Beberapa bulan sudah From Software ada main teaser kat atas ni, dengan ending dia cakap “Shadows Die Twice”. Ni kot agaknya title game terbaru diorang. Lepas tu ramai la peminat jadi batak…
Pulak tu ada la leak kat 4chan, antara mende yang dikongsi adalah game ni nanti ada bawak feel Dark Souls dari segi gameplay dan atmosphere tapi beza dia game ni nanti lebih open dan takde objektif clearkan level boss. Ada juga ambil ilham dari Bloodborne dan Kuon (game lama PS2 From Software).
Berita bocor ni jugak khabar nanti ada skills seperti serangan melee, passive dan magic. Lagi, dia kata ada “trick weapon”? Macam senjata yang ada 2-3 form. Aku bayangkan macam senjata kayu sebatang boleh tukar jadi belantan 3 batang tu kot? Pastu plak takde sidearm nak pegang shield ke apa, instead pemain guna main weapon nak blocking dan counter dimana setiap senjata ada counter ability yang unik.
Dari segi jalan cerita, kisah dia pasal ancient cult yang guna petani dalam ritual hitam, ala macam biasa la buat pengorbanan darah semua tu. Sambil eksperimen kat diorang. So monster-monster dalam game ni adalah petani-petani malang ni.
Watak utama plak katanya pemain akan mula dengan seorang brader yang cedera sangat parah sampai disfigured, dan diselamatkan oleh orang misteri yang kasi watak utama ni dengan muka baru; yang akan trigger character creator. Orang misteri ni gak akan ganti tangan hero yang putus dengan alat berbagai fungsi, boleh grapple-grapple apabagai. Dan orang misteri itu bukan Doraemon. Game ni gak dikatakan akan ada Open World, Dynamic Weather, system day and night. Ikut persekitaran monster akan spawn.
Lepas baca semua rumour/khabar angin ni, ingin kami stresskan bahawa semua ni sumber dari anonymous kat 4chan. So, masuk kiri keluar kanan. Simpan sket je.
@gamersantaimy
Discussion about this post