Atlus, yang terkenal dengan siri RPG hebat seperti Persona dan Shin Megami Tensei, bersedia untuk melancarkan IP utama baharu yang pertama selepas lebih sedekad dengan Metaphor: ReFantazio. Kami berpeluang untuk mengadakan temu bual 1v1 dengan Naoto Hiraoka, Senior Managing Director dan Executive Producer di ATLUS Co., Ltd., di PGDX 2024 untuk membincangkan projek baharu yang menarik ini, pertumbuhan syarikat, perkongsian dengan SEGA , dan rancangan pada masa depan.
RPG Baharu dan Tiang Baharu Atlus
Metaphor: ReFantazio menandakan pencapaian penting untuk Atlus, menjadi IP utama baharu syarikat yang pertama sejak ‘Catherine’ pada 2011. Apabila ditanya mengenai keputusan untuk mencipta IP baharu, Hiraoka menjelaskan, “Atlus sentiasa dikenali untuk RPG, tetapi kami mahu mencuba genre RPG fantasi untuk masa yang lama.”
Hiraoka menghuraikan bahawa masa untuk IP baharu ini nampak tepat, “Selepas penerimaan Persona 5, ia adalah masa yang sesuai untuk mengejar RPG ini. Jadi, sekarang ini, inilah sebab utama untuk membangunkan dan mengeluarkan Metaphor: ReFantazio.”
Metaphor: ReFantazio sedang dibangunkan oleh Studio Zero, sebuah pasukan yang baru ditubuhkan dalam Atlus. “Memandangkan Metaphor ialah IP baharu dan cabaran baharu, kami merasakan perlu ada studio baharu yang menyahut cabaran ini,” kata Hiraoka.
Beliau menambah bahawa ramai ahli pasukan datang daripada pasukan pembangunan Persona, yang membawa kepakaran mereka kepada usaha baharu ini.
Ke hadapan, Hiraoka melihat Metaphor: ReFantazio sebagai tiang baharu penuh berpotensi untuk Atlus, di samping siri Persona dan Shin Megami Tensei. “Kami mencipta Metaphor dengan semua sumber kami dan memikirkan ini sebagai salah satu karya hebat kami,” katanya.
Penerimaan Metaphor: ReFantazio dan Maklum Balas Pengguna
Atlus mengadakan ATLUS FES mereka di mana mereka mengeluarkan versi playtest untuk game tersebut. Hiraoka memberikan butiran tentang maklum balas pemain baru-baru ini dan berkata bahawa maklum balas amat positif, di mana semua pemain yang menguji game menilainya sebagai sangat menarik.
Hiraoka berkongsi bahawa respons daripada pengguna tentang Metaphor: ReFantazio sangat positif setakat ini. “Sudah tentu, kami mendapat maklum balas daripada pengguna, kami mengeluarkan trailer pada awal tahun ini, dan telah menerima pujian yang tinggi untuk BGM, UI dan jalan cerita.”
Satu aspek tentang Metaphor: ReFantazio yang mendapat pujian tertentu ialah sistem pertempuran.
Hiraoka menjelaskan bahawa pemain telah bertindak balas dengan sangat positif kepada sistem pertempuran yang menggabungkan kedua-dua aksi fast-paced dan kedalaman strategik, membolehkan pemain mengalahkan musuh yang lebih lemah secara langsung di atas medan sambil terlibat dalam pertempuran berbentuk arahan untuk musuh yang lebih sukar.
Hiraoka juga menyebut usaha berterusan mereka untuk mempamerkan game itu. Beliau menyatakan bahawa pada awal bulan Julai, mereka telah menganjurkan Metaphor World Tour, di mana stesen demo disediakan bersama perbincangan panel dengan pemaju.
Acara ini, bersama dengan yang lain, membentuk sebahagian daripada strategi mereka untuk membina jangkaan dan mengumpul maklum balas bagi game ini.
Cabaran dan Pengembangan Keluaran Global
Atlus telah mengamalkan keluaran global serentak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, strategi yang mereka teruskan dengan Metaphor: ReFantazio.
Hiraoka menyatakan bahawa walaupun maklum balas daripada pengguna terhadap keluaran global serentak adalah sangat positif, penyelarasan antara rantau yang berbeza untuk pemasaran dan promosi memberikan cabaran yang signifikan untuk Atlus.
Mengenai pengembangan ke Asia Tenggara, Hiraoka menyatakan, “Tiada negara tertentu yang kami sasarkan untuk ditembusi. Tetapi kami sudah tentu melihat perkembangan industri atau pasaran di Asia. Dan sudah tentu, kami juga merasakan semangat daripada pangkalan pemain di sana.”
Hiraoka menghuraikan bahawa pendekatan Atlus di Asia Tenggara berbeza mengikut negara disebabkan tahap kesedaran yang berbeza, itulah sebabnya mereka telah menghadiri acara di pelbagai negara, termasuk Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia, dan bukannya memfokuskan pada satu pasaran.
Hiraoka menjelaskan rancangan Atlus untuk jelajah dunia, dengan menyebut bahawa selepas berhenti di Filipina, mereka berhasrat untuk melawat Thailand, Indonesia dan negara lain sebagai sebahagian daripada usaha promosi mereka.
Pertumbuhan dan Masa Depan Atlus
Walaupun ada pelbagai kes pemberhentian dalam industri faming baru-baru ini, Atlus berjaya membendung isu ini dan berjaya, malah menaikkan gaji tahunan kakitangan sebanyak 15%. Apabila membincangkan pencapaian ini, Hiraoka mengaitkannya dengan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan pemain.
Beliau menekankan bahawa tumpuan mereka sentiasa kepada mencipta produk berkualiti tinggi, dengan kepuasan pemain menjadi keutamaan. Pendekatan ini, katanya, kekal berterusan sepanjang cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik.
Tentang pendekatan Atlus untuk meningkatkan kualiti game, Hiraoka menyerlahkan langkah penting yang telah dilakukan oleh syarikat. Beliau menegaskan bahawa projek baru-baru ini, seperti Persona 5 Tactica, dibangunkan menggunakan Unity, mempamerkan fleksibiliti studio dengan alat pembangunan yang berbeza.
Dia juga menekankan kepentingan strategi IP mereka: “Ia bukan hanya game, tetapi sudah tentu, ia adalah aplikasi media berbilang guna dan campuran.”
Hiraoka menekankan kepentingan strategi IP Atlus, yang menjangkau lebih daripada sekadar mencipta game untuk memasukkan aplikasi media berbilang guna dan campuran.
Dia menggambarkan pendekatan berbilang guna dengan Persona 5 sebagai contoh, menunjukkan perkembangan francais ke genre yang berbeza dengan keluaran seperti Persona 5 Strikers (RPG aksi) dan Persona 5 Tactica (game strategi).
Beliau berkata bukan sahaja game RPG utama, tetapi potensi IP yang lebih luas boleh menarik peminat genre lain.
Dan apabila membincangkan media campuran, Hiraoka berkata ingin mengembangkan IP melangkaui game. Ini termasuk meneroka bidang lain seperti animasi, manga, siri aksi langsung atau filem. Mereka berhasrat untuk mengembangkan dunia yang mereka cipta, dan pengembangan ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan mereka.
Hiraoka turut berkongsi pendapat beliau mengenai perkongsian selama sedekad syarikat dengan SEGA. Sudah 11 tahun sejak Atlus menjadi sebahagian daripada keluarga SEGA, dan menurut Hiraoka, pengalaman itu sangat bermanfaat.
Hiraoka menyatakan bahawa Atlus telah memanfaatkan kepakaran lokalisasi yang dibangunkan selama ini dengan berkesan untuk memasuki pasaran Barat. Sega telah menyediakan pengetahuan penting dalam bidang seperti platform Steam dan PC, serta strategi pemasaran di Amerika, Asia dan Eropah.
Mesej Kepada Peminat
Hiraoko berkata bahawa ini adalah kali pertamanya di PGDX, dan seperti yang disebut di atas pentas, beliau amat terharu dengan semangat peminat. Beliau pulang dengan emosi yang kuat, berasa sangat teruja dan bersemangat serta berharap peminat akan terus menyokong Atlus, sambil berharap pengalaman masa depan pun sama bermakna seperti ini.
Sebagai penutup, Hiraoka menyampaikan kepada peminat Atlus bahawa mereka mendedikasikan sepenuhnya sumber mereka untuk mencipta Metaphor: ReFantazio sebagai karya penting. Beliau juga menyebut bahawa, sempena sambutan ulang tahun ke-35 jenama Atlus, mereka berharap peminat akan menikmati dan menantikan game itu.
Hiraoka menekankan barisan menarik yang dimiliki Atlus untuk peminat tahun ini: “Tahun ini kami telah mengeluarkan Persona 3 Reload pada bulan Februari. Atlus dan Vanillaware mengeluarkan karya kolaborasi kami, “Unicorn Overlord” pada bulan Mac. Vengeance pada Jun lalu, dan sudah tentu Oktober adalah Metaphor.”
Bagi mereka yang berminat, Metaphor: ReFantazio akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 11 Oktober. Pre-order turut tersedia sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post