Baru-baru ini Nvidia telah mendedahkan data yang mereka perolehi daripada game battle royale seperti Fortnite, PUBG, Apex Legends dan Blackout. Menurut data ini, mereka yang mempunyai graphic card yang lebih canggih dan frame rate yang tinggi rata-rata memiliki K/D ratio yang lebih tinggi.
Soalannya, adakah pemain yang memiliki monitor 144Hz dengan 144 FPS mempunyai kelebihan ke atas pemain yang berada pada 60 FPS yang stabil? Apakah kesan latency yang rendah dalam perlawanan kompetitif? Jika anda berpeluang bermain games ini pada monitor 144 Hz kemudian bermain semula pada monitor 60 Hz, perbezaannya adalah sangat ketara.
Kajian nvidia menunjukkan; berdasarkan 4 game battle royale yang disebutkan di atas, pemain yang menggunakan kad grafik siri RTX 2000 mempunyai 53% K/D ratio yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pemain yang menggunakan kad grafik siri GTX 600.
Carta dari nvidia juga menunjukkan pemain yang memadankan kad grafik mereka dengan monitor 144 Hz atau lebih tinggi juga memiliki K/D ratio yang lebih tinggi. Contohnya, pengguna GPU RTX dengan monitor 240 Hz memiliki hampir 90% K/D ratio lebih tinggi berbanding pengguna GTX 1060 dengan monitor 60 Hz.
Nvidia menggulung kajian mereka dengan mengiklankan GPU mereka dengan perkongsian berkenaan kombinasi yang di sarankan untuk setiap resoluion dengan FPS yang disasarkan. Mungkin ini boleh dikatakan kempen pengiklanan untuk kad grafik siri RTX, tetapi kesan frame rate yang lebih tinggi ke atas prestasi pemain dalam game multiplayer sememangnya wujud.
@gamersantaimy
Discussion about this post