Predator Malaysia tampil lebih ‘onz’ melalui pelancaran beberapa produk terbaharu yang menjanjikan kuasa, kelajuan, dan fleksibiliti buat para gamer. Sama ada anda peminat peranti mudah alih atau memerlukan setup desktop yang mantap, barisan produk baharu ini (yang termasuk laptop Predator Helios Neo 16, desktop Orion 5000, serta dua monitor terbaharu) pasti memenuhi citarasa semua.
Predator Helios Neo 16

Produk tumpuan utama kali ini, Predator Helios Neo 16, direka khas untuk gamer yang mementingkan prestasi dan gaya tanpa perlu berbelanja besar. Model ini mempunyai pemproses sehingga Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070.
Bagi mengelakkan masalah suhu semasa sesi gaming yang panjang, Acer menambah teknologi kipas AeroBlade 3D Gen 5 untuk memastikan sistem sentiasa sejuk dan stabil.

Paparan skrin 16-incinya juga cukup canggih. Dengan resolusi WQXGA+ yang tajam serta refresh rate 180Hz, setiap aksi dalam game nampak sangat lancar. Selain hebat untuk bermain game, sokongan 100% warna sRGB menjadikan laptop ini pilihan tepat buat para pencipta kandungan.
Bagi menjamin pengalaman tanpa lag, teknologi Intel Killer digunakan untuk memberi keutamaan kepada sambungan internet. Kualiti audio juga tidak mengecewakan dengan sokongan DTS:X Ultra dan sistem noise reductionberkuasa AI, memastikan komunikasi bersama rakan sepasukan kekal jelas walaupun di tengah perlawanan sengit.
Predator Orion 5000

Buat peminat setup desktop, Predator Orion 5000 adalah jawapannya. Desktop ini hadir dengan kerangka 45L yang diperbuat daripada plastik kitar semula, serta dilengkapi panel sisi kaca bagi menyerlahkan lampu RGB yang boleh diubah suai mengikut gaya anda.

Prestasinya hasil gabungan pemproses Intel Core Ultra 7 265F dan GPU RTX 5070, yang mampu mengendalikan game berat serta tugasan kreatif mencabar dengan mudah. Suhu komponen utama juga sentiasa terjaga hasil sistem penyejukan CycloneX 360 yang senyap.
Desktop ini turut dilengkapi RAM DDR5 32GB (boleh dinaik taraf sehingga 128GB), storan SSD 1TB, serta sokongan Wi-Fi 7.
Monitor Baharu untuk Segala Keperluan
- Predator XB273U X2: Monitor 27-inci QHD ini adalah pilihan terbaik untuk pemain kompetitif. Refresh rate 210Hz yang super pantas dan response time 0.5ms hampir menghapuskan masalah motion blur, sekali gus menghasilkan visual yang sangat lancar.

- Nitro PG241Y P1: Sebagai monitor gaming mudah alih 23.8-inci pertama di Malaysia, peranti ini sangat sesuai bagi mereka yang sering bergerak atau mempunyai ruang kerja terhad. Hanya menggunakan satu kabel USB-C, skrin kedua dengan refresh rate 144Hz ini boleh digunakan di mana sahaja anda berada.

Harga Jualan
Semua produk ini boleh didapati sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta pengedar sah di seluruh negara.
- Predator Helios Neo 16: RM7,299 (RTX 5050) hingga RM9,999 (RTX 5070).
- Predator Orion 5000: RM14,999.
- Monitor Predator XB273U X2: RM799 (Waranti 3 tahun).
- Paparan Mudah Alih Acer Nitro PG241Y P1: RM649.
Tawaran Istimewa di Roadshow “Kasi Onz”
Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri peranti ini di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 14 hingga 17 Mei 2026. Pelbagai tawaran menarik menanti pembeli:
- Predator Helios Neo 16: Diskaun RM200, percuma set kepala Predator (bernilai RM399), dan kredit eWallet TNG RM300.
- Predator Orion 5000: Diskaun RM1,500 dan kredit eWallet TNG RM300.
- Monitor Predator XB273U X2: Diskaun tambahan RM100.
- Paparan Mudah Alih Nitro: Harga istimewa RM499 dan percuma pembesar suara Bluetooth Acer.
Selain itu, model-model Acer terpilih yang lain turut ditawarkan dengan diskaun sehingga RM2,000 dan hadiah percuma bernilai hampir RM2,000.
Jualan Kilat “Predator Onz Hour”
Rebut peluang keemasan melalui “jualan kilat” pada 16 dan 17 Mei (jam 11 pagi – 12 tengah hari & 7 petang – 8 malam) dengan diskaun sehingga 85%! Antara tawaran hebat:
- Predator Helios 18 AI: RM16,500 (Jimat hampir RM4,500!)
- Acer Nitro V15 (i5): RM3,799
- Acer Nitro V15 (i7): RM4,199
- Monitor Acer Nitro KG251QX0: RM289
- Kerusi Gaming Predator Rift 330: RM199 (Harga asal RM1,299!)
Tawaran ini terhad selagi stok masih ada. Jadi, pastikan anda datang awal ke Sunway Pyramid!














Discussion about this post