Ada banyak siri fantasi yang melekat dalam imaginasi semua orang tetapi salah satu yang paling popular adalah francais Lord of the Rings karya J. R. R. Tolkien. Sejak diperkenalkan, kisah epik fantasi ini telah menangkap perhatian semua orang selama beberapa dekad, di mana masing-masing boleh membayangkan rupa Middle-Earth, alam di mana berlakunya cerita Lord of the Rings.
Namun bagi Ovidio Cartagena, tugas yang lebih berat menantinya. Sebagai Pengarah Seni Utama untuk Magic: The Gathering (MTG) – Tales Of Middle-Earth, dia harus membantu semua artis menghasilkan visi artistik mereka di beratus-ratus kad – yang terdiri daripada watak ikonik seperti Saruman hingga ke Hobbit yang paling pelik.
Bagi siri yang mempopularkan semula makhluk-makhluk aneh seperti Orc dan Goblin, tugas Ovidio adalah untuk memastikan reka bentuk watak-watak ini disampaikan sambil mengekalkan elemen unik MTG. Bagaimanakah proses di sebalik tabir? Teruskan baca interview ini.
Walaupun ramai orang membayangkan dunia LOTR berdasarkan siri filem oleh Peter Jackson, tidak ramai yang mengingati filem animasi dari tahun 1978. Adakah pasukan menggunakan sebarang contoh daripada filem ini untuk seni visual kad?
Ovidio Cartagena: Sebelum mengarahkan seni set ini, saya melihat semua gambaran masa lalu yang boleh ditemui untuk mengkaji setiap gaya. Saya tidak merujuk filem animasi untuk seni konsep, tetapi gembira untuk dapat tahu bahawa Secret Lair akan menampilkan seni daripada filem tersebut.
Pasukan seni telah menghasilkan karya kontroversi di mana Balrog tidak memiliki sayap. Adakah anda sedar tentang kontroversi dalam komuniti tentang hal ini?
Ovidio Cartagena: Sudah tentu! Bermula 20 tahun yang lalu, saya anggap ia sangat kontroversi untuk memberikan sayap kepada Balrog. Oleh itu, saya dan ahli pasukan lain, kami semua sedar tentang hal Balrog dan sudah tentu, kami membuat keputusan untuk menghasilkan Balrog yang tidak boleh terbang – yang dicerminkan pada reka bentuk watak dan pada reka bentuk kad.
Salah satu ciri unik tentang set MTG Lord of the Rings ialah kad seni jenis “extended”, yang menggabungkan pelbagai kad bersama untuk membentuk satu adegan yang besar. Apa yang anda boleh jelaskan tentang seni ini?
Ovidio Cartagena: Ini adalah salah satu usaha paling epik pernah kami lakukan. Seni untuk adegan ini amat kompleks dari setiap sudut. Kami juga memberikan banyak kebebasan kreatif kepada artis untuk menjadikan adegan itu lagi cantik. Terdapat banyak pemikiran seperti lukisan pada setiap kad, dan saya sangat gembira dengan keputusan keseluruhan. Kami mempunyai antara imej paling hebat pernah ada untuk Magic, dan adegan ini menolak limitasi dalam seni kad.
Berbeza daripada kebanyakan set yang mempunyai arah seni lebih bervariasi, set LOTR cukup komited dengan estetik lukisan minyak. Adakah ada sebab tertentu untuknya?
Ovidio Cartagena: Semua lukisan yang dibuat untuk The Lord of the Rings: Tales of Middle Earth adalah digital. Tetapi kesombongan saya dari awal set adalah untuk berfikir seolah-olah seni kad adalah lukisan sejarah yang dihasilkan selepas berakhirnya Perang Cincin, bagi memperingati peristiwa dan watak di dalamnya. Saya mahu set itu kelihatan klasik dan bersejarah dalam gaya rendering, dengan banyak rupa baharu pada watak dan reka bentuk persekitaran.
Mana-mana peminat Lord of the Rings pasti akan mengenali Sauron. Bolehkah anda bercakap tentang rupa Dark Lord tersebut dalam set ini?
Ovidio Cartagena: Dalam set kami, Sauron muncul dalam cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Reka bentuk watak itu dibuat oleh Tyler Jacobson, seseorang yang sangat mengenali Magic:The Gathering dan juga The Lord of the Rings. Seni kad yang mengagumkan oleh Kieran Yanner, Alex Brock, Yongjae Choi, Yigit Koroglu dan Anato Finnstark pula memberi kita gambaran bahawa Sauron ialah Dark Wizard, entiti berkuasa yang jauh lebih kuat daripada askar jahat. Ketakutan yang diilhamkan oleh dan ketakutan yang dibawah olehnya amat jelas dalam setiap seni.
Saya sangat suka seni cincin alternatif yang menunjukkan watak-watak melalui detik-detik suram. Adakah ada satu yang menjadi kegemaran anda?
Ovidio Cartagena: Sukar untuk saya memilih kegemaran! Semua artis yang bekerja untuk set ini memberikan segalanya, dan saya kagum melihat seni itu dihasilkan. Sorotan daripada kumpulan ini ialah Tom Bombadil oleh Marko Manev, di mana seni itu menggambarkan Bombadil sebagai subjek yang sukar difahamkan, walaupun oleh cincin itu sendiri.
Apakah seni kegemaran anda untuk set ini?
Ovidio Cartagena: Terdapat banyak seni yang saya kagum dengan set ini – beratus! Arwen, Mortal Queen oleh Miranda Meeks adalah lukisan yang hebat. Valera Lutfullina mencipta seni Shadowfax, dan karya itu menakjubkan! Magali Villeneuve dan Ekaterina Burmak mencipta begitu banyak seni yang cantik, dan mereka penting untuk rupa dan rasa hebat set itu.
Karya yang gelap murung tetapi tidak disangka rumit ialah Horn of Gondor oleh Yigit Koroglu. Ia adalah karya lukisan, tetapi di tangan Yigit ia lebih daripada itu. Ia mengisahkan tragedi Boromir dan menggambarkan detik-detik terakhir hidupnya dalam penyesalan, namun bermaruah.
Irvin Rodriguez juga menyumbang sejumlah karya menakjubkan untuk set ini. Seninya untuk Andúril, Flame of the West sangat cantik! Dia mempunyai estetika klasik yang saya sangat suka. Terdapat sejenis tenebrisme Baroque yang dilakukan dengan baik dalam karyanya.
Akhir sekali, seni Marie Magny untuk Goldberry sangat hebat. Sebuah karya seni mengagumkan yang mengimbangi antara tenang, cantik dan kuat. Terdapat begitu banyak karya menakjubkan dalam set ini, saya harap peminat dapat melihat karya ini dengan teliti dan menikmatinya di luar permainan.
Semua pasukan seni bekerja keras untuk menjadikan set ini kelihatan cantik. Melihat pasukan merealisasikan visi Lord of the Rings ini adalah satu keistimewaan, dan pencapaian yang saya hargai dan simpan dekat di hati saya.
Peminat Middle-Earth dan Magic: The Gathering tidak perlu menunggu lagi kerana set Lord of The Rings: Tales Of Middle-Earth tersedia sekarang! Untuk membaca segala berita kami tentang set MTG ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post