Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerajaan akan kenakan cukai 6% untuk Netflix, Spotify, Steam dan servis perkhidmatan digital lain!

Kadar cukai itu telah dibuat rasmi oleh Parlimen hari ini.

Wakambing by Wakambing
April 9, 2019
in Artikel, Berita, Steam
0 0
0
Kerajaan akan kenakan cukai 6% untuk Netflix, Spotify, Steam dan servis perkhidmatan digital lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat-syarikat asing yang mengendalikan perkhidmatan digital seperti Netflix dan Spotify perlu membayar kadar cukai sebanyak 6% kepada kerajaan Malaysia selepas peruntukan Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 telah diluluskan hari ini.

Sumber: Bernama (Dewan Rakyat)

Menurut laporan Malay Mail, kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai perkhidmatan digital sebanyak enam peratus itu kepada penyedia perkhidmatan digital asing mulai 1 Januari 2020, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau menambah:

“Contoh perkhidmatan digital termasuk muzik dalam talian dan langganan dalam talian, langganan e-book, penggunaan platform e-pasaran, langganan berasaskan pengkomputeran awan, dan pembelian perisian komputer dalam talian.”

Katanya lagi, kadar itu dianggap paling rendah berbanding kadar yang dikenakan di beberapa buah negara lain. Beliau juga berkata yang kerajaan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang walaupun pembekal perkhidmatan digital berada di negara lain kerana terdapat kerjasama antara pemerintah-negara-negara (GTG) di antara negara-negara yang terlibat dalam Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Image from RTM

Cukai digital ini pernah diumumkan pada pembentangan Bajet 2019 tahun lepas, walaupun kadar cukai yang tetap tidak lagi didedahkan pada masa itu. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas “perkhidmatan dalam talian yang diimport oleh pengguna” seperti Netflix, Spotify, Steam, serta perisian lain seperti muzik, video, atau sebarang pengiklanan digital.

Walaupun masih belum jelas sama ada cukai itu akan menjejaskan pengguna Malaysia, kita hanya boleh berharap agar harganya tidak ditingkatkan ataupun kalau naik, ianya tidak terlalu banyak, kerana kita hanya rakyat marhaen yang mahukan suatu hiburan. Sudah tentu kalau mereka dikenakan cukai, kebarangkalian harga asal juga akan naik. Apa-apa pun, nikmatilah harga asal sebelum 1 Januari tahun hadapan!

Sumber: Malay Mail / Astro Awani
Tags: 6%Cukaikerajaannetflixspotify
Previous Post

European Commission mendakwa firma permainan video seperti Valve, ZeniMax dan Bandai Namco telah melanggar undang-undang Anti-Trust EU!

Next Post

Google Play kini menghadap masalah dengan permainan ganas yang dibuat untuk kanak-kanak

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Google Play kini menghadap masalah dengan permainan ganas yang dibuat untuk kanak-kanak

Google Play kini menghadap masalah dengan permainan ganas yang dibuat untuk kanak-kanak

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd