Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kebenaran disebalik kisah tragis Devil Asta diceritakan! Identiti terbongkar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Kebenaran disebalik kisah tragis Devil Asta diceritakan! Identiti terbongkar!

Sumber - DanLC2001

Share on FacebookShare on Twitter

Story arc terbaru Black Clover sedang mempersiapkan Asta untuk pertarungan besar yang seterusnya melawan Dark Triad dari Spade Kingdom, dan bab terbaru daripada siri akhirnya telah mendedahkan kebenaran disebalik kisah tragis untuk Devil milik Asta sebelum ia terperangkap di di five leaf grimmoire. Ketika Nacht (vice captain Black Bulls) melatih Asta cara-cara untuk menggunakan kekuatan Devil-nya dengan lebih baik bagi melawan Dark Triad, para peminat dapat melihat Devil Asta buat pertama kali dalam siri. Tanpa diduga, kami juga mendapat pendedahan penuh mengenai kisah sebenarnya.

Bab terkini manga menyelami kisah sebenar Devil Asta, dan kita bukan sahaja belajar nama rasmi untuk pertama kalinya dalam siri ini, malah mengetahui asal-usul Devil Asta yang penuh dengan tragedi yang tidak dijangka. Ini menjelaskan mengapa Devil tersebut bersikap musuh terhadap Devil lain.

Amaran! Spoiler untuk Black Clover Bab 268 di bawah!

Bab 268 bersambung selepas Asta katakan sesuatu kepada Devil-nya semasa di Devil-Binding Ritual yang membuat Devil itu mengimbas balik memori lamanya tentang seorang wanita muda. Kami ditunjukkan yang Devil ini sebenarnya dilahirkan di underworld. Underworld sangat membosankan, jadi pangkat setiap Devil dinilai melalui kekuatan. Ini memberikan mereka sebab untuk membuli Devil di pangkat rendah di mana Devil Asta menjadi salah satu mangsa.

Ketika dibuli oleh Devil yang lebih kuat, Devil Asta dilemparkan ke pintu underworld dan terus masuk ke dunia manusia kerana dia tidak mempunyai sebarang “mana“. Terperangkap di situ, dia diseksa oleh manusia sehingga seorang wanita bernama Licita menjumpainya dan membawa Devil Asta pulang ke rumahnya. Di situ, dia menceritakan yang dia menjumpai five leaf grimmoire (yang akhirnya diturunkan kepada Asta), dan kedua-duanya memutuskan untuk tinggal bersama.

Devil ini diberi nama Liebe, dan Licita pula menjadi ibu kepadanya. Tetapi suatu hari, Devil terkuat, Lucifero, merasuk Liebe kerana ingin tahu bagaimana Liebe dapat hidup di dunia manusia tanpa kontrak. Licita enggan membiarkan Lucifero mengambil alih tubuh anaknya, lalu mengorbankan nyawanya demi Liebe. Untuk memastikan Liebe kekal selamat, Licita menyimpannya di dalam five leaf grimmoire sebelum menghembus nafas terakhir.

Oleh itu, kita kini sudah tahu mengapa Liebe sangat marah dan ganas kepada Devil lain kerana apa yang dilakukan oleh Lucifero. Apa pendapat anda? Adakah anda dapat menjangka kisah tragis ini? Beri tahu saya pendapat anda dalam ruang komen.

Sumber – Shonen Jump

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AstaBlack CloverDevilLicitaLiebemanga
Previous Post

Marvel’s Avengers versi PS5 & Xbox Series X ditunda bersama kandungan DLC!

Next Post

Ghost of Tsushima: Legends dah keluar dan ini 7 petua gameplay yang penting!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Ghost of Tsushima: Legends dah keluar dan ini 7 petua gameplay yang penting!

Ghost of Tsushima: Legends dah keluar dan ini 7 petua gameplay yang penting!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd