Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah Netflix One Piece ‘Season 2’ Sehingga Drum Island, Kata Eiichiro Oda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Kisah Netflix One Piece ‘Season 2’ Sehingga Drum Island, Kata Eiichiro Oda
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix One Piece Season 2 semakin hampir, dan seperti yang kita sedia maklum, penggambaran sudah pun bermula sejak bulan lepas. Dengan kepulangan Eiichiro Oda sebagai Penerbit Eksekutif, beliau telah menyampaikan mesej yang memberi kemas kini tentang projek aksi langsung tersebut termasuk plot untuk musim terbaharu.

Kredit: ONE PIECE(ワンピース) Netflix

Melalui akaun rasmi X, Oda menjelaskan bahawa jalan cerita Netflix One Piece Season 2 akan merangkumi sehingga ‘Drum Island’ arc. Ini termasuk ‘Loguetown’, ‘Reverse Mountain’ (Twin Cape), ‘Whisky Peak’, ‘Little Garden’ dan ‘Drum Island’.

Malangnya, Oda tidak menyebut langsung tentang Alabasta, yang pasti mengecewakan ramai peminat. Andai kata One Piece live-action menerima musim ketiga, maka kita akan melihat kisah Alabasta di sana.

Selain itu, akaun rasmi X Netflix One Piece turut mengumumkan bahawa Katey Sagal akan melakonkan watak Dr. Kureha manakala Mark Harelik akan melakonkan watak Dr. Hiriluk.

Dalam mesej yang sama, Oda mendedahkan bahawa beberapa pelakon baharu akan diumumkan mulai Rabu hingga Jumaat, sambil mengusik watak lain seperti Vivi, Miss All Sunday (Nico Robin), dan Tony-Tony Chopper.

From the Great Medical Land of Drum, we bring you two legends in medicine! 💉🏴‍☠️ Our adventure just got a whole lot healthier! #OnePieceLiveAction pic.twitter.com/HmwjDjX2EB

— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) August 21, 2024

Berikut adalah barisan pelakon baharu yang diumumkan untuk musim 2:

  • Callum Kerr sebagai Smoker
  • Julia Rehwald sebagai Tashigi
  • Rob Colletti sebagai Wapol
  • Ty Keogh sebagai Dalton
  • David Dastmalchian sebagai Mr. 3
  • Jazzara Jaslyn sebagai Miss Valentine
  • Camrus Johnson sebagai Mr. 5
  • Daniel Lasker sebagai Mr. 9
  • Clive Russell sebagai Crocus
  • Werner Coetser sebagai Dorry
  • Brendan Murray sebagai Brogy
Kredit: ONE PIECE(ワンピース) Netflix

Netflix One Piece Season 2 dijangka akan keluar pada 2025. Walaupun penantian ini masih lama, anda boleh menonton dahulu musim pertama atau versi anime (yang cukup terkini) melalui Netflix dahulu.

Tags: Netflix One Piece
ShareTweetSend
Previous Post

Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia

Next Post

Aplikasi “holoplus” Tersedia Untuk Download, Berita Terkini Tentang Oshi Anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Aplikasi “holoplus” Tersedia Untuk Download, Berita Terkini Tentang Oshi Anda!

Aplikasi "holoplus" Tersedia Untuk Download, Berita Terkini Tentang Oshi Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd