Yu-Gi-Oh World Championship 2024 telah tamat secara rasmi, dan menampilkan empat juara baru untuk empat kategori permainan berlainan; “Yu-Gi-Oh Trading Card Game“, “Yu-Gi-Oh Master Duel“, “Yu-Gi-Oh Duel Links (Speed Duel)” dan “Yu-Gi-Oh Duel Links (Rush Duel).”
Walaupun letih, keempat-empat juara tersebut sudi meluangkan masa bersama kami untuk menjawab soalan termasuk berkongsi idea tentang dek kemenangan mereka dan rancangan pada masa depan.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi temu ramah eksklusif kami bersama juara-juara Yu-Gi-Oh World Championship 2024!
Yu-Gi-Oh TRADING CARD GAME — Ruben Penaranda
Berapa tahun anda bermain Yugioh?
Ruben Penaranda: Saya mula bermain sekitar tahun 2011, tetapi bermain on & off sehingga 2016 selepas North American World Championship Qualifier (NAWCQ). Apabila bermula semula, saya bermain secara berterusan sehingga sekarang.
Apakah kad yang paling penting atau berkesan dalam dek kejohanan anda?
Ruben Penaranda: Dalam kejohanan ini, saya rasa Nightmare Pain mungkin MVP. Ia membenarkan saya untuk OTK (One Turn Kill) pihak lawan secara tidak dijangka. Banyak kali, saya rasa mereka tidak bersedia untuk OTK Nightmare Pain, terutamanya dalam perlawanan saya menentang Snake-Eye. Apabila mereka meninggalkan Princess di atas field dengan 2,700 attack point dan biasanya tiga raksasa Yubel, saya boleh menyerang untuk 8,100 damage.
Adakah anda mempunyai apa-apa lagi yang ingin dikongsikan?
Ruben Penaranda: Bagi penonton yang ingin menambah baik kemahoran Yugioh atau berhasrat untuk berjaya ke Nationals atau Worlds, nasihat saya ialah mengelilingi diri anda dengan orang berfikiran sama yang mengambil berat tentang anda, dan bersama rakan yang akan membantu anda ke sana. Anda tidak boleh melakukannya sendirian, tidak kira apa yang orang katakan. Saya percaya ini adalah bukti. Paulie (Juara Yu-Gi-Oh TCG 2023) adalah buktinya pada tahun lepas. Walaupun ia adalah permainan kad individu, ia sangat dipacu oleh pasukan.
Yu-Gi-Oh: Master Duel — Team 7
Bolehkah anda memperkenalkan diri?
Ryan Yu: Hai, nama saya Ryan Yu. Saya dari Kanada. Saya adalah kapten pasukan untuk Team 7. Kami membahagikan tanggungjawab sama rata antara kami bertiga, saya sangat berterima kasih kepada kedua-dua rakan sepasukan saya.
Apakah perubahan terbesar yang anda rasa memberi impak drasik pada tahun ini?
Ryan Yu: Tahun lepas, kami mendapat tempat kedua, tewas kepada pasukan Joshua di peringkat akhir. Kami benar-benar berazam untuk menang kali ini. Kami menghabiskan banyak masa untuk berlatih sejak beberapa bulan lalu, dan sepanjang tahun, kami bermain sebanyak mungkin untuk meningkatkan kemahiran dalam Yu-Gi-Oh! Master Duel. Kami memberikan segalanya pada tahun lepas juga, tetapi pengalaman bermain dalam kejohanan tahun lepas pastinya membantu kami beraksi lebih baik kali ini.
Adakah anda mempunyai sebarang kad yang boleh dicadangkan kepada orang ramai?
Ryan Yu: Jika anda sedang membina dek Master Duel yang kompetitif, 12 kad pertama yang perlu anda miliki ialah tiga salinan Ash Blossom & Joyous Spring, tiga salinan Maxx “C”, dua Called by the Grave, satu Crossout Designator, 2 PSY- Framegear Gamma, dan satu PSY-Frame Driver, kerana keseluruhan meta tumpu pada Maxx “C”.
Apakah perasaan anda ketika memenangi kejohanan?
Ryan Yu: Saya sangat gembira dan tidak percaya ia berlaku.
Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS (SPEED DUEL) — Shelmy
Bolehkah anda memberi pengenalan ringkas tentang diri sendiri?
Sebastian Vilarroel: Nama saya Sebastian Vilarroel dan saya berumur 20 tahun. Saya mula bermain Duel Link ketika masih kecil, ketika ia bermula pada 2017 dan saya sangat menyukai permainan itu.
Adakah ini kali pertama anda menyertai kejohanan?
Sebastian Vilarroel: Saya juga menyertai kejohanan di Tokyo tahun lepas.
Untuk kejohanan ini, apakah watak yang anda rasa penting untuk meta dan benar-benar membantu anda semasa kejohanan?
Sebastian Vilarroel: Bagi saya, dek kegemaran saya ialah Chronomaly, Sky Striker dan Star Seraph.
Adakah anda ingin berkongsi apa-apa dengan kami?
Sebastian Vilarroel: Saya benar-benar mahu berada di sini tahun depan untuk Rush Duel Links kerana sangat menyukai format itu, malah lebih daripada Speed. Ia adalah format kegemaran saya dan mungkin satu hari nanti juga untuk TCG.
Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS (RUSH DUEL) — QuantumCubes
Saya rasa ini kali pertama ada kejohanan rasmi untuk mode Rush. Apa pendapat anda tentangnya?
QuantumCubes: Saya rasa ia cukup menyeronokkan. Saya suka formatnya. Ia mendorong lebih banyak kepelbagaian dek, lebih banyak perlawanan yang berbeza. Jadi, saya suka formatnya.
Apakah kad yang penting untuk anda dalam kejohanan ini?
QuantumCubes: Ya, ada empat watak yang saya percaya semua orang sepatutnya bawa. Ada Yuga dan Machine, Nail dan Yggdrago, Romin dan Psychic, dan saya rasa Roa ialah namanya, dan Royal Rebel. Itulah empat dek terbaik. Watak kelima, boleh jadi apa sahaja. Saya bawa Buster Blader hanya kerana ia mengimbangi semua dek Dragon yang saya percaya orang akan bawa. Ada, macam, tiga orang, saya rasa, yang membawa dek Dragon.
Apa-apa sahaja yang anda ingin beritahu selepas menjadi juara dunia?
QuantumCubes: Main Rush. Ia sangat menyeronokkan.
Maka, tamatlah interview eksklusif kami bersama juara-juara Yu-Gi-Oh! World Championship 2024. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semoga semua orang dapat menemui sukses dalam kejohanan seterusnya!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yu-Gi-Oh World Championship 2023 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post