Kejutan buat pemain mobile! Nampaknya game AAA akan boleh dimainkan pada mobile tidak lama lagi dimulakan dengan phone terbaru Apple, iPhone 15 Pro! Diumumkan semasa Apple Event, game AAA seperti Resident Evil Village, Resident Evil 4 Remake, Death Stranding dan game baharu Assassin’s Creed Mirage akan dapat dimainkan melalui iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Dengan hadirnya cip baharu A17 Pro, ia membolehkan game AAA yang disenaraikan untuk dimainkan pada mobile. Ia mempunyai hardware-accelerated ray tracing yang empat kali lebih pantas daripada software-based ray tracing. Ini akan menawarkan grafik yang lebih lancar, serta aplikasi AR dan pengalaman gaming yang lebih menyeronokkan. Peranti baharu ini akan membawa game konsol seperti Resident Evil Village, Resident Evil 4, Death Stranding, dan Assassin’s Creed Mirage ke mobile buat kali pertama!

Game Resident Evil 4 Remake, Resident Evil Village dan Death Stranding dijadualkan untuk hadir ke peranti itu pada tahun 2023. Manakala Assassin’s Creed Mirage pula akan dilancarkan pada awal 2024.
Melihat teknologi baharu oleh Apple ini, tidak mustahil jenama-jenama smartphone lain akan mengikut jejak langkah Apple selepas ini. Mungkin lebih banyak phone yang akan membolehkan kita bermain game konsol pada mobile. Tidak sabar untuk melihat industri game mobile selepas ini.

Adakah anda akan membeli iPhone 15 Pro untuk bermain game ini nanti? Tinggalkan komen anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post