Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston dan CSD bersatu untuk mengumumkan pemenang APAC Mask Design Competition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2021
in Artikel, Berita, Produk, Tempatan
0 0
0
Kingston dan CSD bersatu untuk mengumumkan pemenang APAC Mask Design Competition!
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston Technology bersama CSD hari ini sukacita mengumumkan pemenang Kingston x CSD APAC Mask Design Competition! Dengan tema “There’s Strength in Memory“, pertandingan ini bermula pada November 2020 dan telah menyentuh hati 39 juta orang.

Video yang menampilkan rekaan dari 10 finalis teratas telah mengumpulkan lebih daripada 625,000 jumlah tontonan di mana Nguyen Dang Binh dari Vietnam memenangi Best of the Best Award dari bahagian 3-Colors, manakala Yman.S dari Malaysia menang dalam bahagian Unlimited Colors. Dipilih oleh para hakim, Special Award pula diberikan kepada Aljohn M. Matias (Filipina), Lilo Jong (Malaysia) dan Teo Sze Ting (Malaysia).

Semasa memberi komen tentang keputusan pertanding, Naib Presiden penjualan/pemasaran dan pengembangan perniagaan Kingston dari wilayah APAC, Kevin Wu berkata:

“Kami di Kingston selalu berusaha untuk membantu pelanggan kami menyimpan dan berkongsi kenangan mereka. Kami berterima kasih atas semua penyertaan dan untuk perkongsian kreatif kami dengan CSD, yang membolehkan kami menghidupkan pengalaman hidup yang paling menawan ini.”

COO CSD, Jonathan Chang kemudian berkata:

“Selama bertahun-tahun, CSD telah merevolusikan topeng muka, untuk menjadikannya bahagian penting dalam kesihatan sambil menambahkan watak dan keperibadian ke dalamnya. Reka bentuk dari semua orang yang masuk dan finalis benar-benar menyerlahkan tema, “There’s Strength in Memory.”

Ia adalah kehormatan kami untuk melihat bahawa kisah-kisah unik ini berubah menjadi kenangan yang dapat dipakai, supaya dapat menyebarkan positiviti kepada semua orang pada masa-masa yang mencabar ini. “

Kedua-dua pemenang Best of the Best Award akan menerima wang hadiah USD $5,000, serta piala dan topeng muka yang direka sendiri manakala setiap pemenang Special Award pula akan menerima wang hadiah USD $1,000 dan topeng muka dengan reka bentuknya yang juga akan dihasilkan untuk khalayak umum.

Dipilih sebagai “Best of the Best” untuk bahagian 3-Colors, Nguyen Dang Binh adalah seorang pegawai bank di Ho Chi Minh, Vietnam. Semua pengundi tertarik dengan suasana yang menggembirakan dalam reka bentuknya yang bernama Doodle Paper kerana Nguyen Dang Binh menggambarkan kenangan kolejnya yang gembira melalui wajah-wajah yang menarik, dan mengingatkan para pencinta seni untuk mengikuti minat mereka.

Dipilih sebagai “Best of the Best” untuk bahagian Unlimited Colors, Yman.S adalah Senior Packaging Designer dari Malaysia. Rekaan Monster Nation yang luar biasa telah menimbulkan positiviti di kalangan pengundi ketika dia mengubah seekor raksasa yang menakutkan semasa kenangan masa kecil kita, yang pada masa yang sama juga mewakili kesusahan seharian yang kita hadapi, kepada seekor raksasa kecil yang comel.

Perfect Imperfection oleh pelajar Sarjana Muda Seni Halus, Aljohn M. Matias dari Filipina dipilih untuk Special Award. Dia menggunakan reka bentuk minimalis untuk menceritakan pengalaman kolektif semasa bertemu dengan pelbagai orang dari pelbagai kumpulan dan bagaimana perbezaan ini membentukkan kita yang, sempurna secara tidak sempurna.

Love Memories Forever oleh pereka multimedia Lilo Jong juga menerima Special Award. Dia menggambarkan emosi mendalam semasa kehilangan keluarganya dengan menggunakan alat penyimpanan dari jangka masa yang berlainan untuk mewakili ahli keluarganya. Dia ingin bersatu kembali dengan ahli keluarga tersayang, sama seperti dalam karya seninya.

Strength in Memory oleh Teo Sze Ting, seorang ilustrator bebas dari Malaysia, juga terpilih untuk Special Award. Melalui reka bentuk tipografi yang kuat dengan mesej tersembunyi, seperti “The year we fought together…“, “2020, a year to remember“, di barcode, dia merenung kenangan tahun 2020 dan mendorong orang untuk mencari kekuatan dan motivasi dari kenangan.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan pautan ini untuk info penuh! Jika anda ingin membaca segala liputan kami tentang Kingston, boleh klik di sini.

Tags: CSDface maskKingston TechnologyKingston x CSD APAC Mask Design Competitiontopeng muka
Previous Post

Pra-pesanan untuk batch ke-3 PlayStation 5 akan dibuka bermula 19 Feb 2021!

Next Post

Lebih perincian mengenai “NieR Replicant ver.1.22474487139…” telah dikongsikan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Lebih perincian mengenai “NieR Replicant ver.1.22474487139…” telah dikongsikan

Lebih perincian mengenai "NieR Replicant ver.1.22474487139..." telah dikongsikan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd