Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen – Mahoraga Era Modulo Adalah Yang Terkuat, Atasi Versi Sukuna & Megumi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen – Mahoraga Era Modulo Adalah Yang Terkuat, Atasi Versi Sukuna & Megumi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Jujutsu Kaisen Modulo Jilid 3, pencipta Gege Akutami telah membuat pendedahan menarik tentang hierarki kuasa dalam siri ini. Berdasarkan maklumat tambahan yang disertakan dalam jilid tersebut, versi terkuat bagi shikigami Mahoraga adalah milik Yuka Okkotsu, salah satu watak utama dalam Modulo.

On the Eight-handled sword Diverged Divine General Makora (Mahoraga in EN), from volume 3:

There's no difference in stats between those of Fushiguro's, Sukuna's, and Yuka's. However, due to the prolonged battle that it was subjected to, Yuka's Makora emerged as the strongest of… pic.twitter.com/2FX6z8wGal

— Lightning (@lightningclare) April 30, 2026

Bagi peminat yang mengikuti jalan cerita JJK, “Eight-Handled Sword Divergent Sila Divine General Mahoraga” merupakan aset paling berharga dalam Ten Shadows Technique milik puak Zenin. Abiliti utamanya adalah kebolehan untuk menyesuaikan diri (adapt) dengan apa jua serangan atau fenomena.

Sebaik sahaja roda di atas kepalanya berputar, Mahoraga akan imun terhadap serangan tersebut dan menggunakan cara khusus untuk menewaskan pihak lawan.

Dalam siri asal, kita telah melihat dua versi Mahoraga:

  • Megumi Fushiguro: Seekor raksasa liar yang diseru sebagai taktik bunuh diri terakhir semasa Shibuya Incident.
  • Ryomen Sukuna: Senjata yang telah dijinakkan dan sangat efisien, digunakan oleh Sukuna untuk bantu menewaskan Satoru Gojo dalam manga.

Walau bagaimanapun, Modulo Jilid 3 memberi tumpuan kepada Yuka Okkotsu. Sebagai pewaris Ten Shadows, Yuka telah menyeru Mahoraga dalam pertarungan menentang musuh yang sangat kuat, Dabura.

Gege Akutami menjelaskan bahawa walaupun setiap Mahoraga bermula dengan statistik asas yang sama, kekuatannya tidak akan kekal setara dalam jangka masa panjang.

“Tiada perbezaan dari segi statistik antara milik Fushiguro, Sukuna, dan Yuka. Bagaimanapun, disebabkan pertarungan berpanjangan yang dilaluinya, Mahoraga milik Yuka muncul sebagai yang terkuat antara ketiga-tiganya..” — Gege Akutami

Secara ringkas, semakin Mahoraga dicabar sehingga ke tahap hadnya, ia akan menjadi semakin kuat.

Disebabkan pertarungan menentang Dabura sangat mencabar (Dabura boleh dianggap sebagai watak paling kuat setakat ini dalam JJK bersama Yuji Itadori), Mahoraga milik Yuka terpaksa meningkatan tahap adaptasi yang lebih kompleks, jauh melampaui apa yang diperlukan oleh Sukuna untuk menewaskan Gojo.

Tags: Jujutsu KaisenMahoraga
ShareTweetSend
Previous Post

Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!

Next Post

Kasi Onz! Predator Malaysia Bawa Produk Gaming 2026 & Promo Hebat Ke Sunway Pyramid!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kasi Onz! Predator Malaysia Bawa Produk Gaming 2026 & Promo Hebat Ke Sunway Pyramid!

Kasi Onz! Predator Malaysia Bawa Produk Gaming 2026 & Promo Hebat Ke Sunway Pyramid!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd