Salah satu anime lawan-lawan paling popular sekarang, Kengan Ashura, akhirnya kembali dengan musim baharu! Selepas menunggu selama setahun, Kengan Ashura telah mengeluarkan trailer baharu sambil mendedahkan tarikh keluaran tepat untuk Season 2 Part 2, yang merupakan ansuran terakhir dalam siri.
Berikut adalah trailer yang dimuat naik Netflix Asia:
Seperti yang anda lihat daripada trailer, Kengan Ashura Season 2 Part 2 akan dikeluarkan di Netflix pada 15 Ogos 2024. Trailer itu turut menampilkan lagu baharu “Feel My Pain” oleh kugiran muzik Jepun HEY-SMITH, yang juga akan menjadi lagu tema opening kepada Season 2 Part 2.
Season baharu dijangka akan mengadaptasikan fasa terakhir Kengan Tournament untuk menandakan penamat keseluruhan bagi siri anime. Malah, trailer baharu juga memaparkan beberapa pertarungan menarik yang akan berlangsung pada perlawanan akhir kejohanan. Kini, hanya pahlawan-pahlawan terkuat sahaja yang tinggal, dan setiap satu harus bertarung bermati-matian untuk mendapat gelaran juara.
Staff Based on the original manga written by Yabako Sandrovich and illustrated by Daromeon (published on “MangaONE” by Shogakukan) Directed by: Seiji Kishi Series Composition: Makoto Uezu / Character Design: Kazuaki Morita Music: Yasuharu Takanashi (Team-MAX) Animation Production: LARX ENTERTAINMENT
Berdasarkan manga original yang ditulis oleh Yabako Sandrovich dan dilukiskan oleh Daromeon, anime ini dibuat oleh LARX ENTERTAINMENT, dan diarahkan oleh Seiji Kishi. Dia dibantu oleh Makoto Uezu selaku juru komposisi, Kazuaki Morita selaku pereka watak, dan muzik oleh Yasuharu Takanashi.
Bagi mereka yang berminat tetapi belum melihat lagi, anda boleh menonton segala episod anime Kengan Ashura sekarang di Netflix!
Sinopsis
Sejak zaman Edo, syarikat paling berpengaruh di Jepun telah menyelesaikan konflik mereka melalui pertempuran gladiator tanpa senjata yang kejam. Bagi memudahkan perlawanan ini, sebuah pertubuhan bawah tanah yang dikenali sebagai Kengan Association telah diwujudkan.
Ohma Tokita, seorang lelaki yang digelar “The Ashura,” berusaha untuk menjadi pahlawan terkuat. Untuk berbuat demikian, dia menjadi pahlawan Kengan untuk sebuah syarikat bernama Nogi Group. Tidak lama selepas itu, Kazuo Yamashita, seorang pekerja, diminta untuk menjadi pengurus Ouma. Kini dilemparkan ke dalam arena yang mengerikan, adakah pasangan ini dapat bertahan dalam dunia Kengan yang kejam?
@gamersantaimy
Discussion about this post