Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan beberapa game eksklusif first-party PS5 mereka, termasuk Ratchet dan Clank: Rift Apart, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, dan Demon’s Souls Remake. Selain itu, beberapa game eksklusif third-party juga telah diumumkan, seperti Death Loop dan GhostWire Tokyo. Kami sudah tahu akan ada lebih banyak game eksklusif dan ia mungkin melibatkan francais seperti God of War, Uncharted, dan Days Gone tetapi khabar angin menyatakan bahawa Sony mempunyai rancangan lain.
Kami dapat tahu Sony akan menambah lebih banyak game eksklusif untuk PS5, dan salah satu merupakan Final Fantasy XVI. Memang semua komuniti FF mula kecoh selepas belajar bahawa sekuel utama dalam siri Final Fantasy akan diumumkan tidak lama lagi dan menjadi game eksklusif (sementara) untuk PS5. Pembocor Reset ERA terkenal, Navtra, mendakwa game itu sepatutnya didedahkan di acara PS5 pada bulan Jun lalu, tetapi terpaksa ditundakan. Pada masa yang sama, dia mengesahkan yang game itu sudah siap untuk pengumuman, dan mungkin akan keluar dalam masa terdekat.
“Nyata ada Final Fantasy XVI. Ia sepatutnya diumumkan pada acara bulan Jun. Kononnya lebih dekat daripada yang disangka oleh semua orang. Ia mempunyai sejenis eksklusiviti PS5 (ketika itu samar-samar tetapi nampaknya eksklusiviti bertempoh sekarang). Dan saya tidak tahu mengapa mereka belum mengumumkannya.”
Jika korang ragu kesahihannya, Navtra terbukti boleh dipercayai pada masa lalu. Sebagai contoh, dia membocorkan senarai permainan video untuk acara PS5 sebelum tayangan sebenar dan juga mendedahkan DLC Spider-Man eksklusif untuk Marvel’s Avengers sebelum ia diumumkan. Malah, ahli lain dalam pun mengakui infonya kebanyakkan benar.
Cuma, ia masih penting untuk tidak buta-buta percaya. Tiada apa-apa di sini yang rasmi, dan walaupun semuanya betul, kandungan masih boleh berubah. Pada saat penulisan, Sony dan Square Enix tidak memberi komen tentang kebocoran atau spekulasi Final Fantasy XVI. Seelok-eloknya kita tunggu bila mereka bersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post