Setiap bulan pasti ada sahaja game yang akan dilancarkan, tidak kiralah daripada studio besar ataupun indie. Bulan Jun 2022 juga mempunyai barisan game yang menarik yang akan keluar menemui pemain di seluruh dunia. Malah, ada juga yang percuma untuk anda mainkan nanti. Ingin tahu game apa yang akan keluar bulan ini? Jom perkenalkan barisan game yang akan lancar pada bulan Jun 2022.
Mario Strikers: Battle League
Spin-off terbaru untuk francais Mario yang membawa anda ke sebuah perlawanan bola sepak epik memaparkan watak daripada francais. Bermain sehingga 8 pemain secara lokal dan dalam talian malah boleh cipta kelab sendiri! Akan tersedia di platform Nintendo Switch pada 10 Jun.
The Quarry
Percutian musim malam terakhir untuk sekumpulan remaja telah diselubungi oleh misteri The Quarry. Game seram ini boleh dimainkan secara co-op atau berseorangan. Anda juga boleh layannya seperti filem seram dengan mode filem. The Quarry akan tiba di platform PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC pada 10 Jun.
Fall Guys: Ultimate Knockout
Fall Guys: Ultimate Knockout telahpun diumumkan sebagai game percuma untuk dimainkan bermula 21 Jun. Kalau anda sudah memilikinya, terdapat bonus khas yang anda boleh tuntut apabila ia dilancarkan semula. Game ini akan tersedia di PC melalui Epic Games Store, PS5, PS4, Xbox dan Nintendo Switch.
Diablo Immortal
Game terbaru daripada Blizzard untuk peminat Diablo malah tersedia di pelbagai platform seperti Android, iOS dan PC. Siap ada ciri cross-play dan cross-progression untuk pemain. Diablo Immortal akan tersedia di Malaysia pada 22 Jun ini.
Sonic Origins
Versi remastered untuk game Sonic terdahulu, seperti Sonic yang pertama, Sonic CD, Sonic the Hedgehog 2, dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles. Ia juga menampilkan prestasi yang lancar berserta kandungan baru seperti Mission, Museum dan banyak lagi. Sonic Origins akan dilancarkan pada 23 Jun pada platform PS5, PS4, PC, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch.
Fire Emblem Warriors: Three Hopes
Capcom Fighting Collection
Bersiap sedia untuk kisah berbeza dalam alam semesta yang sama seperti Fire Emblem: Three Houses bersama Edelgard, Dimitri, dan Claude. Akan dilancarkan pada 24 Jun di platform Nintendo Switch.
Tidak cukup main satu sahaja fighting game? Jangan risau sebab Capcom akan mengeluarkan koleksi fighting game mereka! Dalam koleksi itu akan memaparkan 10 game, antaranya Darkstalkers, Night Warriors, Vampire Savior 1 & 2 dan banyak lagi. Capcom Fighting Collection ini akan tersedia pada 24 Jun untuk PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.
DNF Duel
Masuk ke gelanggang dan lawanlah sehabis mungkin. Inilah game fighting terbaru daripada Arc System Works. EIGHTING Co. Ltd dan NEOPLE Inc. yang memaparkan watak-watak daripada francais Dungeon dan Fighter! Akan tersedia pada 28 Jun di platform PS5, PS4 dan PC melalui Steam.
MX vs ATV Legends
Perlumbaan offroad datang ke konsol generasi baru dengan lebih banyak pilihan untuk pemain mengukir jalan mereka sendiri menuju kehebatan, termasuk mod Laluan baru yang “membuatkan anda menentang alam semula jadi “. MX vs ATV Legends akan lancar ke PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X|S pada 28 Jun.
Monster Hunter Rise: Sunbreak
Pengembangan terbesar untuk entri terbaru francais, Monster Hunter Rise. Terdapat banyak kandungan baru serta monster baru untuk diburu. Beberapa penambahbaikan juga telah ditambah untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar. Nantikannya pada 30 Jun ini di platform PC melalui Steam dan Nintendo Switch.
Kami akan kembali dengan game yang akan keluar pada bulan Julai pula nanti. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, manga dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post