Sudah lapan tahun siri BioShock tidak mengeluarkan permainan baru, selepas BioShock Infinite dilancarkan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, BioShock 4 sedang dalam pengembangan, dan dalam senarai pekerjaan, mereka seperti dalam perancangan membangunkan BioShock baru ini sebagai permainan open world.
Cloud Chamber telah memberi penerangan mengenai tugas yang sedang dilakukan oleh mereka dalam senarai pekerjaan baru tersebut. Mereka telah menyenaraikan sejumlah jawatan baru di laman webnya, namun, jawatan Senior Writer menjadi perhatian kerana pasukan mereka memerlukan pembuat cerita untuk open world BioShock.
Tambahan pula, jawatan Senior Writer ini perlu bekerjasama dengan pasukan Narrative bagi menghidupkan semula dunia BioShock sekali lagi. Mereka perlu menghasilkan jalan cerita yang memberi impak dan berorientasikan watak dalam open world. Walaupun perancangan boleh berubah semasa pengembangan permainan, mungkin ini adalah petunjuk besar tentang BioShock 4 baru nanti.
Permainan BioShock open world akan menjadi perubahan yang besar buat francais tersebut. Terdapat khabar angin sebelum ini memberi tanda yang BioShock baru menggunakan dialogue tree, dan suasana open world seperti RPG. Tugas tersebut juga bertanggung jawab membuat mission design “primer dan sekunder” yang merujuk akan ada side quest, selain dari cerita utama dalam permainan.
Francais BioShock sering mendapat pujian kerana design permainan mereka yang sangat luar biasa, malah BioShock pertama telah membantu dalam revolusi naratif dalam industri permainan. Suasana open world mungkin mengembalikan versi terbuka Rapture sebagai usaha bagi mengembangkan siri ini.
Selepas lapan tahun tanpa remaster, mungkin ini adalah masa yang tepat untuk BioShock hasilkan permainan baru. Memandangkan E3 2021 hampir dekat, terdapat kemungkinan permainan baru ini akan tersenarai dalam acara tersebut untuk peminat BioShock. Dengan perkembangan permainan video masih terganggu kerana wabak, susah untuk menjadikan BioShock 4hadir di E3 2021.
Buat masa ini, peminat BioShock hanya perlu menunggu hasil permainan BioShock baru yang baru ini. Suasana open world ini pastinya merupakan konsep yang menarik, tetapi tidak pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk francais ini.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post