Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Mengapa Satoru Gojo terlampau kuat dalam siri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Mengapa Satoru Gojo terlampau kuat dalam siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak debutnya, Jujutsu Kaisen menunjukkan keunikan dari manga/anime lain. Dari reka bentuk watak hingga ke naratif cerita, ia membawa perspektif yang baru pada genre shounen. Awal-awal lagi dalam siri, kita diperkenalkan kepada watak yang paling kuat iaitu Satoru Gojo. Tetapi apa yang membuat Satoru Gojo terlampau kuat? Biar saya jelaskan.

Kebolehan Satoru tidak harus dipandang rendah. Dia terkenal sebagai ahli sihir jujutsu yang paling kuat dalam siri ini. Bukan hanya pada masa ini, tetapi sepanjang sejarah. Kewujudan dia sahaja sudah menjadi penghalang kepada penjahat dan sehingga dia dihapuskan, rancangan jahat mereka tidak boleh dilaksanakan.

Mengapa dia ditakuti? Ini kerana dia mempunyai kemahiran yang luar biasa untuk mengawal “Juryoku” (cursed energy) dan memiliki dua teknik hebat dari puak Gojo iaitu: Mukagen (Limitless) dan Rikugan (Six Eyes). Pengguna teknik ini mampu mengawal keseluruhan ruang yang mereka ingin. Tahap kawalan ini membolehkan Satoru membuat Kekkai (barrier) antara dirinya dan pihak lawan. Sebarang serangan yang dilancarkan terhadapnya tidak akan terkena tetapi akan dihapuskan dahulu oleh Kekkai-nya.

Mugen

Jutsushiki Junten: Ao (Cursed Technique Lapse: Blue) pula membolehkan Satoru menghasilkan sejenis vakum di mana sahaja dia memilih, lantas menarik setiap objek atau orang di sekitarnya untuk dihancurkan. Seterusnya, Jutsushiki Hanten: Aka (Cursed Technique Reversal: Red) mempunyai efek yang berbeza dari Ao. Ia menghasilkan pusaran tenaga kuat yang akan menolak mana-mana orang atau objek. Mengaktifkan kedua-dua teknik tersebut sekaligus akan melancarkan teknik Kyoshiki Murasaki (Hollow Purple), bebola gergasi yang langsung menghancurkan semua musuh, objek, dan sebagainya yang menghampiri. Paling dahsyat sekali ialah Satoru dapat melakukan semua teknik ini dengan mudah.

Kyoshiki Murasaki

Rikugan (Six Eyes) adalah satu lagi teknik jujutsu istimewa yang diturunkan dalam puak Gojo. Hanya ahli sihir yang memahirkan Rikugan sahaja dapat menggunakan potensi penuh Mukagen, tetapi malangnya abiliti ini tidak akan hadir untuk setiap ahli puak Gojo. Dalam 100 tahun terakhir, Satoru adalah satu-satunya ahli yang berjaya menggunakan kedua-dua teknik. Ini juga menjelaskan anggota lain dalam puaknya tidak mempunyai kehandalan yang sama seperti Satoru.

Rikugan

Rikugan memberi visi tanpa had kepada Satoru, di mana dia mampu melihat pada jarak yang jauh dan melalui apa-apa rintangan. Matanya dapat menganalisis semua Jujutsushiki (Curse technique) supaya dia dapat mengkaji cara terbaik untuk menghadapinya. Rikuguan juga membolehkan Satoru untuk menggunakan jumlah minimum Juryoku yang diperlukan untuk mengaktifkan apa-apa tekniknya. Tambah pula dengan simpanan Juryoku-nya yang besar, ini bermaksud ia hampir mustahil untuk musuh melawan Satoru dalam pertarungan jangka panjang.

Muryōkūsho

Satoru menyembunyikan matanya untuk mengelakkan diri daripada menyerap semua maklumat visual di sekeliling. Ketika berhadapan dengan musuh yang lemah, mata Rikugan ini dikaburkan oleh penutup mata tersebut, tetapi Satoru tidak mempunyai masalah kerana sudah mahir bertarung tanpa melihat. Kehandalan dia untuk mengawal Juryoku juga bermaksud Satoru dapat menggunakan Domain Expansion miliknya, Muryōkūsho, sebanyak mungkin. Ia memaksa siapa saja yang terperangkap di dalam untuk menerima jumlah rangsangan yang besar di seluruh deria lantas melemahkan musuh dan buat membuat mereka tidak boleh bergerak. Ahli sihir Jujutsu biasa hanya boleh menggunakan teknik Domain Expansion sekali sehari.

Jutsushiki Junten: Ao

Mukagen dan Rikugan sudah cukup untuk membuatkan Satoru Gojo lebih kuat daripada ahli sihir biasa di Jujutsu Kaisen, tetapi kekuatan fizikalnya yang sangat tinggi juga membolehkan dia untuk bertarung secara jarak dekat dengan mana-mana Noroi (Cursed Spirit) kelas tinggi, dengan pukulan dan tendangan biasa. Dikombinasikan dengan kepakaran taktikal, teknik dan kekuatannya, ini membuktikan Satoru Gojo memang terlampau kuat sebagai ahli sihir jujutsu yang paling handal.

Sumber – Jujutsu Kaisen Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFaktaJujutsu KaisenmangaSatoru GojoTrivia
Previous Post

The Pegasus Dream Tour akan tersedia di seluruh dunia pada 24 Jun ini!

Next Post

Travis Touchdown beraksi! Siri No More Heroes kini tersedia di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Travis Touchdown beraksi! Siri No More Heroes kini tersedia di Steam!

Travis Touchdown beraksi! Siri No More Heroes kini tersedia di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd