Kali terakhir BioShock mengeluarkan game mereka adalah BioShock Infinite, yang dilancarkan pada tahun 2013. Setelah lapan tahun, dikhabarkan BioShock baru sedang dalam pengembangan untuk dijadikan sebagai suasana open world. Baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa Bioshock baru nanti akan menjadi sebuah game eksklusif untuk PlayStation 5.
Menurut podcast Xbox Era, terdapat kemungkinan BioShock akan datang nanti bakal menjadi game eksklusif untuk PS5, sama ada untuk sementara waktu atau sepenuhnya. Peminat mungkin boleh mengambil beberapa maklumat yang telah didedahkan oleh Xbox Era dan hos mereka. Namun, jika ini benar, ia mungkin bakal menjadi keputusan yang boleh mencetuskan kontroversi dari pihak 2K Games, kerana BioShock mempunyai jumlah peminat yang ramai di Xbox.
Walau bagaimanapun, peminat BioShock tidak perlu melatah, kerana sebelum ini Sony telah membuat pelbagai tawaran eksklusiviti terhad untuk PS5 dan third party, dan mungkin maklumat dari Xbox Era tersebut hanyalah perbualan kosong sahaja. Ada kemungkinan juga perjanjian yang dibuat Sony ini tidak akan berjaya kerana tiada maklumat lebih lanjut dibuat mengenai kehadiran BioShock baru ke PS5.
Selain itu, kita hanya diberitahu setakat ini, bahawa Cloud Chamber sedang dalam pembangunan menghasilkan siri BioShock yang baru sahaja. Terdapat banyak spekulasi mengenai apa yang akan tiba untuk Bioshock, seperti ianya akan menggunakan sistem yang sama seperti Rapture dan Colombia, tetapi belum ada bukti yang ditunjukkan sehingga sekarang. Namun, sebelum ini Cloud Chamber telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai apa yang diharapkan oleh peminat, melalui senarai pekerjaan untuk BioShock.
Buat masa ini, Cloud Chamber tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, melainkan hanya mengumumkan bahawa mereka sedang dalam pembangunan untuk siri BioShock seterusnya. Untuk mereka yang berminat untuk membaca liputan kami mengenai BioShock, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post