Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!

Maira by Maira
June 9, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya disebabkan pandemik COVID-19 mungkin ramai yang sudah lupa ataupun baru mengenali acara Bon Odori yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai ini. Kalau anda ingin tahu, acara Bon Odori ini sudah lama dijalankan malah ia juga merupakan acara budaya yang dilakukan setiap tahun di Shah Alam. Baru-baru ini timbul pula isu mengenai JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang menghalang orang muslim daripada pergi ke acara tersebut.

Sudah tentu ini membuatkan ramai yang terkilan kerana ramai antara kita sudah pergi ke acara ini berkali-kali dan malah Sultan Selangor juga telah menyuruh JAIS supaya tidak menyekat program tersebut daripada berlangsung. Mari kami ceritakan secara ringkas mengenai isu ini.

Sumber: JCKL

Bercerita mengenai Bon Odori, ia sebenarnya telah pun diadakan sejak tahun 1977 di Malaysia sehinggalah 2019 sebelum berlakunya pandemik COVID-19. Setiap tahun ramai yang akan ke Stadium Shah Alam untuk mengunjungi Bon Odori untuk mengenali budaya Jepun malah ianya salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Jepun. Malah banyak kelab di sekolah dan Universiti yang membawa pelajar untuk mendedahkan pelajar mengenai budaya Jepun. Malah ramai juga yang mengenakan pakaian seperti yukata dan kimono ke acara seperti itu. Malah terdapat juga pertunjukan bunga api dahulu, tetapi ia telah dihentikan untuk beberapa tahun ini.

Sumber: JCKL

Sebelum itu, mari kami sendiri terangkan sedikit mengenai “Bon Odori”. Ia sebenarnya satu tarian yang sebenarnya satu hiburan dan dilakukan semasa Obon. Ia sebenarnya asal daripada tarian Nenbutsu untuk meraikan roh dan terdapat pelbagai cara ianya disambut mengikut wilayah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ramai yang hadir ke acara ini untuk berjumpa dengan kawan-kawan, memakai pakaian budaya Jepun dan mencari makanan sahaja. Kalau ada bungi api, sudah tentu mereka akan berada di situ untuk pertunjukan itu. Tarian Bon Odori masih dijalankan tetapi ramai muslim tidak menyertainya kerana sudah tahu bahawa ianya haram dan syirik. Sebab itulah, tiada sebarang isu yang bangkit mengenai acara ini sehinggalah sekarang. Sampai satu Malaysia kecoh mengenainya.

Sumber: JCKL

Selepas itu muncul, muncul kenyataan daripada jabatan agama yang menghalang muslim daripada menghadiri acara Bon Odori. Isu ini berlarutan selama dua hari sehinggalah Sultan Selangor menitahkan supaya JAIS tidak menyekat program tersebut dan tidak menghalang mana-mana pengunjung yang menghadiri acara Bon Odori. Baginda juga meminta JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk hadir ke acara tersebut untuk melihat sendiri apa yang berlaku semasa program berlangsung. Jika anda ingin tahu, baginda juga telah menghadirinya beberapa kali sebelum ini dan melihat bahawa ia hanya program yang mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun.

1. Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has instructed Jais to allow the Bon Odori festival to go on as planned.

He also ordered officers from Jais and Shah Alam City Council to attend the festival so they can see for themselves what happens during the event. https://t.co/UHflxFM2e6 pic.twitter.com/yAXZEjQKXv

— BFM News (@NewsBFM) June 8, 2022

Senang citer, kalau anda rasa tergugat ataupun ragu-ragu dengan acara seperti ini, tidak perlulah hadir. Tidak perlu juga untuk kecam orang yang ingin hadir ke acara Bon Odori ini, kerana rata-rata yang pergi memang rindu untuk mencuba makanan Jepun di sana. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain seperti game, anime dan banyak lagi.

Tags: Bon Odori
Previous Post

Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5

Next Post

Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang

Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd