Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Controller DualSense PlayStation 5 bakal menerima warna baru

Amir Haziq by Amir Haziq
May 10, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS5
0 0
0
Khabar angin: Controller DualSense PlayStation 5 bakal menerima warna baru
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol PlayStation 5 kini menjadi barang panas dalam pasaran kerana ia sukar untuk didapatkan dan sentiasa habis dipesan apabila pesanannya dibuka. Ramai peminat konsol Sony masih menantikan PS5 untuk tiba, tetapi disebabkan masalah reseller dan kekurangan stok dalam inventori, mereka terpaksa menunggu lebih lama. Kini, terdapat khabar angin menyatakan controller PS5, iaitu DualSense bakal menerima warna baru .

Menurut sebuah laman web yang terkenal dengan berkongsi maklumat mengenai PlayStation Plus dari Sepanyol, iaitu Area Jugones menyatakan controller DualSense akan menerima warna baru dan sedang dalam pembuatan. Laman web tersebut turut berkongsi maklumat dimana warna baru DualSense akan tersedia dalam dua skema warna, iaitu merah hitam dan hitam kelabu.

Sebelum ini, DualSense didatangkan dengan satu warna sahaja, iaitu warna putih yang senang kotor apabila tangan pengguna melekat dengan sisa makanan. Dengan membuka lebih banyak pilihan warna, pengguna pasti akan memilih warna yang menarik atau gelap supaya controller mereka sentiasa nampak bersih dan kemas.

Walaupun controller ini didatangkan dengan warna putih asalnya, beberapa syarikat telah mula menawarkan servis kustom controller DualShock. Pemilik boleh membuat pesanan khas untuk controller mereka seperti menambah skin mengikut citarasa pemilik dan membuat ukiran pada DualShock. Tetapi upah pembuatan kustom ini dua kali lagi tinggi daripada harga controller standard.

Buat masa ini, Sony masih belum mengesahkan lagi berita mengenai warna baru DualSense dan bila ia akan dikeluarkan ke pasaran. Tetapi ramai peminat konsol ini masih mengharapkan keajaiban untuk PlayStation 5 tiba di pasaran dalam masa terdekat memandangkan banyak game baru telah keluar seperti Resident Evil: Village dan Hood: Outlaws & Legends .

Tags: DualSenseplaystation 5Sony
Previous Post

Hood: Outlaws & Legends dilepaskan hari ini! Ini antara tips yang anda boleh gunakan!

Next Post

Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!

Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd