Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas telah mengesahkan bahawa filem anime yang amat dinanti-nantikan, Jujutsu Kaisen: Shibuya Incident x The Culling Game (turut dikenali sebagai Jujutsu Kaisen: Execution) akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 4 Disember 2025.
Tayangan ini berfungsi sebagai penghubung antara musim kedua siri popular tersebut dengan musim ketiga yang bakal tiba.
Para penonton akan disajikan dengan kompilasi suntingan penuh aksi daripada klimaks arc Shibuya Incident, disusuli dengan tayangan perdana eksklusif bagi dua episod pertama Season 3 yang secara rasminya diberi nama Culling Game arc.

Jalan ceritanya bersambung terus selepas runtuhnya kestabilan dunia jujutsu dan politik Jepun, berikutan peristiwa di mana jujustu sorceror terhebat, Satoru Gojo, telah dikurung di dalam Prison Realm.
Naratif memfokuskan kepada pertembungan antara dua anak didik Satoru Gojo. Yuji Itadori kini diburu oleh pihak atasan Jujutsu yang menyalahkannya atas kehancuran di Shibuya memandangkan dia adalah perumah kepada Sukuna.

Keadaan menjadi semakin tegang dengan kemunculan Yuta Okkotsu, watak utama daripada filem prekuel Jujutsu Kaisen 0, yang kembali ke jalan cerita utama dengan satu misi maut: beliau telah ditugaskan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas Yuji.
Arc Culling Game menandakan peralihan kepada sebuah “battle-royale”, di mana para peserta dipaksa berbunuhan sesama sendiri dalam sebuah ritual kejam yang didalangi oleh watak jahat, Kenjaku.

Produksi filem ini sekali lagi dikendalikan oleh studio animasi MAPPA bagi memastikan kualiti visual.









Discussion about this post