Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem ‘Look Back’ Akan Ditayangkan Pada 12 September Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diusik oleh Encore Films Malaysia pada bulan Jun lalu, sekarang kami mendapat berita rasmi tentang tarikh keluaran filem animasi Look Back, yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 12 September.

Berita ini diumumkan melalui YouTube, di mana Encore Films Malaysia memuat naik trailer rasmi Look Back di atas yang mengandungi tarikh keluaran rasmi dan sari kata Bahasa Melayu.

Bagi mereka yang tidak tahu, filem anime “Look Back“, berdasarkan karya one-shot setebal 143 muka surat oleh Tatsuki Fujimoto iaitu pencipta Chainsaw Man dan Fire Punch, yang diterbitkan pada platform online Manga Plus+ Shueisha pada 19 Julai 2021. Menerima sambutan yang tinggi dan positif di seluruh dunia, ia dibaca oleh 2.5 juta orang pada hari pertama, dan lebih 4 juta orang pada hari kedua.

Kredit: Encore Films Malaysia

Filem anime Look Back akan diuruskan oleh Studio Durian dan diarahkan oleh Kiyotaka Oshiyama, yang juga bertanggungjawab ke atas lakon layar dan reka bentuk watak. Muzik digubah oleh Haruka Nakamura; manakala lagu tema filem, “Light Song”, digubah oleh Nakamura dan dipersembahkan oleh Urara.

Kredit: Encore Films Malaysia

Sinopsis

Kredit: Encore Films Malaysia

“Ayumu Fujino ialah seorang pelajar darjah empat yang kerap melukis manga untuk surat khabar sekolahnya dan dipuji sebagai pelukis terbaik dalam kelas. Suatu hari, dia diminta oleh guru untuk memberi peluang kepada seorang pelajar lain bernama Kyomoto yang juga ingin menyerah sampel manganya ke surat khabar sekolah.”

“Apabila manga Kyomoto muncul bersama Fujino, ia menerima pujian tinggi untuk lukisannya yang terperinci, lalu membuatkan Fujino cemburu.”

“Enggan dikalahkan oleh orang yang jarang pergi ke sekolah, Fujino memfokus sepenuhnya untuk mencipta manga. Walaupun masa berlalu, matlamatnya untuk mengatasi Kyomoto nampaknya semakin jauh, dan Fujino, kini darjah enam, akhirnya menyerah kalah dan berhenti membuat manga.”

“Hari graduasi tiba, dan Fujino diminta menyerahkan sijil tamat pengajian kepada Kyomoto yang tidak datang. Kebetulan, kedua-duanya akhirnya bersemuka, dan pertemuan yang tidak dijangka ini akan mencetuskan masa depan yang mereka langsung tidak boleh ramal.”

Tags: Look Back
ShareTweetSend
Previous Post

Fatal Fury: City of the Wolves Akan Datang Pada April 2025

Next Post

Kisah Netflix One Piece ‘Season 2’ Sehingga Drum Island, Kata Eiichiro Oda

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kisah Netflix One Piece ‘Season 2’ Sehingga Drum Island, Kata Eiichiro Oda

Kisah Netflix One Piece 'Season 2' Sehingga Drum Island, Kata Eiichiro Oda

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd