Baru-baru ini, semasa E3 2018, kita digemparkan dengan satu game crossover di mana ianya merupakan crossover manga ataupun anime dari Shonen Jump. Terlibat adalah Naruto, One Piece, Dragon Ball dan banyak lagi. Yang terbaru, Bandai Namco telah konfirmkan bahawa Ichigo Kurosaki, Rukia Kuchiki dan Sosuke Aizen dari Bleach akan boleh di mainkan di dalam game Jump Force ini!
Di bawah, aku ceritakan sedikit sebanyak tentang 3 karekter yang akan dimasukkan ke dalam Jump Force, Stage baru iaitu Hong Kong di bawah :
Karekter:
- Ichigo Kurosaki – Merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk melihat hantu, Ichigo menjadi salah seorang Shinigami yang paling kuat setelah berjumpa dengan Hollow yang cuba untuk membunuhnya.
- Rukia Kuchiki – Rukia merupakan seorang Shinigami dari keluarga yang ternama yang mempunyai kelebihan dalam Kido. Mempunyai pedang jenis ais yang menjadikan pedang Rukia merupakan antara pedang yang tercantik di dalam Soul Society.
- Sosuke Aizen – Kapten untuk Gotei 13, Aizen merupakan seorang lelaki misteri. Di sebalik wajah yang tenang, Aizen merupakan antara Shinigami yang penuh dengan skill di dalam Soul Society.
Hong Kong pula merupakan satu stage baru yang di masukkan ke dalam Jump Force. Ianya merupakan Street-Level, karekter disinari cahaya lampu neon dan mereka akan bergaduh di dalam bayang kapal Blackbeard yang secara misteri, karam di Hong Kong.
Dikatakan yang Jump Force akan dikeluarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post