Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Assassin’s Creed terbaru akan berlaku semasa tamadun Aztec

safwan by safwan
July 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, Khabar angin
0 0
0
[Khabar Angin] Assassin’s Creed terbaru akan berlaku semasa tamadun Aztec
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed menyambut ulang tahun yang ke-15 pada tahun ini dan akan mendedahkan masa depan francais pada bulan September 2022. Dengan menyambut ulang tahun ke-15, komuniti AC telah membuat banyak posting online untuk menyambutnya tetapi terdapat pendedahan berkenaan game Assassin’s Creed seterusnya akan berlaku di Aztec.

Seperti yang kita tahu, Assassin’s Creed memang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah dan direka semula dalam bentuk original sejak francais ini melancarkan game pertamanya pada 2007. Game Assassins’ Creed sebelum ini telah mengambil tempat di Holy Land semasa Third Crusade, Renaissance Italy, Revolutionary America, the Caribbean, Revolutionary Paris, Victorian London, Ptolemaic Egypt, Ancient Greed dan era Viking England.

Ini tidak termasuk game spin-off mereka yang berlaku di Cyprus, China dan India. Jadi, untuk game Assassin’s Creed seterusnya, sudah pasti komuniti AC akan meramalkan tetapan seterusnya dan menjadi teka-teki.

Namun, terdapat pendedahan yang dikeluarkan oleh seorang YouTuber iaitu ACG aka Jeremy Penter melalui Twitter rasminya dengan berkata “game Assassin’s Creed seterusnya adalah mengenai Aztec.”

Next AC game will be Aztecs.

— ACG (@JeremyPenter) July 13, 2022

Walaupun ramai peminat AC mahukan tetapan seperti era Tiga Kerajaan di China atau Jepun Feudal, dapat tetapan mengenai Mesoamerika pun menarik juga. Sebelum ini di dalam AC Black Flag, terdapat beberapa rujukan berkaitan Aztec yang berpusat pada Ah Tabai muncul dan merupakan seorang Mayan Assassin.

Aztec mula memerintah bahagian tengah Mexico pada tahun 1300 sehingga 1521. Ia merupakan tamadun maju yang terdiri daripada tiga negara kota semasa Empayar Aztec dan sangat terkenal dengan monumen batu dan kuil, tuhan berwarna-warni serta pengorbanan manusia.

Aztec akhirnya telah dijatuhkan oleh penjajah Sepanyol dengan pemerintah Aztec iaitu Moctezuma II telah dijadikan tebusan oleh penakluk yang kejam, Hernan Cortes. Dalam game AC seterusnya mungkin sejarah Aztec akan melibatkan Templar.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa berita berkenaan Assassin’s Creed yang akan berlaku di Aztec sekadar khabar angin dan kami pun tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak. Memandangkan Ubisoft akan mendedahkan tentang masa depan francais Assassin’s Creed pada bulan September 2022, mari kita sama-sama nantikannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Assassin’s Creed, sila klik pautan ini.

Tags: Assassin's CreedAztec
Previous Post

Sistem Bandai Namco kena hack, maklumat pelanggan mungkin dicuri!

Next Post

Mobile Legends cecah hasil global RM4 bilion sejak debut, Malaysia ke-2 terbanyak menyumbang

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Mobile Legends cecah hasil global RM4 bilion sejak debut, Malaysia ke-2 terbanyak menyumbang

Mobile Legends cecah hasil global RM4 bilion sejak debut, Malaysia ke-2 terbanyak menyumbang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd