Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Relaks bersama Velvet Crème Porring Latte – kopi edisi terhad HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee & Ragnarok Origin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2023
in Android, Artikel, Berita, MMORPG, Mobile, Tempatan
0 0
0
Relaks bersama Velvet Crème Porring Latte – kopi edisi terhad HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee & Ragnarok Origin
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, platform HUAWEI AppGallery, francais kafe ZUS Coffee, dan game mobile Ragnarok Origin (ROO) mengumumkan bahawa ketiga-tiga pihak akan berkolaborasi untuk melancarkan minuman edisi terhad, Velvet Crème Poring Latté. Minuman istimewa ini diilhamkan dan direka oleh ketiga-tiga pihak, dengan tujuan untuk menggabungkan elemen gaming, minuman kopi dan inovasi teknologi.

Kredit: Zus Coffee

Sesiapa yang berminat dengan Velvet Crème Poring Latté, boleh cuba secepat mungkin kerana minuman ini hanya akan tersedia hingga 31 Julai 2023. Sebagai bonus, pelanggan yang membeli Velvet Crème Poring Latté juga akan menerima pelbagai manfaat eksklusif yang akan meningkatkan keseronokan sepenuhnya.

Selain pengalaman Poring Latté, kempen ini memberikan peluang khas untuk pembelian in-app dan ganjaran spesial di HUAWEI AppGallery. Pemain Ragnarok Origin dijemput untuk memuat turun game daripada AppGallery dan mendapat ganjaran-ganjaran unik termasuk:

  • Pek hadiah dalam game istimewa untuk perbelanjaan RM500 dan ke atas
  • Tumbler “Original Love” edisi terhad untuk perbelanjaan total RM1,000 dan ke atas, hanya untuk eWallet.
  • Kempen ini turut akan dijalankan bermula sekarang hingga 31 Julai 2023 dan tertakluk kepada terma dan syarat. Tekan SINI untuk maklumat lanjut
Kredit: HUAWEI AppGallery

Bagi mereka yang tidak tahu, Ragnarok Origin merupakan antara MMORPG paling popular di seluruh dunia dan memiliki legasi selama dua dekad dalam industri gaming. Ia menyediakan kisah penuh nostalgia, dan membolehkan pemain mengalami pengembaraan luar biasa bersama watak kesayangan sambil mengasah kemahiran di medan pertempuran. Dengan peta visual dan kepulangan sistem kelas pekerjaan, pemain boleh mengasyikkan diri sepenuhnya dalam dunia ROO yang unik.

Jika berminat, muat turun Ragnarok Origin melalui AppGallery di SINI!

Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Wilayah APAC Huawei berkata;

“Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan ZUS Coffee dan Ragnarok Origin dalam kempen ini. Pelancaran Velvet Creme Poring Latte dan peluang untuk pengguna memuat turun Ragnarok Origin daripada AppGallery melambangkan komitmen kami untuk menyepadukan teknologi dan gaya hidup. Bersama, kami mencipta pengalaman unik yang menggabungkan yang terbaik daripada kopi dan gaming untuk dinikmati oleh pengguna.”

Terence Ho, Pengasas Bersama ZUS Coffee menambah:

“Kami telah mencipta Velvet Crème Poring Latte sebagai penghormatan kepada kegembiraan, pengembaraan dan emosi yang ditimbulkan oleh gaming. Kami percaya bahawa minuman ini akan menjadi bahagian yang menyeronokkan bagi pemain Ragnarok Origin.”

Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub pula berkata:

“Velvet Crème Poring Latte, diilhamkan oleh Poring, raksasa comel ikonik di Ragnarok Origin, membolehkan komuniti gaming kami mengalami dunia fantasi dalam ruang yang berbeza, dan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Ini juga merupakan peluang untuk pemain lain untuk menemui dunia Ragnarok Origin, membawa pesona nostalgia daripada game kepada khalayak yang lebih luas. Sertai kami dalam menerokai kepelbagaian dunia Ragnarok Origin yang menakjubkan secara visual, kini tersedia di AppGallery.”


Jika berminat, jangan lupa untuk dapatkan minuman Velvet Crème Porring Latte dan sertai aktiviti Ragnarok Origins di HUAWEI AppGallery!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HUAWEI App GalleryRagnarok OriginVelvet Crème Porring LatteZUS Coffee
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Four Knights of the Apocalypse akan tiba Oktober 2023, merupakan sekuel Seven Deadly Sins

Next Post

Interview MTG Lord Of The Rings: Tales of Middle-Earth – Cabaran menangkap visual fantasi ikonik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Interview MTG Lord Of The Rings: Tales of Middle-Earth – Cabaran menangkap visual fantasi ikonik

Interview MTG Lord Of The Rings: Tales of Middle-Earth - Cabaran menangkap visual fantasi ikonik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd