Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katalog PS Plus Mei 2023 – Ratchet & Clank PS5, Watch Dogs: Legion, siri Dishonored, siri Tomb Raider

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 11, 2023
in Action, Adventure, ARPG, Artikel, Berita, Drama, Fantasy, Game Online, Game Percuma, JRPG, MMO, Multiplayer, Muzik, Open World, Platformer, Promosi, PS Plus, PS4, PS5, Remastered, RPG, Senarai, Seram, Single Player, Stealth, Survival
0 0
0
Katalog PS Plus Mei 2023 – Ratchet & Clank PS5, Watch Dogs: Legion, siri Dishonored, siri Tomb Raider
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation (PS) Plus bulan Mei 2023 bagi pelanggan Extra dan Deluxe.

Antara yang bakal ditambah termasuk Ratchet & Clank: Rift Apart, Watch Dogs: Legion, siri Dishonored, siri Tomb Raider dan banyak lagi bermula 16 Mei – jadi korang tidak perlu tunggu lama lagi.

The PlayStation Plus Game Catalog for May includes:

➕ Ratchet & Clank: Rift Apart
➕ Humanity
➕ Watch Dogs: Legion
➕ Dishonored 2
➕ Sakuna: Of Rice and Ruin
➕ Tomb Raider: Definitive Edition

… and many more. pic.twitter.com/5NsRyBnJcL

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) May 11, 2023

Berikut adalah senarai penuh:

Ratchet & Clank: Rift Apart | PS5

Ratchet & Clank: Rift Apart ialah game ‘third-person shooter platformer’ dan adalah entri ke-9 dalam francais.

Mulakan pengembaraan antara dimensi bersama Ratchet dan Clank ketika mereka menentang maharaja jahat dari realiti lain. Pada masa yang sama, game ini mempunyai seorang lagi protagonis bernama Rivet di mana pemain harus mengawal kedua-dua watak melalui pelbagai dunia dan peringkat – sambil mengalahkan musuh dengan pelbagai senjata dan gajet unik.

Rift Apart mengekalkan majoriti unsur gameplay daripada game lama seperti strafing, gunplay, upgrade senjata dan macam-macam lagi, jadi peminat lama pasti tidak akan rasa kekok apabila bermain semula. Cuma, kelebihan PS5 memberi game ini pengalaman yang lebih mengasyikkan!

Humanity | PS4, PS5

Humanity ialah game ‘third-person puzzle-action’ di mana anda menjadi seekor anjing yang mengarahkan orang ramai untuk ‘melompat, berpusing, menolak, terapung, menembak dan mendaki’ ke kawasan yang selamat. Bimbing manusia melalui lebih 90 peringkat kreatif penuh dengan halangan, musuh, teka-teki, dan pertarungan bos.

Selain itu, anda boleh mencuba pelbagai peringkat buatan pemain sebenar atau bina peringkat sendiri menggunakan ciri Stage Creator. Humanity juga disokong oleh PS VR dan PS VR2.

Watch Dogs: Legion | PS4, PS5

Watch Dogs: Legion ialah game action-adventure dan adalah entri ketiga dalam siri Watch Dogs. Berlangsung di London berbentuk futuristik dan distopia, kita akan mengikuti sindiket penggodam DedSec ketika mereka berusaha untuk membersihkan nama selepas dituduh sebagai pengganas bersiri yang melakukan serangan bom.

Walaupun teras gameplay adalah serupa dengan pendahulunya – yang terdiri daripada gabungan teka-teki, aksi menembak, memandu, bersembunyi dan menggodam – Legion memperkenalkan sistem berbilang watak yang boleh dimainkan. Ini membolehkan pemain merekrut hampir mana-mana watak yang ada dalam dunia terbuka permainan.

Setiap watak ini mempunyai kemahiran dan latar belakang unik sendiri, jadi terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan misi bergantung pada watak yang anda dipilih. Mode co-op multiplayer turut ditambah dalam game, yang membolehkan sehingga empat pemain menyelesaikan misi atau meneroka London bersama-sama.

Dishonored 2 | PS4

Dishonored 2 ialah game stealth action-adventure dan sekuel kepada Dishonored 1 pada 2012. Selepas Permaisuri Emily Kaldwin dikhianati oleh ahli sihir Delilah Copperspoon, pemain harus memilih untuk bermain sebagai Emily atau Corvo Attano (pelindung/bapa angkat) semasa mereka cuba untuk mengambil semula takhta.

Emily dan Corvo memiliki pelbagai kebolehan ghaib, dan semuanya boleh dimanfaatkan oleh pemain. Disebabkan game ini mempunyai gameplay tidak linear, ada pelbagai cara untuk menyelesaikan misi; daripada bersembunyi dan tidak membuat kacau hingga ke perang ganas ala Rambo.

Jalan cerita akan bertindak balas kepada pilihan dan playstyle anda, yang membawa banyak perubahan menarik. Buat mereka yang tidak tahu, Dishonored 2 juga memenangi anugerah Best Action/Adventure Game di The Game Awards 2016. Jadi sudah tentu, game ini seronok.

Dishonored: Death of the Outsider | PS4

Dishonored: Death of the Outsider merupakan pek standalone expansion berikutan Dishonored 2. Game ini berlangsung selepas peristiwa game kedua di bandar Karnaca dan mengisahkan bekas pembunuh upahan Billie Lurk ketika dia bersatu semula dengan mentornya Daud untuk membunuh entiti misteri yang dikenali sebagai The Outsider.

Same seperti game sebelum, pemain mempunyai akses kepada pelbagai kebolehan ghaib untuk menyelesaikan misi dalam pelbagai cara, daripada bersembunyi hingga sengaja membuat konflik ganas.

Naratif dicipta untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditinggalkan oleh game sebelumnya, sambuil menawarkan perspektif yang berbeza kepada pemain dan menamatkan naratif yang bermula dengan kisah Dishonored original.

Sakuna: Of Rice and Ruin | PS4

Pemain akan mengawal dewi Puteri Sakuna, yang ditugaskan untuk menerokai Isle of Demons dan membersihkannya daripada raksasa sambil menjaga sekumpulan manusia.

Game ini terbahagi kepada dua bahagian gameplay iaitu; bahagian pertarungan menentang raksasa yang dipamerkan secara hack-n-slash side scroller; dan simulator pertanian di mana pemain mesti menanam padi di kebun.

Sebagai dewi penuaian, kekuatan Sakuna semakin bertambah dengan setiap tanaman padi, di mana sifat-sifat seperti estetika dan rasa sebenarnya berkait langsung dengan kebolehan tempurnya. Menggunakan alatan pertanian sebagai senjata, tewaskan raksasa jahat yang mengancam keamanan manusia.

Tomb Raider: Definitive Edition | PS4

Tomb Raider ialah game open world action-adventure dan merupakan reboot kepada siri. Ia bertindak sebagai entri pertama dalam trilogi ‘Survivor’ yang mencerita semula asal-usul Lara Croft. Reboot Tomb Raider asalnya dikeluarkan pada 2013, tetapi yang ditawarkan ini adalah ‘Definitive Edition’ yang mengandungi grafik lebih bagus dan kandungan boleh dimuat turun.

Gameplay tertumpu pada bertahan hidup, pertempuran aksi tinggi, penyesuaian senjata dan peralatan, dan mengatasi persekitaran bahaya apabila meneroka pulau dan melawat pelbagai makam purba. Tomb Raider berlangsung di Yamatai, sebuah pulau di mana Lara (yang masih belum berhati kental) harus menyelamatkan rakan-rakannya dan melarikan diri sambil diburu oleh kultus jahat.

Definitive Edition ini termasuk kandungan bonus dan menggabungkan semua DLC yang dikeluarkan sebelum ini.

Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration | PS4

Rise of the Tomb Raider adalah sekuel kepada Tomb Raider (2013).

Kisahnya mengikuti Lara Croft (kini lebih kuat mental dan handal) ketika dia memulakan ekspedisi pertama ke Siberia untuk mencari bandar legenda Kitezh sambil berperang dengan organisasi Trinity, yang berhasrat untuk mencuri rahsia kehidupan abadi.

Edisi 20 Year Celebration termasuk kandungan single player “Blood Ties”, sokongan PSVR untuk “Blood Ties”, mode zombi ‘Lara’s Nightmare’, fungsi online Co-op untuk mode Endurance, tetapan difficulty “Extreme Survivor”, pakaian dan senjata 20 Year Celebration, dan 5 skin Lara klasik.

Shadow of the Tomb Raider | PS4

Shadow of the Tomb Raider meneruskan naratif Rise of the Tomb Raider (2015) dan adalah entri ketiga dan terakhir bagi trilogi Survivor.

Berlaku kira-kira setahun selepas peristiwa Rise of the Tomb Raider, kisahnya mengikuti Lara Croft ketika dia menerokai kawasan tropika di benua Amerika hingga terjumpa bandar legenda Paititi. Pada masa yang sama, dia dikejar oleh organisasi Trinity dan harus menghentikan bencana kiamat yang dilepaskan olehnya tanpa sengaja.

Bus Simulator 21: Next Stop | PS4, PS5

Alami kehidupan seorang pemandu bas di Amerika Syarikat dan Eropah. Pandu sehingga 30 bas berlesen oleh syarikat antarabangsa, termasuk bas dua tingkat dan e-bas. Bawa penumpang ke destinasi mereka dengan selamat dan tepat pada masa – sama ada dalam mode single atau multiplayer.

Versi Next Stop mempunyai banyak penambahbaikan dan game mode serba baharu. Di sini, anda mempunyai akses kepada semua perhentian bas dan model bas dari awal permainan dan tidak perlu membuka semuanya secara beransur-ansur. Versi PS5 termasuk grafik yang dipertingkatkan, haptic feedback, sokongan adaptive trigger dan resolusi 4K.

The Evil Within 2 | PS4

Dicipta oleh pakar seram Shinji Mikami, The Evil Within 2 merupakan game survival horror yang wajib anda cuba.

Dimainkan daripada perspektif third-person, pemain akan mengawal seorang detektif bernama Sebastian Castellanos. Walaupun kehilangan semuanya, Sebastian Castellanos diberi peluang untuk menyelamatkan anak perempuannya. Dia mengambil peluang itu dan kini mesti turun sekali lagi ke dunia mimpi ngeri.

Dalam The Evil Within 2, peta lebih besar dan terdapat pelbagai cara untuk pemain mara dalam satu tahap. Pemain boleh meneroka kawasan peta secara bebas untuk melengkapkan objektif sampingan dan mencari sumber terhad. Pemain boleh terlibat dalam konfrontasi langsung dengan musuh menggunakan senjata seperti senapang, mengelakkan sebelum raksasa menyedari kehadiran anda atau menyelinap di belakang musuh lalu membunuh mereka secara senyap.

Wolfenstein: Youngblood | PS4

Wolfenstein: Youngblood ialah first-person shooter dan spin-off kepada siri Wolfenstein.

19 tahun selepas peristiwa Wolfenstein 2, BJ Blazckowicz telah didapati hilang selepas melakukan misi ke Paris. Kini, selepas bertahun-tahun berlatih bawah bapa mereka, Jess dan Soph Blazkowicz (anak kembar perempuan BJ) terpaksa beraksi.

Pemain boleh mengawal sama ada Jessie atau Zofia daripada perspektif first-person di mana anda boleh bermain dengan bantuan pemain lain atau dengan AI. Bekerjasama dengan rakan atau bermain solo, semua terpulang kepada anda. Naik level, teroka dan selesaikan misi bagi membuka kebolehan, senjata, alat, kosmetik baharu dan banyak lagi.

Thymesia | PS5

Thymesia ialah soulslike action-RPG yang meminjam banyak mekanik dan elemen daripada siri Dark Souls.

Menampilkan pertempuran lebih fast-paced, dan sistem pertempuran (agak) rumit, pemain boleh dapatkan senjata daripada bos dan musuh mengerikan lalu menggunakannya sebagai senjata sendiri.

Pada masa yang sama, pemain boleh bertukar menjadi burung gagak semasa pertempuran, lemparkan bulu seperti belati untuk mengganggu serangan musuh, dan lakukan serangan penamat. Seperti mana-mana games soulslike, bina playstyle anda sendiri, dan siap sedia untuk menghadapi cabaran yang menanti.

Rain World | PS4

Diinspirasikan oleh reka bentuk klasik 16-bit, Rain World adalah game survival platformer di mana pemain mengawal “slugcat”, sejenis makhluk ala kucing yang perlu bertahan hidup dalam dunia berbahaya.

Sebagai Slugcat; larikan diri daripada musuh, cari makanan, dan balik ke bilik hibernasi sebelum hujan lebat yang membawa maut tiba. Pemain tidak diberikan panduan jelas tentang cara untuk bertahan hidup, dan ini sebenarnya adalah hasrat pemaju, yang mahu pemain belajar untuk terus hidup dalam persekitaran tanpa memahami fungsi sebenar.

Terokai dunia luas dengan lebih 1600 bilik, yang penuh dengan rahsia purba dan bahaya belum ditemui. Menyelinap, dan mendaki melalui ekosistem yang sentiasa berubah di mana setiap playthrough pasti akan memberi cabaran unik.

Lake | PS4, PS5

Lake ialah game graphic point-and-click adventure yang memfokuskan pada jalan cerita dan gameplay simulasi memandu Berlatarkan tahun 1986, kisahnya mengikuti seorang profesional IT bernama Meredith Weiss yang menghabiskan dua minggu di kampung halamannya iaitu bandar fiksyen Oregon Providence Oaks, di mana dia mengambil alih peranan sementara sebagai penghantar surat di bandar itu.

Sebagai Meredith, pemain berinteraksi dengan pelbagai penduduk di Providence Oaks, sama ada berhubung dengan penduduk lama atau bertemu orang baharu, sambil menghantar surat kepada mereka sepanjang dua minggu itu. Pemain mempunyai pilihan untuk membina hubungan romantik antara Meredith dan watak tertentu dan menjelang hujung permainan, pemain mesti memutuskan sama ada Meredith akan kembali ke kerjayanya di bandar besar, atau tinggal di bandar tenang di tempat dia dibesarkan.

Conan Exiles | PS4

Conan Exiles ialah game online multiplayer survival, yang berkait dengan francais Conan the Barbarian.

Watak ciptaan pemain akan diselamatkan oleh Conan, maka mulalah pengembaraan mereka di dunia fantasi. Jelajah alam yang luas dan bermain bersama-rakan atau orang yang tidak dikenali sambil membina rumah dan berkongsi bandar. Terokai dungeon yang penuh dengan harta karun berharga, kuatkan watak kepada barbarian atau ahli sihir hebat, dan berjuang untuk menewaskan musuh dalam peperangan epik.

Rune Factory 4 Special | PS4

Rune Factory 4 ialah JRPG dan adalah entri ke-6 dalam siri Rune Factory. Yang kami dapat adalah versi Special dengan grafik lebih cantik dan ciri tambahan.

Watak utama (juga watak ciptaan pemain) disalah anggap sebagai ahli diraja yang sepatutnya membantu menguruskan bandar. Selepas salah faham ini dibetulkan, putera sebenar iaitu Arthur gembira untuk membiarkan kita mengambil alih tugasnya.

Dari sana, anda harus menarik pelancong, mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung Selphia, dan bekerja di sekitar bandar untuk membuka ciri-ciri yang diperlukan bagi menjayakan bandar tersebut. Pada masa yang sama, anda akan menemui misteri di dungeon berdekatan, di mana beberapa manusia telah bertukar menjadi raksasa secara misteri.

Terpulang kepada pemain untuk menyelesaikan masalah itu! Ciri-ciri ikonik pada gameplay masih dikekalkan; yang termasuk pertanian, penerokaan dungeon dan perkahwinan antara watak. Terdapat 12 watak (6 lelaki, 7 perempuan), masing-masing dengan kisah dan latar belakang menarik untuk kita berkenalan dan berkahwin.

Soundfall | PS4, PS5

Soundfall ialah game dungeon crawler yang menggabungkan aksi looter-shooter dengan gameplay berasaskan irama.

Buka kebolehan baharu, dan terokai Symphonia untuk menemui senjata berasaskan muzik luar biasa! Ubah suai senjata anda dengan lebih 500 peralatan untuk dicuba, dan teroka secara solo atau dengan sehingga empat pemain secara offline atau online. Mainkan Campaign Mode, cuba lebih 100 lagu percuma atau import muzik anda sendiri!


Itu sahaja untuk rumusan ini. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 16 Mei. Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Kempen Road to Worlds Yu-Gi-Oh Master Duel kini bermula, Yu-Gi-Oh Duel Links bakal menyusul!

Next Post

Demon Slayer: Kenali Mist Hashira, Hashira Termuda & Berbakat Dalam Siri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

Next Post
Demon Slayer: Kenali Mist Hashira, Hashira Termuda & Berbakat Dalam Siri!

Demon Slayer: Kenali Mist Hashira, Hashira Termuda & Berbakat Dalam Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd