Class dan Balancing oleh Lead Live Class Designer Game, Adam Jackson

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd