Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Nexus Anima – Ujian Beta Baru Akan Bermula 9 Julai, Boleh Daftar Untuk Uji

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2026
in Adventure, Android, Artikel, Berita, Beta, Creature Collector, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Honkai: Nexus Anima – Ujian Beta Baru Akan Bermula 9 Julai, Boleh Daftar Untuk Uji
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan ujian closed beta terbaharu untuk game adventure strategy creature-collector, Honkai: Nexus Anima. Dikenali sebagai “Evolution Test,” ujian ini akan bermula pada 9 Julai 2026 bagi PC, iOS dan Android.

Pemain yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi game tersebut bermula hari ini, dengan tarikh pendaftaran ditutup pada 3 Julai 2026.

Sebagai judul terbaharu dalam dunia Honkai, Honkai: Nexus Anima menggabungkan penerokaan open-world dengan mekanik mengumpul makhluk.

Kisah latar berpusat pada “Nexus”: iaitu ikatan yang menghubungkan konsep-konsep bertentangan seperti Cahaya dan Kegelapan, Realiti dan Ilusi, serta Kasih Sayang dan Kebencian. Selepas satu malapetaka besar yang dipanggil “the Sundering” memusnahkan ikatan tersebut, sisa tenaganya telah bertaburan di seluruh alam semesta lalu menjelma sebagai makhluk fizikal yang dikenali sebagai Anima.

Di dalam game, pemain akan menggalas peranan sebagai seorang pengembara rentas dimensi yang baru sahaja melarikan diri daripada kurungan. Memulakan perjalanan dari sebuah pekan di Reality Plane bernama Iia, pemain perlu meneroka overworld, menjalin hubungan dengan pelbagai Anima, serta menggunakan keunikan kuasa elemen untuk menyelesaikan teka-teki persekitaran dan memenangi “Nexus Battles”.

Apa yang Baharu dalam “Evolution Test”?

Mengambil kira maklum balas daripada fasa beta dahulu, “Evolution Test” kali ini bakal membawakan pelbagai penambahbaikan ke Honkai: Nexus Anima, termasuk kawasan eksplorasi yang lebih luas, mekanik yang diperbaiki, serta kandungan jalan cerita baharu:

  • Kawasan Permulaan yang Lebih Luas: Pekan Iia membuka lebih banyak kawasan untuk diterokai, seperti daerah “New Quarter”, pusat komersial, dan pelbagai mercu tanda seni bina unik. Selain itu, pemain boleh melawat lokasi penting seperti Nexus Hall dan True Nexus Building untuk berinteraksi dengan puak-puak utama yang mencorakkan dunia ini.
  • Teman dan Sekutu Baharu: Sepanjang perjalanan, pemain akan bertemu dengan watak-watak baharu seperti Nanafey, Bai Mei, dan Olympia yang akan bersama-sama membantu membongkarkan rahsia masa lalu pengembara yang sekian lama misteri.
  • Evolusi Anima: Sistem evolusi dalam game akan mula diperkenalkan dalam ujian ini. Apabila hubungan antara pemain dan Anima semakin erat, makhluk-makhluk ini akan mengalami perubahan rupa fizikal dan menjadi lebih kuat untuk melindungi ikatan yang telah dibina.
  • Interaksi yang Lebih Peribadi: Untuk membuat setiap pengembaraan terasa lebih dekat di hati, pemain boleh menamakan Anima pilihan mereka dan mengabadikan kenangan bersama menggunakan sistem foto di dalam game.
  • Anima “Chromatic” yang Rare: Semasa meneroka, pemain yang bernasib baik mungkin akan terserempak dengan variasi Anima “Chromatic” yang sangat rare. Ini membolehkan pemain mengumpul rakan kembara dengan palet warna unik ke dalam roster.
Tags: BETAHonkai: Nexus Anima
ShareTweetSend
Previous Post

Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist
Berita

Jangan Lepas Peluang, Persona 6 Kini Sedia Untuk Wishlist

June 22, 2026
Witchspire – Game Magic Co-Op Open-World Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang
PC

Witchspire – Game Magic Co-Op Open-World Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

June 22, 2026
Borderlands 4 – Update Ver. 1.8 Akan Tiba 25 Jun Bersama Bounty Pack 3 & Raid Hadron Abyss
DLC

Borderlands 4 – Update Ver. 1.8 Akan Tiba 25 Jun Bersama Bounty Pack 3 & Raid Hadron Abyss

June 22, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd