Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JoJo’s Bizarre Adventure: Golden Anthem Dedahkan Trailer Pertama, Pelancaran Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 30, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
JoJo’s Bizarre Adventure: Golden Anthem Dedahkan Trailer Pertama, Pelancaran Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tempoh menunggu yang agak lama, KLab Games akhirnya secara rasmi memperkenalkan game mobile terbaru mereka, “JoJo’s Bizarre Adventure: Golden Anthem“, dengan pelancaran trailer sulungnya.

Trailer ini memberikan gambaran awal mengenai game pertempuran kad strategik berbentuk 3D tersebut, yang disasarkan untuk pelancaran di seluruh dunia, kecuali Jepun, pada suku keempat tahun 2026.

Klip di atas mempamerkan estetika visual permainan, sama seperti yang ada dalam siri anime popular itu. Ia turut menampilkan watak-watak ikonik yang diambil daripada lima musim siri “JoJo’s Bizarre Adventure”.

Para pemain bakal merasai pengalaman combat taktikal secara berpasukan dengan menggunakan model watak 3D di arena-arena yang diilhamkan daripada lokasi-lokasi terkenal dalam anime.

Gameplay akan berpusat pada dua elemen utama, iaitu “Wit” dan “Combat”, yang memberikan penekanan kepada aspek pembuatan keputusan serta pemilihan skil yang pintar.

Muzik tema bagi game ini merupakan hasil ciptaan komposer Yugo Kanno, yang sememangnya dikenali ramai melalui sumbangan beliau dalam siri anime “JoJo’s Bizarre Adventure”.

Proses pembangunan “JoJo’s Bizarre Adventure: Golden Anthem” sedang diuruskan oleh KLab Games, manakala pihak Wanda Cinemas Games akan bertindak sebagai penerbit. Game ini turut dirancang untuk boleh didapati pada kedua-dua platform mobile, iaitu Android dan juga iOS.

Tags: JoJo's Bizarre Adventure: Golden Anthem
ShareTweetSend
Previous Post

Konsol Next-Gen PlayStation & Xbox Mungkin Ditangguh Akibat Krisis Bekalan RAM

Next Post

Senarai Steam “Best of 2025” – Inilah Game-Game Paling Hangat Di Steam Untuk 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Senarai Steam “Best of 2025” – Inilah Game-Game Paling Hangat Di Steam Untuk 2025!

Senarai Steam "Best of 2025" - Inilah Game-Game Paling Hangat Di Steam Untuk 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd