Sony telah mengeluarkan kemas kini ‘firmware beta’ baru untuk pengguna terpilih di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, UK, Jerman, dan Perancis. Ia adalah kemas kini yang besar untuk pengguna PS5 dan mempunyai pelbagai penambahbaikan dan ‘customization’ ke ‘user interface’ dan pengalaman keseluruhan. Yang paling menarik sekali adalah sokongan SSD M.2 untuk PS5, memandangkan SSD dalaman konsol hanya mempunyai 825 GB.
Sony has released a support page for how to add a M.2 SSD to a PlayStation 5
"This feature is only available to beta users at this time"https://t.co/6EQg5cO8qB pic.twitter.com/jnoP8qhAqI
— Nibel (@Nibellion) July 29, 2021
Sony menjelaskan bagaimana pengguna beta dapat memasang SSD sendiri, tetapi harus diperhatikan bahawa mereka yang tidak mempunyai akses ke beta tidak digalakkan melakukan perkara ini di PS5 mereka. Terdapat juga beberapa syarat untuk SSD jenis apa yang boleh dipakai PS5. Ia seharusnya adalah SSD M.2 denngan sokongan PCIe Gen4, mempunyai kelajuan ‘read’ setinggi 5,500MB/s atau lebih cepat, penyebaran haba yang berkesan, dan lain-lain.
Oleh kerana ini adalah beta, syarat-syarat tersebut mungkin akan berubah, tetapi Sony menyatakan bahawa mereka tidak dapat menjamin prestasi jika pengguna bermain game di storan luaran. Walaupun ia memenuhi keperluan semasa, SSD M.2 ini sangat berbeza dengan SSD di dalam PS5.
Satu lagi perubahan terbesar dalam kemas kini adalah ia membantu membezakan permainan PS4 dan PS5. Di menu utama dan di perpustakaan permainan, judul setiap permainan sekarang akan memberitahu sama ada permainan itu adalah versi PS4 atau PS5. Versi itu juga akan diasingkan untuk memudahkan pengguna. Selain itu, update ini merangkumi sokongan audio 3D untuk pembesar suara TV, yang menggunakan alat kawalan PS5 DualSense untuk mengukur akustik bilik. Ini digunakan untuk tetapan audio 3D.
Banyak lagi tambahan dan pengubahsuaian. Antaranya adalah ‘Trophy Tracker’ yang membolehkan pemain menjejak 5 trophy bagi setiap permainan melalui Control Center, kemampuan untuk memilih antara 720p dan 1080p untuk permainan PlayStation Now, kebolehan untuk membuat klip video automatik bagi gameplay terbaik anda, dan lain-lain.
Pengguna PS5 juga mendapat akses ke beberapa pilihan baru, seperti kemampuan untuk mengatur tetapan di Control Center, tab ‘Friends’ di Game Base akan diperbaiki, dan kemampuan untuk melihat berapa banyak rakan yang sedang online. Pemain juga dapat melihat dan menulis mesej kepada rakan dan parti dari Game Base di Control Center. Secara keseluruhan, ini hanyalah sedikit dari kemas kini konsol PS5.
Source: Sony
@gamersantaimy
Discussion about this post