Setelah ditangguhkan selama setahun, Asia-Pacific Predator League 2020/21 Grand Final akhirnya kembali setelah satu tahun menghilang, di mana pasukan yang layak ke Predator League 2020 Grand Finals serta organisasi yang dijemput oleh Acer dapat menunjukkan kemahiran mereka di kejohanan dalam talian. Untuk senarai pemenang acara PUBG dan Dota 2, kamu boleh layari liputan kami di SINI. Bukan itu sahaja, kami juga menerima peluang untuk sebuah temu ramah bersama Andrew Hou, presiden Operasi Acer Pan-Asia Pasifik. Apakah matlamat mereka untuk adegan eSukan di Asia? Mari kita ketahui lebih lanjut!
Apakah faktor penentu yang mendorong anda melancarkan Predator League tahun ini?
Banyak rakan dan “gamer” yang masih ingin melihat acara ini. Setelah banyak perbincangan dalaman, walaupun kita masih berharap dapat melakukan secara offline tetapi kerana COVID-19, kita memutuskan untuk melakukan secara dalam talian untuk tahun ini.
Bagaimanakah COVID-19 mengubah rentak untuk Acer di ruang eSukan selain dari penundaan Predator League 2021 tahun ini?
Walaupun COVID-19 melanda tahun lalu, tetapi banyak negara masih berusaha untuk mengadakan acara permainan dalam talian. Oleh itu, saya rasa perubahan besar adalah mungkin kita perlu lakukan secara dalam talian atau luar talian bergantung kepada situasi. Inilah sebabnya kita memutuskan untuk melakukan Predator League 20/21 secara dalam talian. Mengadakan acara secara dalam talian juga merupakan kemampuan yang harus kita cuba pelajari.
Apakah visi Acer Predator League? Tahun lalu, ada berita tentang kejohanan Eropah dan Timur Tengah. Bila kita boleh melihat sebuah “World Championship”?
Yang boleh saya kongsikan adalah, pada tahun 2021, kami akan berusaha menjadi tuan rumah untuk Predator League Eropah di beberapa negara-negara terpilih. Jika ia berjaya, maka kita dapat berkembang ke negara lain. Kami juga akan mengadakan World Championship. Mari kita lihat bagaimana ia berjaya untuk Predator League Eropah dahulu, dan kemudian, mungkin kita dapat menganjurkan untuk negara Amerika juga.
Bagaimana Acer dapat mendorong kelahiran bakat esports muda di Asia Pasifik melalui kejohanan ini?
3 tahun yang lalu, kami memutuskan untuk melakukan Predator League di Asia Pasifik kerana masyarakat gaming ini konsisten. Acer tidak hanya mahu menjadi pembekal perkakasan. Kami ingin melakukan lebih daripada itu, untuk menyumbang kepada masyarakat gaming. Selain dari pengembangan produk, kami juga akan mula mengadakan acara Predator League supaya lebih banyak ruang disediakan untuk bakat muda berkembang dan berlatih.
Bagi negara lain, kita sebenarnya mempunyai kampus, seperti Filipina dan Taiwan, yang ditaja oleh Predator di mana kita dapat membantu bakat-bakat muda itu untuk berkembang. Bukan hanya itu, kami juga mula melakukan Planet9 yang merupakan sebuah komuniti gaming dari tahun 2019. Sekarang kami mempunyai banyak orang yang bercakap dalam talian, mencari jurulatih, dan memiliki lebih banyak alat untuk mengembangkan bakat muda.
Apakah peluang dan cabaran yang akan terjadi dalam industri gaming pada tahun 2021 dari perspektif Acer sebagai pembekal perkakasan dan juga kepada persaingan luar?
Barang bekalan mempunyai kekurangan stok, tetapi saya rasa masih ada peluang untuk segmen gaming. Walau bagaimanapun kekurangan bekalan ini akan menjadi masalah besar. Itulah yang Acer cuba, dari semua aspek berbeza, untuk menyelesaikan masalah kekurangan ini.
Apakah strategi Acer untuk memenangi pasaran gaming di Asia Pasifik?
Sekali lagi saya ingin tekankan. Strategi kami bukan hanya untuk menjadi pembekal perkakasan untuk masyarakat dan ekosistem gaming. Ia terdiri daripada penajaan untuk peranti gaming, kejohanan, kampus permainan, dan juga masyarakat Planet9. Kami ingin mengembangkan bahagian ini sehingga Predator akan menjadi jenama yang kuat.
Although the Malaysian teams did not make it to the top, they have played well on the main event. We would like to show…
Posted by Predator Gaming on Sunday, April 11, 2021
Sangat mengagumkan bahawa Acer mencatat pertumbuhan YoY yang luar biasa pada tahun 2020 walaupun COVID-19. Apakah pendapat anda tentang faktor-faktor di sebalik pertumbuhan tersebut?
Jawapannya sangat mudah, kerana belajar dari rumah, kerja dari rumah. Tiba-tiba, orang tahu “wow, notebook saya sudah tua, tidak berfungsi.” Pada mulanya, memang kami berpendapat bahawa belajar dari rumah, bekerja dari rumah, akan memberi kami peluang, dan kemudian, semua tuntutan datang. Saya sebenarnya tidak jangka bahawa tuntutan terlalu tinggi.
Bolehkah kita mengharapkan lebih banyak Predator League pada masa akan datang?
Saya berkongsi bahawa walaupun semua berada dalam “lockdown, kami masih berusaha untuk mengadakan acara dalam talian yang berbeza. Sebab itulah kami cuba belajar dan mempraktikkan bagaimana untuk menjadi tuan rumah acara dalam talian. Pada masa lalu, kami hanya melakukan acara luar talian. Kita perlu belajar bagaimana untuk melakukannya dalam talian pada tahun lepas, jadi saya rasa untuk tahun ini, kita banyak belajar. Nantikan ya, kami akan mengadakan lebih banyak acara dalam talian untuk kejohanan ini.
Adakah ia lebih mudah untuk melakukan acara maya dari segi logistik berbanding di luar talian?
Ya dan tidak. Walaupun lebih mudah untuk melakukan acara dalam talian ya, tetapi saya berpendapat untuk kejohanan dan acara seperti ini, kami masih memerlukan gembar-gembur. Walaupun dalam talian lebih mudah, tetapi saya akan mengatakan jika dapat dilakukan di peringkat negara, kami lebih suka melakukan acara luar talian. Di situlah kita dapat merasa, untuk mengenali maklum balas orang. Oleh itu, semoga wabak segera hilang, supaya kita dapat mengadakan acara luar talian yang sebenar dan lebih baik.
Ya, terutama di Filipina, di mana kami meminta band tempatan, menyusun lagu Predator League khas untuk Asia. Tanpa peristiwa luar talian yang sebenar, bagaimana anda dapat merasakan gembar-gembur? Memang sukar!
Adakah terdapat rancangan untuk lebihkan lagi siri kejohanan untuk wanita selain dari yang lakukan di India?
Siri kejohanan wanita adalah topik yang ingin kita bincangkan kerana asalnya, kami juga berusaha mengajak pasukan wanita untuk menyertai acara Predator League pada masa lalu. Jika kami ingin melakukan liga khas untuk wanita, kita perlu berbincang. Saya tidak mempunyai jawapan sekarang.
Pasaran Asia kini terus berkembang, tetapi dengan COVID-19, banyak negara menghadapi cabaran untuk memasarkan produk mereka. Apa cabaran dan penyelesaian Acer?
Oleh kerana COVID-19, sangat sukar untuk melakukan acara luar talian dan mempromosikan produk kami. Itulah sebabnya kami melakukan ini dalam talian. Jika anda perhatikan, di persidangan global Acer, kami juga mula melakukan dalam talian seperti tahun lalu. Pertama sekali, saya berpendapat bahawa kami mengadakan lebih banyak persidangan dalam talian untuk mempromosikan produk. Kami juga memulakan Acer e-store pada dua atau tiga tahun lalu, dan kini laman web juga mempunyai kedai digital Acer, jadi kami dapat menggunakannya untuk mempromosikan produk. Mudah-mudahan, kami juga dapat menghubungi pengguna untuk memberitahu mereka mengenai produk kami.
Apakah maklum balas terbesar kepada pengguna gaming Acer mengenai PC terbaru? Bagaimana Acer memasukkannya ke dalam produk akan datang?
Saya rasa, maklum balas yang paling penting adalah, “Bolehkah kita mendapatkan PC/mesin dengan prestasi lebih baik?” Bolehkah kita mengurangkan kebisingan kipas ketika bermain?” Saya rasa ini adalah dua maklum balas yang paling penting.
Oleh itu, produk Acer akan menjadi lebih ringan, nipis, dan kami juga merancang Acer Aeroblade gen 4, yang akan memberikan aliran udara yang lebih kuat, supaya kami dapat mengurangkan kebisingan kipas, dan masih memperbesar termal peranti. Itulah yang kami reka untuk produk akan datang.
Apakah sebab utama di sebalik kejayaan kejohanan Predator League sebelum?
Soalan yang bagus, saya rasa alasan utamanya adalah … kembali pada tiga atau empat tahun lalu, PC gaming adalah topik yang sangat (panas) di Eropah atau Amerika, tetapi saya di Asia Tenggara, ia masih tidak begitu popular.
Oleh itu, kami memutuskan untuk membuat Predator League, dan mula mengajar dan melatih bakat muda tempatan, mengumpulkan mereka dan juga untuk mengembangkan pasaran tempatan bersama-sama. Saya rasa itu adalah sebab utama, kerana kita hanya berada di gelombang pasaran, dan memberikan pentas untuk bakat muda tempatan sertai. Mereka akan melihat Predator sebagai jenama untuk gaming, dan akan menggunakan peranti Predator. Itu pandangan peribadi saya bagi kejayaan kejohanan ini.
Pada masa itu, Intel sudah mempunyai IEM (Intel Extreme Master) kan? Dan majoritinya di Amerika dan negara-negara Eropah, bukan? Lihat Asia Tenggara. Tidak ada acara besar, dan juga tidak ada acara yang dihoskan oleh syarikat berjenama. Oleh itu, saya rasa itu adalah masa yang tepat untuk Acer menjadi tuan rumah bagi acara. Walaupun selepas itu beberapa jenama lain ingin meniru Acer, mereka masih tidak berjaya.
Sebenarnya, Taiwan sudah mempunyai Predator League Campus Cup, yang dimulakan pada tahun 2019. Kita dapat berkongsi pengalaman itu dengan negara-negara lain, dan saya juga tahu bahawa Filipina dan Thailand juga melakukannya. Itu pastinya peluang yang baik untuk bakat muda.
Selain dari Predator League, adakah Predator mempunyai usaha lain dalam menyokong komuniti eSukan? Contohnya, menjadikan komuniti sebagai tempat yang selamat untuk semua orang, atau lebih setara untuk kedua-dua jantina.
Apa yang dapat saya katakan adalah, kami bukan sahaja ingin menjadi pembekal perkakasan, malah juga ingin menjadi penaja ekosistem. Oleh itu, kami ingin melakukan lebih banyak perkara, dan menyokong komuniti. Seperti baru-baru ini, satu negara sedang mengalami masalah, jadi kami berusaha menggunakan nama Predator untuk memberikan ubat kepada beberapa penduduk tempatan.
Kami mahu menjadi penaja, dan kami juga ingin menjadi penaja komuniti juga. Menjana pendapatan dan membuat penjualan produk bukanlah satu-satunya perkara yang harus kita lakukan, kita harus melakukan lebih banyak perkara. Sudah pasi, kami ingin melakukan aktiviti yang lebih menyokong pasaran tempatan juga.
Itu sahaja dari temu ramah eksklusif kami bersama Andrew Hou, presiden Operasi Acer Pan-Asia Pasifik. Semoga acara eSukan di rantau Asia Tenggara makin berkembang dan supaya Acer terusa mantap menjaga komuniti. Untuk segala liputan kami tentang Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post