Beribu permainan yang boleh anda dapati di aplikasi Google Play, kanak-kanak masa kini turut bermain permainan di telefon dan memuat naik pelbagai permainan di Google Play Store. Tetapi dalam sedar tak sedar, adakah ibu bapa sedar anak-anak mereka memuat naik permainan yang berunsurkan apa? Kanak-kanak boleh memuat turun dan bermain permainan yang penuh dengan pembunuhan, tembak menembak,ganas,atau mikro transaksi berunsurkan perjudian di Google Play Store. Walaupun ibu bapa menghidupkan kawalan mesra kanak-kanak, tetapi semua permainan dan aplikasi ini mempunyai satu perkara yang sama iaitu mereka ditanda (rated) sebagai selamat untuk kanak-kanak kecil. Jadi situasi ini menjadi isu yang sangat besar kepada pihak Google Play untuk mengawal situasi ini.
Baru-baru ini, laman web Wired telah berkongsi berberapa permainan yang ditanda (rated) sebagai selamat dimain untuk semua di Google Play store.
Antaranya adalah Mad Max Zombies, permainan berasaskan ‘first-person shooter’ yang menembak zombi. Darah yang merecik-recik selepas menembak zombi, cara berjalan zombi yang agak seram untuk kanak-kanak dan senjata api yang realistik, telah ditanda (rated) oleh penciptanya sebagai ‘E’ yang bermaksud penarafan sesuai untuk semua kumpulan umur, tanpa bunyi atau gambar yang menakutkan kanak-kanak dan gambaran keganasan yang sesuai dimain. Disebabkan situasi ini, pihak Google Play menerima aduan pengguna dan mengambil tindakan untuk membuang permainan ini dari Google Play sehingga pihak Mad Max Zombies memasukkan semula permainan tersebut tetapi dengan menukar nama kepada Mad War Zombies dan ditanda (re-rated) semula sebagai ‘P12’.
Selain itu Baby Panda Dental Care yang mempunyai lebih 10,000 muat turun turut di buang dari Google Play Store disebabkan permainan nya yang harus mencabut atau membaiki gigi panda tersebut tetapi imej gigi panda tersebut dikatakan nampak agak ngeri.
Situasi ini membuatkan pihak Google Play melebihkan pendekatan terhadap penarafan kandungan aplikasinya. Seperti syarikat lain seperti Nintendo’s eShop ,Microsoft Store dan Microsoft store Xbox, Google Play menggunakan kandungan soal selidik yang sama kepada penerbit permainan-permainan ini. Walaubagaimanapun, pihak penerbit mainan ini tidak memaparkan cara permainan atau imej yang ada didalam permianan mereka kepada Google Play. Ini menyebabkan pihak Google Play terlepas pandang mengenai kesuaian permainan ini. Mungkin pada masa akan datang, pendekatan yang lebih ketat untuk pengesahan pada permianan-permainan ini akan dilakukan.
Pihak Google Play dah buat apa yang termampu, jadi kat si ibu bapa juga perlu ambil perhatian untuk menyemak semula aplikasi yang dimuat turun anak-anak sebelum membiarkan mereka bermain.
@gamersantaimy
Discussion about this post