Kami mendapat keyboard Razer BlackWidow yang direka semula pada awal tahun 2019, dan kini ia giliran headset Kraken pula. Di samping Kraken baru, muncul lah Kraken X, alternatif yang lebih murah. Paling penting sekali, adakah ia boleh masuk senarai headset gaming terbaik? Walaupun ia tidak sempurna seperti lain, produk baru ini pasti layak untuk nama Kraken.
Rekaan Klasik Selesa!
Kraken X memegang kepada reka bentuk Kraken klasik walaupun ia berubah beberapa bahagian lain. Tidak seperti twin bar yang menyambungkan headrest dan badan sebagai pendahulunya, versi ini memberikan ilusi gelung yang berterusan. Selain kusyen bantal di bahagian atas, headrest ini sepenuhnya diperbuat daripada plastik. Kesan jejaring unik dan kulit earcup yang comel telah masih kekal.
7.1 Virtual Surround tetapi Ringan!
Walaupun berada di skala harga RM209, Kraken X menawarkan beberapa ciri yang menarik. Pada berat hanya 250g, ia sangat ringan dan memberikan “rasa yang hampir tidak wujud di kepala anda”. Kraken X disertai dengan memory-foam cushioning dan eyewear channel, positional audio, kawalan audio, dan mikrofon yang fleksibel tetapi dipasang secara kekal. Siap dilengkapi dengan 7.1 virtual surround-sound yang boleh dimuat turun apabila korang menggunakan headset ini di PC. Korang hanya perlu hidupkan app desktop tersebut dan enjoy saja.
Prestasi Kemas dengan Audio yang Kuat!
Seperti setiap model Razer, Kraken X tidak mengecewakan. Ia mengimbangi paras audio yang tajam dan tinggi dengan rendah dan bass, dan positional sound-nya juga sangat bagus. Sangat mudah untuk bermain dengan volume dan mengaktifkan butang Mute melalui on-board control.
Walau bagaimanapun, ia sangat selesa. Sangat-sangat selesa! Saya boleh duduk dengan headset ini selama berjam-jam, dan pasti korang pun mahu jika menggunakan Kraken X di PC. Aplikasi 7.1 virtual surround sound pasti mengubah pengalaman untuk lebih baik. Di samping audio yang lebih kaya dan kedalaman audio yang lebih bagus, surround sound kini lebih halus dan imersif. Saya hanya berharap headset ini juga tersedia untuk konsol.
Kesimpulan!
Adakah Kraken X berbaloi? Secara umumnya, ya – terutamanya jika anda menggunakannya di PC. Walaupun ada yang berpendapat untuk menyimpan duit bagi beli Kraken Tournament Edition yang lebih unggul, Kraken X masih merupakan salah satu headset gaming PC terbaik yang kami terima. Banyak yang korang akan suka di sini, dan sebuah kualiti terjamin yang korang tidak akan jumpa dalam headset gaming lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post