Bersama-sama dengan keluaran Update 10.1 untuk World of Warcraft: Dragonflight, kami sekali lagi berpeluang untuk menemu bual dengan Blizzard bagi membincangkan pelbagai kandungan dan perubahan baharu.
Dua individu yang ditemu bual ialah Game Director Ion Hazzikostas dan Lead Quest Designer Josh Augustine yang memberikan yang lebih mendalam tentang perkara yang boleh diharapkan oleh peminat daripada update baharu, termasuk perubahan lain yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan baca interview ini!
Salah satu perubahan dalam Dragonflight ialah cara pemain maju mengikut playstyle sendiri. Bolehkah kita menjangka reka bentuk yang serupa untuk update baharu pada masa hadapan?
Ion Hazzikostas: Sudah tentu. Ini adalah sesuatu yang kami lakukan secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami menyedari bahawa kami perlu mendengar dengan lebih jelas untuk cara-cara pemain mahu bermain game itu, dan cara mereka melihat pengalaman itu sebagai satu watak berbanding satu koleksi.
Sejak membina sistem Dragonflight, kami cuba mengekalkan perkara untuk menghormati masa pemain. Kami juga fikirkan tentang aktiviti mana untuk diulangi pada watak lain dan memberikan perkembangan yang memuaskan dan pengalaman baharu, berbanding aktiviti yang harus anda elakkan.

Season ini mempunyai sistem group looting. Adakah ada kemungkinan Blizzard akan memperkenalkan sistem looting peribadi?
Ion Hazzikostas: Ini bukan sesuatu yang kami rancang untuk lakukan. Hakikatnya untuk PUG (kumpulan pemain rawak yang dikumpulkan bersama), loot peribadi mempunyai beberapa kelebihan – itu tidak begitu mengejutkan. Pada masa yang sama, group looting adalah sesuatu yang kami mahu kembalikan, kerana sifatnya yang unik. Kami anggap loot peribadi masih sesuai untuk majoriti masa dalam game, terutamanya untuk apa sahaja yang anda lakukan secara solo.
Apabila bercakap tentang group raid, ia mencerminkan usaha kumpulan dalam PUG, lagi-lagi tempoh masa yang bermakna semasa anda bermain melalui raid bersama-sama. Kesan lain ialah ia menggalakkan komposisi kelas yang pelbagai, yang merupakan salah satu matlamat kami untuk membantu komuniti dan membantu orang ramai mencari kumpulan.
Saya rasa ia lebih mencerminkan komuniti pemain keseluruhan dan membantu mencipta lebih banyak peluang, untuk kelas yang mungkin tidak dapat dilihat, atau spesifikasi yang mungkin tidak dilihat, untuk mencari laluan mereka ke dalam persekitaran PUG ini. Kami dengar ada kebimbangan tentang potensi RNG, dan ini adalah sesuatu yang kami mahu perbaiki dan usahakan untuk menjadikan pengalaman itu lebih baik.
Ada sesuatu yang menggembirakan tentang momen-momen ini apabila anda membunuh bos raid dan memikirkan cara untuk memperuntukkannya. Berbanding sebelum ini, ada 20 orang dalam raid, anda membunuh bos, 15 klik pada bos dan mereka mendapat emas dan semuanya habis. Ini bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Andai kita boleh memperbaiki kelemahan itu, itulah yang kita lihat dalam Dragonflight pada mulanya.

Kami juga ingin membincangkan tentang slot gear Onyx Annulate yang mengingatkan orang ramai tentang item “power pinjaman” pada masa lalu, contohnya seperti senjata Legion. Bagi update 10.1, adakah ia akan ada rombakan baru?
Ion Hazzikostas: Tidak. “Borrowed power” ialah istilah yang digunakan untuk perkembangan selari, tier atau sistem yang meliputi expansion di mana anda telah selesai mengumpulkan pengalaman, telah mencapai level maksimum, mempunyai laluan kemajuan alternatif di mana anda akan memperoleh artifak XP, meningkatkan level Heart of Azeroth atau apa sahaja.
Ia bertujuan untuk menjadi sebahagian daripada expansion dan kemudian ditinggalkan. Dalam erti kata paling literal, semua item adalah kuasa yang dipinjam. Anda menggunakannya untuk seketika, anda akan menggantikannya, itulah sifat item.
Akhirnya, perkara yang kami cuba lakukan dalam 10.0.7 ialah mencipta item menarik yang mempunyai perkembangan sendiri sebagai sebahagian daripada Zskera Vault. Ia ditala dengan baik untuk menjadi sangat kuat di beberapa spesifikasi, sesuatu yang akan dibawa oleh pemain ke Season 2.
Mereka akan menggunakan dan manfaatnya. Sesetengah akan menggantinya, yang lain mungkin ketika akhir musim. Akhirnya, akan ada cincin yang lebih baik pada masa hadapan untuk semua orang dan ia hadiah bagus yang terikat dengan update kandungan pada akhir season ini.

Beberapa item telah menjadi sangat rare sehingga susah untuk diperoleh sebagai drop. Adakah pemaju akan memudahkan kita untuk mendapatkannya nanti?
Ion Hazzikostas: Saya rasa drop rate adalah sesuatu yang pasti kita boleh laraskan. Secara definisi, kami memanggilnya barang rare. Ini bermakna item ini adalah rare, dan jatuh pada kadar yang konsisten. Pengalaman setiap orang berbeza dan pemain mungkin tidak pernah melihatnya. Pemain lain mungkin pernah melihat ia jatuh berturut-turut dalam PUG berbeza.
Sebahagian daripada matlamat adalah untuk memastikan ada beberapa ganjaran yang menarik, jenis-jenis yang anda harap dapat dilihat apabila mengklik pada mayat. Seperti kembali ke Molten Core dan berharap daoat drop Ragnaros, Binding of the Wind Seeker atau apa sahaja. Begitu banyak loot sekarang, sebahagian besarnya mempunyai jalan jelas untuk mendapatkannya. Terdapat lebih banyak cara untuk mendapatkannya, kedua-duanya melalui Mythic+, melalui raiding, dan membuat item tertentu.
Perkara yang perlu kita ambil berat ialah memastikan drop rare ini tidak terlalu memberi kesan. Kami mahu ia menjadi lebih baik, tetapi apabila ia jadi seperti kes Raszageth Bow (semasa season pertama) atau tongkat Evoker, ia mula berasa teruk. Ia rasa seperti “jika anda tidak mempunyai item ini, anda jauh di belakang semua rakan anda yang ada”.
Jika kelebihannya kecil, ia akan menyeimbangkan keadaan dalam jangka masa panjang. Kami ingin berhati-hati untuk mengelakkan pengulangan Raszageth Bow.

Dragonflight menyediakan pengalaman quest menarik dengan hanya perlu mengumpul item tertentu. Adakah terdapat lebih banyak variasi quest berbeza dalam update 10.1?
Josh Augustine: Sudah tentu. Kami cuba menceritakan kisah budaya melalui sistem permainan khusus seperti memburu Centaur, menjelajah pesta Tuskarr lalu melihat pemain tindak balas pemain yang sangat positif terhadapnya. Jadi, itu adalah sesuatu yang kita akan gandakan dalam 10.1.
Apabila turun ke 10.1, terdapat dua kumpulan besar di sana. Salah satunya ialah Ekspedisi Naga. Oleh itu, kita mempunyai senario awam seperti “Hei, ini aktif! Masuk ke zon ini dan bantu menyelidik, mempertahankan dan menjelajah lebih dalam ke kawasan berbeza dan bertahan dari gelombang Djaradin” lalu menyelesaikannya bersama-sama.
Satu lagi budaya lain yang kita ada ialah kumpulan baru yang dipanggil Niffen. Mereka seperti moleman di bawah tanah. Mereka suka menggali. Mereka suka menghidu. Mereka suka berdagang dan tukar barang, mereka suka mencipta sesuatu. Jadi aktiviti khas yang kami buat untuk mereka akan menjadi aktiviti mingguan dipanggil, Sniffin Seeking.
Apabila bertemu dengan Myrrit; dia adalah seorang Niffen kecil yang sedih kerana apabila kaumnya pergi menggali, mereka mesti pergi secara sistem teman. Mereka mesti selamat. Anda memerlukan seseorang untuk membantu. Namun, kawannya tidak dapat menggali dengannya lagi, jadi dia mencari kawan baru dan anda lah kawan baru itu!
Ini adalah aktiviti baharu dan sesuatu yang kami cuba buat kali pertama. Anda pergi dengan Merritt dan menggali bawah tanah dan keluar daripada gua bersama-sama. Akan ada beberapa teka-teki yang perlu anda selesaikan, seperti peti harta karun, tetapi ia dikunci dan ada perkara yang perlu anda buat dahulu.
Merritt mempunyai peralatan yang boleh dia gunakan dan membantu menghidu petunjuk atau menggali bawah tanah. Jadi, ia umpama menyelesaikan teka-teki untuk mendapatkan harta karun di gua ini.

Apabila melihat Raszegeth membebaskan naga, ramai berfikir akan berhadapan dengan pertempuran yang sengit dalam Raid tetapi ini tidak berlaku. Adakah ini bermaksud kita akan mendapat lebih daripada tiga Raid dalam expansion?
Ion Hazzikostas: Seperti yang telah kita lihat, terdapat banyak pendekatan berbeza untuk jenis kandungan yang boleh disampaikan dan cara kami bercerita. Saya rasa salah satu perkara yang kami cuba lakukan dengan Dragonflight ialah melepaskan diri daripada kelompok monolitik dan mempunyai kemas kini yang lebih variasi seperti 10.0.5 dan 10.0.7. Ini akan datang selepas Embers of Neltharion. Jadi kami ingin menceritakan kisah kami dengan cara selain raid.
Kami juga ingin memikirkan bagaimana untuk membangunkan dunia dan jumlah penjahat dan watak kuat. Jika setiap watak yang kita kenalkan adalah penjahat yang harus dikalahkan serta-merta, maksudnya kita tidak membuat persediaan baik untuk masa depan.
20 tahun lalu apabila World of Warcraft dilancarkan, kami mempunyai senarai penjahat yang luar biasa yang dicipta oleh permainan RTS, yang akhirnya akan berhadapan dengan Kil’jaeden, Arthas, Deathwing, dan sesiapa sahaja. Lama kelamaan, anda akan menyelesaikan kesemuanya, dan tidak banyak selepas itu. Saya rasa itu adalah sesuatu yang kami benar-benar bergelut di Shadowlands, di mana kami merasakan perlu cipta seseorang yang baharu.

Adakah ada rancangan untuk mengubah cara Mythic Lockout berfungsi? Kerana dalam versi semasa; jika 20 PUG terkeluar, ia akan menjadi sukar mencari pengganti dalam pasukan jadi kami terpaksa berhenti raid.
Ion Hazzikostas: Saya faham maklum balas daripada perspektif PUG, ini memang masuk akal. Ini adalah maklum balas yang kami dengar. Ini bukan sesuatu yang saya rancang untuk ubah dalam jangka pendek.
Pemain terutamanya berada di level lebih tinggi dan di server yang lebih besar atau. Tetapi anda mempunyai raid finder. Normal dan heroik dimaksudkan untuk kumpulan rakan dan keluarga atau kumpulan jemput. Kemudian, kita ada Mythic yang asanya adalah kumpulan yang dianjurkan oleh guild. Semuanya berpunca daripada membina ikatan sosial, mencari kumpulan yang boleh anda bermain secara konsisten, walaupun jadual berbeza-beza.
Sudah tentu, itu akan memberikan lebih banyak fleksibiliti, yang boleh mengubah sesuatu menjadi pengalaman mudah untuk masuk dan keluar. Hubungan berterusan akan menjalin persahabatan dan membuatkan anda ingin menambah orang ke senarai rakan atau menyertai guild pada masa hadapan.

Walaupun beberapa add-on World of Warcraft membantu, terdapat juga beberapa yang sebenarnya berasa terlalu bermanfaat. Di bahagian manakah anda boleh bertolak ansur atau bagaimana mengendalikannya bagi mereka yang merasakan ia tidak lagi dibenarkan?
Ion Hazzikostas: Terdapat banyak sudut berbeza untuk mendekati bentuk tersebut. Kami tahu semua add-on seperti WeakAura dan semua yang pemain cipta dan guna. Kami tahu pemain akan menggunakannya, dan ingin memastikan bahawa seramai mungkin orang boleh mendapat pengalaman yang menyeronokkan. Kami mendengar maklum balas dan kami faham bahawa anda tidak perlu menggunakan alat atau add-on pihak ketiga untuk berjaya.
Dari segi budaya pemain, jika perkara ini memberikan kelebihan, guild dan kumpulan akan memerlukannya. Itu sesuatu yang kami amat bimbangkan, dan sudah tentu ada beberapa perkara yang kami tegaskan pada masa lalu. Kami menukar API add-on untuk mengelakkan perkara seperti melampirkan imej dunia pada papan nama atau mengetahui kedudukan tepat anda.
Kemudian terdapat tambahan yang bersifat pengiraan. Mereka cuba menyelesaikan masalah untuk anda atau raid. Sesuatu direka untuk memerlukan koordinasi, tetapi add-on serta-merta boleh melihat orang ini mendapat debuff, dan memberikan info tanpa sesiapa perlu bercakap. Ia adalah satu cabaran sebenar, dan adalah sesuatu yang kami cuba membina tetapi kurang memberi kesan.
Dalam Embers of Neltharion, buat pertama kalinya kami mempunyai kebolehan untuk membuatkan mekanisme bos tertentu tidak dapat dilihat oleh add-on. Kami boleh menjadikan cabaran dan teka-teki lebih menyeronokkan untuk diselesaikan oleh pemain, tetapi add-on akan membuatkan tugasan itu jadi mudah. Jadi kami menggunakan alat ini supaya pemain dapat menyelesaikannya sendiri. Walaupun pada kesukaran Mythic, kami memberi anda lebih banyak masa untuk bertindak balas, dan membantu meratakan padang permainan di sana.
Perkara terakhir adalah tentang kejelasan visual. Ini adalah sesuatu yang kami benar-benar cuba tekankan dan semua pasukan kesan visual telah banyak bekerjasama dalam hal ini.
Kami perlu memastikan kami melakukan perkara yang betul dari segi kejelasan tidak kira sama ada menukar warna atau menghasilkan garis yang lebih solid untuk mencipta lebih kontras.

Jika anda ingin tahu tentang permainan ini, Dragonflight boleh didapati secara digital pada PC melalui Battle.net dalam pelbagai edisi. Baca segala berita kami tentang World of Warcraft di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post