Pemain Apex Legends mempunyai beberapa masalah dengan game Battle Royale daripada Respawn Entertainment ini, terutamanya dengan acara Iron Crown yang sedang berlangsung saat ini. Apabila developer daripada Respawn memutuskan ke Reddit untuk cuba memohon maaf bagi kontroversi item kosmetik, pelbagai perkara-perkara buruk berlaku. Walaupun peminat sudah kecewa dengan Respawn atas segala-galanya, para developer itu sendiri mula menyerang dengan penghinaan mereka sendiri, yang mengakibatkan peminat menjadi lebih marah.
Apa yang memulakan semua ini adalah ketibaan acara Iron Crown yang membawa pelbagai skin baru, tetapi satu-satunya cara pemain dapat memperolehnya adalah melalui sistem loot box yang menjengkelkan dan mahal. Sememangnya, peminat haruslah mengadu, termasuk perasaan mereka kepada developer.
Berikutan aduan itu, Respawn mengumumkan bahawa mereka akan mengubah kosmetik Iron Crown, dan membolehkan pemain membeli secara langsung dengan wang in-game. Respawn juga meminta maaf pada masa yang sama.. Selepas peminat masih meluahkan kemarahan mereka, beberapa developer memutuskan bahawa tindak balas yang terbaik adalah untuk melemparkan kutukan kepada peminat mereka sendiri. Antara komen yang boleh dibaca di Reddit di bawah:
Tidak perlu kata banyak, situasi ini tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan, dan pasti pemain Apex Legends tidak begitu gembira dengan sesetengah developer di Respawn. Selain itu, Apex Legends boleh dimuat turun di PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Sumber – Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post