Permainan menembak AR yang akan menjadi ketagihan iaitu Zombie Shooter2 – Death Hospital bukan sekadar hospital yang berhantu lagi. Terdapat begitu banyak tempat dan sektor untuk diterokai dan perlu bertahan sepanjang permainan.
Hospital yang sangat besar ini bakal menghalang pemain untuk terus bertahan di sepanjang perjalanan tidak kira di dewan atau koridor mahupun tersangkut di dalam bilik mandi yang seakan bilik belajar untuk pelajar-pelajar. Di situlah pemain harus menentang zombi-zombi yang berkeliaran yang sentiasa ada disetiap pelusuk!
Matlamat anda adalah untuk meneroka dan berjuang seperti seorang askar. Bertahan selagi mampu untuk menewaskan zombi-zombi ini. Itulah sebabnya Zombie Shooter2 – Death Hospital adalah permainan yang menyeronokkan. Anda boleh menembak, menikam, menonton dan mendengar tetapi hati-hati zombi mungkin bersembunyi di belakang anda!
Ciri-ciri Permainan:
- Penembak zombie realistik
- Kawal Aim anda menggunakan Sensor Gyro
- Grafik 3D yang menakutkan
- Lebih 10 senjata hebat untuk didapati
- Dapatkan akses ke lebih daripada 19 item yang akan membantu anda
- Simpan 8 Survivors untuk Meningkatkan Statistik anda
Mengenai Zombie Shooter 2 – Death Hospital
Zombie Shooter 2 – Death Hospital merupakan permainan menembak realiti oleh Playpark.Co., Ltd. Dalam permainan ini, anda bermain sebagai watak seorang wartawan yang mesti menyelamatkan diri dari wabak zombie yang mengerikan. Berjuang melawan zombi dan anda kemungkinan dapat mengumpulkan senjata dan barangan untuk membantu anda untuk terus hidup serta menyelamatkan mangsa yang masih terselamat sepanjang perjalanan.
Tak sabar nak bunuh Zombi! Muat turun sekarang di Google Play Store;
Jangan lupa untuk ikuti Facebook rasmi Zombie Shooter2 – Death Hospital.
@gamersantaimy
Discussion about this post