Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kepulangan Legenda – SHINOBI: Art of Vengeance Akan Tiba Pada 29 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kepulangan Legenda – SHINOBI: Art of Vengeance Akan Tiba Pada 29 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dan pembangun Lizardcube telah mengesahkan bahawa SHINOBI: Art of Vengeance akan dilancarkan pada 29 Ogos untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Game platformer aksi 2D ini menandakan kebangkitan semula francais klasik Shinobi, membawa kembali siri yang digemari ramai kepada peminat lama serta pemain baharu.

Dalam SHINOBI: Art of Vengeance, pemain akan sekali lagi mengawal ninja legenda, Joe Musashi. Setelah pulang dari misi, Musashi mendapati kampung halamannya musnah dijilat api dan seluruh puaknya bertukar menjadi batu. Dipacu oleh dendam, dia memulakan perjalanan merentasi dunia.

Sepanjang perjalanannya, Musashi bertarung menentang gerombolan musuh dan bos gergasi yang mencabar, sambil meneroka pelbagai laluan tersembunyi dan rahsia yang menanti untuk dibongkar.

Kredit: Sega

Game ini menawarkan aksi yang lancar, dengan fokus pada pertempuran dinamik yang memastikan pemain sentiasa bergerak. Gunakan pelbagai senjata ninja, termasuk Katana Oborozuki, Kunai, seni Ninjutsu yang berkuasa, serta teknik mistik Ninpo.

Dengan keupayaan untuk melancarkan kombo tanpa batas dan campuran serangan unik, pemain boleh memperoleh Amulet bagi meningkatkan kebolehan mereka serta menemui alat Ningi untuk mengatasi halangan dan membuka laluan baharu.

Kredit: Sega

Selain bertarung, SHINOBI: Art of Vengeance menawarkan lebih daripada sedozen peringkat unik—daripada pangkalan tentera berkawalan ketat hingga ke padang pasir—semuanya dipenuhi dengan teka-teki platforming mencabar, yang memerlukan ketepatan dan strategi.

Kredit: Sega

Bagi mereka yang tidak sabar untuk menghayati semula aksi ninja ini, SHINOBI: Art of Vengeance kini boleh dipra-tempah di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, dan Steam.

Tags: SHINOBI: Art of Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

Demo “Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii” Akan Bermula 14 Februari!

Next Post

Aksi Musou Roguelite Tanpa Henti dalam WARRIORS: Abyss, Kini Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Next Post
Aksi Musou Roguelite Tanpa Henti dalam WARRIORS: Abyss, Kini Tersedia!

Aksi Musou Roguelite Tanpa Henti dalam WARRIORS: Abyss, Kini Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd